RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 23 Oktober 2010

Gugur kes liwat Anwar jika mahu tarik pelabur

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.

Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.

"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.

"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.

Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.

"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.

"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."

Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.

"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).

"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.

Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.

"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. kalau kerajaan boleh gugurkan pertuduhan mahkamah, tak ke itu namanya campur tangan dalam proses mahkamah ?? Datuk Kamarudin nie tak faham undang2 ke?? dia kan ADUN..org yg buat undang2...

    BalasPadam
  2. KJ NI SUDAH JADI TUKANG ANGKAT BEG ANWAR BERPULUH TAHUN LAMANYA.INI ARTIKEL SYOK SENDIRI .KERNA NAK MEMPERTAHANKAN ANWAR SANGGUP MEMBURUKKAN KERAJAAN.EKONOMI MALAYSIA SUDAH JAUH MELONJAKNYA SKRNG NI BEGITU BANYAK TRANFORMASI YG KERAJAAN LAKUKAN ,MANA BOLEH SEPRANG LULUS PENGAJIAN MELAYU BERCAKAP EKONOMI GLOBAL.SELAMANI ANWAR CUMA PUNAH SIHAT BUKAN PENASIHAT .KAMI SUDAH KENAL ANWAR SEJAK DI MCKK ,JANGAN CUBA KELENTONG KAMI .

    BalasPadam