RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 18 Oktober 2010

KETUA AMK - SHAMSUL LAKUKAN KESILAPAN BESAR, CHEGU BARD KINI JADI PILIHAN

Ketua AMK: SAM U-Turn,Rafizi Lari....Chegubard Kini Pilihan Terbaik

Oleh: antihadhari92

"Mengejutkan.Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan,Rafizi Ramli yang juga ketua "Generasi Reformasi" akhirnya telah menarik diri daripada pertandingan tiga penjuru sayap pemuda PKR.Sebab-sebab rasmi penarikan diri beliau masih belum diketahui,namun bayangannya sedikit sebanyak boleh diintai dalam entri blog beliau di http://rafiziramli.com/2010/10/hayati-perjuangan-dengan-meletakkan-kepentingan-parti-di-atas-kepentingan-peribadi/ .

Semalam,kita juga dikejutkan dengan kenyataan penyandang jawatan Ketua AMK,Shamsul Iskandar Md Akin yang berpatah balik untuk mempertahankan jawatan ketua pemuda selepas mendapat pencalonan agak selesa bagi jawatan Naib Presiden PKR.Rafizi walaupun tidak memberikan alasan kukuh,namun beliau telah memberikan alasan bahawa penarikan diri beliau daripada pertandingan tersebut adalah setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan semula untuk jawatan tersebut.Selain itu,beliau juga memberi alasan betapa Generasi Reformasi perlu bersedia dengan kemungkinan PRU 13 sebelum atau selepas Tahun Baru Cina tahun depan.Selain itu,jurucakap kumpulan tersebut,Sim Tze Tzin berkata bahawa mereka lebih menumpukan kepada menawan Putrajaya.Mereka juga tidak begitu mengutamakan jawatan dalam PKR memandangkan parti tersebut tidak menyerlah seperti yang sepatutnya.

Manakala di pihak Shamsul Iskandar pula,beliau mengambil jalan mudah membuat pusingan U setelah sebelum ini menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden.Beliau yang berpeluang menang setelah mendapat lebih kurang 45 undi akhirnya kembali ke pangkuan jawatan yang disandang beliau.Bagi merasionalkan tindakan u-turn beliau,Shamsul telah berkata bahawa dia hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan belum tentu masuk bertanding.Dan beliau juga mendapat pencalonan yang banyak untuk mengekalkan jawatan Ketua AMK.Ketika ditanya wartawan semasa proses pencalonan petang tadi,ini jawapan Sam:

"Saya takde u-turn, saya cuma sampai satu T-junction, boleh pusing ke kanan atau kiri," kata Sahmsul yang cuba berkias.

"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.
Seorang lagi calon yang turut mengumumkan hasrat bertanding,Hasmi Hashim juga menarik diri dan tidak meneruskan hasrat untuk ke jawatan Ketua AMK.Alasan rasmi tidak pula penulis ketahui tetapi mungkin beliau melihat kepada jumlah pencalonan yang terkecil yang beliau perolehi berbanding calon-calon lain.

Oleh itu,jawatan Ketua AMK kini akan hanya melibatkan pertandingan dua penjuru.Mujurlah Rafizi tidak bertanding.Sekurang-kurangnya berkuranglah pemimpin yang kuat merajuk dalam arena politik negara.Bagi penulis,Rafizi ini hanya suka nama yang bersih dan jalan politik yang mudah.Beliau mengelak dan tidak bersedia untuk kalah bagi mengelakkan nama beliau tercemar.Sebagai pemikir beliau hebat,tetapi sebagai politikus beliau tidak begitu bagus.Seterusnya,Shamsul Iskandar juga dilihat seorang politikus yang tidak berapa berani.Beliau tidak sanggup bersaing untuk jawatan Naib Presiden yang sengit walaupun pada dasarnya,hampir kesemua ahli AMK akan mengundi beliau.Seorang yang "u-turn" hanyalah mencerminkan sikap seseorang yang tidak yakin dan berbelah-bahagi.

Penulis bukan mahu mengagungkan orang ini.Tapi,dari segi layak,beliau paling layak.Sepatutnya Chegubard sudah hampir memperoleh kemenangan percuma jika Shamsul tidak berpatah arah.Sebagai seorang politikus,Saudara Badrul Hisham adalah seorang yang layak sesuai dengan sikapnya yang berani.Anak muda perlu dipimpin seorang yang berani dalam berubah.Perlu melawan arus bukannya mengikut alunan.Kalau tidak,anak muda akan hanyut.Idea-idea dan manifesto yang bakal dibawa oleh beliau juga kebanyakannya boleh diterima umum (http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html)

Oleh itu,ahli-ahli AMK perlu mengangkat sosok yang bernama Badrul Hisham Shaharin ini./Tranungkite

3 ulasan:

  1. wfaudin,
    jangan salahkan media umno jika mereka akan berbuat apa saja untuk memenangkan umno dalam prk galas nanti.
    sebabnya:jika kamu yang melaungkan slogan penyokong pakatan sanggup menjadi alat untuk menaikkan satu kumpulan hingga memijak kumpulan yang lain walaupun ianya dalam satu parti,apa yang nak heran jika media bukan seiringan tidak menyebelahi pakatan.
    jika takdir kamu bersama umno,aku percaya kamu akan buat lebih terok lagi daripada apa yang penulis umno lakukan...nilai dan renung tulisan kamu.

    BalasPadam
  2. Sdr Wfaudin

    Saya minta saudara tunjukkan balik kenyataan-kenyataan mana yang mengatakan:

    1) saya menarik diri kerana Sam u-turn
    2) kami tidak mementingkan jawatan kerana PKR tidak menyerlah

    Saudara hanya taksub dengan sesetengah kumpulan sehingga lupa ini pertandingan sihat adik-beradik dan memutar belitkan semua kenyataan dan mereka-reka kenyataan.

    Tindakan-tindakan oleh penulis/aktivis spt Saudara memberi imej yang buruk kepada CB, kerana ramai yang menganggap ini sebahagian dari arahan beliau.

    Saya menafikan pernah membuat kedua2 kenyataan dan memang yakin ia direka-reka, pandai-pandai Sdr sahaja.

    Pandangan saudara itu hak saudara, tetapi jangan fitnah dan berbohong perkara yang tidak wujud.


    Rafizi Ramli

    BalasPadam
  3. KALAU MASUK PKR DOK SIBOK BEREBUT JAWATAN MAU DOK PI BLAH BUANG JAUH-JAUH. BUAT SEMAK PERUT PENYOKONG.CUKUP DAH YANG MENANG PRU DULU PI MELINGKOP DAN KIANATI JANJI YANG DOK ADA KALAU RASA-RASA ADA KAREKTOR MACAM MALAUN-MALAUN ELOK TERAJANG AWAI-AWAI.

    BalasPadam