RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 18 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - CALON MENARIK DIRI PUN SALAH AZMIN JUGA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA tidak habis-habis lagi tuduhan dibuat ke atas YB Azmin salah seorang calon popular yang akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Semuanya dibebankan di atas kepala YB Azmin dan kelihatannya YB Azmin masih tenang dengan berbagai ujian yang menimpa ke atasnya. Inilah salah satu faktor menyebabkan sokongan ke atas YB azmin semakin meningkat mutakhir ini.

Lojikkah penarikan diri Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah dari merebut jawatan Timbalan Presiden PKR disebabkan oleh Azmin? Terlalu bodoh atau pengecut sangatkah anak sulung DS Anwar dan juga MB Selangor itu sehinggakan tunduk kepada Azmin? Jika benar begitu, tidak layak mereka menjadi Wakil Rakyat yang dipilih dan menjadi MB Selangor. Saya tidak percaya mereka berdua menarik diri kerana tekanan yang diatur oleh Azmin. Cerita mengarut ini dibawa oleh mereka yang mempunyai satu selera dengan YB Gobalakrisnan yang terang-terang anti Azmin sehinggakan mengugut untuk keluar dari PKR.

Lagi tidak masuk akal dikatakan tindakan `U-Turn' oleh Sdr Shamsul Iskandar untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK pun dikaitkan dengan pengaruh Azmin. Apa pentingnya Azmin untuk campurtangan pemilihan di dalam AMK? Bukankah Sdr Shamsul dan Chegu Bard dilihat tidak pro atau anti beliau? Politik Sdr Shamsul dan Chegu Bard bukan seperti politik Dato Zaid atau Gobalakrisnan. Jika Gobala ingin sangat keluar dari PKR, saya ucapkan `pergi berambus' sajalah.

Jika kita ingin menyokong Azmin, jangan kita ukur kepada berbagai persepsi atau cerita dongeng seperti ini. Kebanyakan pimpinan PKR telah teruji dengan hebat sejak dari zaman reformasi lagi, masakan jiwa mereka begitu kecil sehinggakan kununnya ditekan oleh Azmin? Ukurlah Azmin dari segi komitmen beliau terhadap parti dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin atasan parti. Jangan kerana cerita dongeng seperti yang dibawa oleh Gobala itu kita sanggup mengangkat orang yang awal-awal lagi memburukkan pimpinan parti./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. banyak sgt pemuji zaid skrg ni, entah apa jasa pada pkr pun tak tahu, zaid suka ikut kepala sendiri, tgk saja masa dalam umno mcm tu juga perangainya skrg , ini pun masih belum ada kuasa lagi klu dah ada kuasa lagi teruk agaknya..

    BalasPadam
  2. dok puji azmin sampai melangit..
    jangan taksub sangat, buat penilaian secara bijaksana..

    bolehkah azmin jadi imam? khatib? baca talkin?

    sebaik2 pemimpin adalah mereka yang mampu memikul segala tanggungjawab.

    ibarat kata, bila nak buat kenduri baru nak cari orang masjid datang baca doa. kenapa kita sendiri tak melatih diri agar boleh berbuat demikian.
    tepuk dada tanya iman...

    BalasPadam
  3. Masalahnya bkn kita nk pilih jawatan Imam. Jika pemimpin yg kita nak mesti ada ilmu agama yg tinggi, kita mesti berada di dalam PAS. Dlm PKR, kita tdk mletakkan syarat boleh jadi Imam, janji dia boleh memimpin dgn jujur dan amanah serta tidak mengekalkan dosa2 besar dan berupaya memimpin.

    BalasPadam