RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 19 Oktober 2010

PIALA MALAYSIA - AYUH, KIBARKAN BENDERA BULAN TANDA KEDAH - KELANTAN `BERSATU'

Tiada rezeki untuk Selangor tahun ini..(Foto - Ikhsan Kedahlanie)

Oleh: WFAUZDIN NS


KELANTAN adalah pilihan popular untuk melangkah ke Final Piala Malaysia dan mungkin akan bertemu dengan Negeri Sembilan yang bakal bertemu Johor FC pada perlawanan S/Akhir Pertama Rabu ini. Kelantan walau bagaimanapun terpaksa menumpaskan Kedah juga pada Rabu ini di dalam perlawanan S/Akhir Pertama di Alor Star sekiranya ingin mencerahkan peluang ke Final.

Menanti kunjungan Kelantan di Stadium Darul Aman, Kedah pastinya ingin mencapai kemenangan selesa untuk menjadi bekalan ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu sebuah stadium yang amat digeruni oleh mana-mana pasukan yang berkunjung ke stadium tersebut. Mungkin pertembungan kedua-dua pasukan dari negeri di bawah Kerajaan PR ini yang diterajui oleh PAS tidak sepanas seperti perlawanan di antara Kelantan - Selangor tempohari. Jangan kita lupa, Selangor juga adalah negeri di bawah PR tetapi diterajui oleh PKR.

Kelantan, Kedah dan Selangor adalah di antara 3 negeri di bawah PR yang berjaya mara ke Suku Akhir, seterusnya 2 negeri iaitu Kedah dan Kelantan meneruskan kemaraan mereka ke Separuh Akhir. Sayangnya, mereka bertemu sesama mereka di peringkat ini. Pasukan yang bakal ditemui di Final nanti sudah pastinya di antara 2 buah negeri di bawah Umno iaitu Negeri Sembilan atau Johor FC. Yang pasti Final nanti adalah pertarungan 2 buah negeri yang berlainan `ideologi'.

Apa pun, adalah diharapkan perlawanan di antara Kedah dan Kelantan nanti tidak akan dicemari dengan pergaduhan, rusuhan atau apa jua bentuk keganasan. Selaku penyokong, mereka mestilah menghormati budaya dan adab sopan yang sentiasa dipertahankan oleh kerajaan negeri mereka. Meriahkan perlawanan ini nanti dengan mengibarkan bendera bulan sebanyak yang mungkin sebagai tanda Kedah dan Kelantan `bersatu'.

Memang benar, sukan tidak harus dipolitikkan tetapi semangat politik tidak salah dibawa ke dalam sukan selagi kita mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Mungkin dengan berkibarnya bendera bulan di kedua-dua belah penyokong Kedah dan Kelantan, diharapkan dapat mengendurkan suasana `panas' di dalam stadium. Tidak kira siapa pemenang, apa yang penting adalah salah satu negeri di bawah PR berjaya ke Final. Itu pasti./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. xpayoh la nak kibarkan bendera parti politik dalam stadium...bukan semua penyokong dalam tu sokong parti yg kita sokong..cuba bayangkan kalau BN/UMNO kibarkan bendera mereka...rasa bengang x??

    BalasPadam
  2. yo lah...jangan taksub sangat...
    nanti orang kata perangai sama macam umno...

    cukuplah kibarkan bendera negeri masing masing...

    takkan nak tulis.....
    'SATU LAGI PROJEK BOLA KERAJAAN PR'

    BalasPadam
  3. Setuju penuhkan dgn bendera bulan.tanda sokongan kita kpd kerajaan kelantan dan kedah.apa salah nya.pedulikan penyokong BN.kalau dia nk kibarkn bendera umno kibarlah apasalahnya nk bengang hapa?

    BalasPadam
  4. memang betul negeri kelantan dan kedah di bawah pemeritahan pas. tapi bukan semua penyokong bola itu menyokong pas, jadi kalau kibarkan bendera parti sama ada pas ataupun umno jadi nampak tersangatlah tidak profesional, dilihat tiada lagi semangat kesukanan, kerana semangat kepartian jika dibawa bersama ke dalam sukan, akan membuatkan sokongan padu dari penyokong terhadap pasukan akan jadi hambar.

    jadi membawa semangat kepartian ke dalam sukan mengikut cadangan penulis pasti akan ditolak oleh majoriti pembaca.

    BalasPadam