RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 30 November 2010

JIKA DS ANWAR PULANGKAN PINGAT DAN GELARAN, ZAHRAIN KATAK MAHU KUTIP ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SIANG tadi aku ternampak Zahrain katak keluar di muka TV, sebelahnya Zul Kulim firaun besar. Belum beliau bercakap lagi, aku dah tau apa `taik' yang bakal keluar dari mulutnya. Terbukti benar kata aku. Zahrain katak `menasihati' raja-raja agar menarik balik gelaran yang dikurniakan kepada DS Anwar Ibrahim. Alasannya adalah semata-mata `ketololan'nya mengulas isu ketuanan Melayu yang kununnya DS Anwar ini mengkhianat orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Siapa si katak bacul ini untuk mendesak raja-raja Melayu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar? Kerusi yang dia duduk itu pun sepatutnya boleh menebalkan mukanya yang sudah sememangnya tebal itu. Termasuklah si Zul Kulim firaun besar yang duduk di sebelahnya ketika diwawancara oleh media. Betapa bahalolnya Zahrain apabila menyebut sekiranya raja-raja tidak mahu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar, maka DS Anwar hendaklah memulangkan semula gelaran itu. Tidak tahu adab punya MP, dia ingat DS Anwar ini mahu bersifat kurang ajar sepertinya.

Jika jiran kita atau sesiapa sahaja yang menghulurkan buah tangan atau makanan kepada kita, kita hendaklah menerimanya dengan ikhlas dan berterima kasih. Jika kita terima, kemudiannya kita pulangkan semula itu kurang ajar, tidak beradab dan sombong namanya. Yang peliknya, orang lain pula sibuk-sibuk suruh jiran kita minta balik pemberian yang dia beri pada kita atau sibuk-sibuk suruh kita pulangkan kembali pemberian jiran kita itu. Kalau tidak gila, bodoh namanya orang itu. Mungkin itulah yang diajar oleh mak bapak Zahrain kepadanya tentang adab.

Semua orang tahu, sudah beberapa kali DS Anwar sebut sekiranya beliau diminta memulangkan kesemua anugerah atau pingat yang beliau miliki sekarang, beliau akan suruh isterinya DS Wan Azizah siapkan dulang dan kumpulkan kesemua pingat tersebut dan diletakkan di depan pintu pagar. Jika Zahrain teringin, datanglah kutip nanti. Selama ini Zahrain sangka kesemua gelaran yang ada pada DS Anwar itu diminta oleh DS Anwar? Beliau ingat DS Anwar sepertinya yang kuat mengampu dan membodek untuk hidup?

Rakyat menyokong perjuangan DS Anwar bukan kerana gelaran yang ada padanya. Jika diambil kesemuanya pun, tiada sedikit pun kesan ke atas sokongan rakyat terhadap beliau. Terbukti, ketika DS Anwar di dalam Abim kemudian memasuki Umno dengan tanpa gelaran ketika itu, pengaruh DS Anwar sudah cukup kuat. Gelaran tidak boleh membantu apa-apa kepada perjuangan membela nasib rakyat, dan gelaran itu juga tidak akan dibawa ke dalam kubur.

Zahrain katak, sama juga seperti Zul Kulim firaun besar tidak habis-habis busuk hati dan dengki kepada DS Anwar. Inilah di antara contoh orang Melayu yang DS Anwar kata tidak boleh diangkat menjadi `tuan' di dalam negara ini. Ketuanan Melayu seperti Zahrain katak, Zul Kulim firaun besar, Ezam sesumpah dan beberapa orang yang busuk hati itu lah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu dan menjadikan Melayu dilihat tidak bermaruah.

Mereka tiada hujah, lalu keluarlah segala `najis' di dalam perut yang mereka simpan selama ini untuk diluahkan melalui mulut yang Allah anugerahkan kepada mereka. Mereka sepatutnya yang tebal muka menenggek di atas kerusi yang pengundi-pengundinya dahulu tidak redha beliau di situ. Jika mereka benar-benar ada maruah, kosongkan kerusi itu segera. Jawapannya, kirim salam mereka berani berbuat demikian kerana mereka semua adalah dayus dan bacul. / wfauzdin.blogspot.com

KELIRU AKU DENGAN CUCU MAT KILAU.....

Kenapa perlu berbolak balik?

Cucu Mak Kilau, salah seorang editor blog Pahangdaily 'akan' menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar tersebut memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan.

Cucu Mak Kilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd. Ramli pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya lalu di Dun Kemayan, Pahang.

Sebelum ini CMK ada menyebut 'akan' keluar parti PKR atas berberapa alasan yang malas saya nak ulas di sini. Ramai sangat pimpinan PKR yang semacam 'akan' keluar parti di atas dasar tak puas hati dengan parti. Saya pun tak tahu apa sebenarnya dia orang nak pada parti dia orang.

Setahu saya PAS juga ramai pimpinan tak puas hati dengan parti. Tapi taklah main 'akan' - 'akan' keluar parti. Mereka diam-diam aje dan sambil menjalankan aktiviti secara 'senyap-senyap'.

Kalau ada pun yang bising dalam PAS, itu mesti jenis tak bayar yuran keahlian PAS. Seperti Tulang Besi, ooi dia ni nak saman parti. Tubunh Tabung Guaman. Akhir cerita, duit tabung RM10 ribu lebih lesap entah ke mana. Tak ada audit juga. Saya pun tak tahu ada sesetengah pembaca blog si Tulang Besi buat tak kisah duit Tabung Guaman ini.

Saya rasa engkau orang dah faham apa aku nak kata kepada CMK yang pernah mengemparkan masyarakat internet kerana mencium DS Anwar dikhalayak ramai.

Pasal blognya (PahangDaily) diserang virus pada 10.00 PM 25 Nov 2010 ini pun satu lagi lawak. Saya yang tak ada asas IT pun rasa macam nak tergelak aje. Buatlah lawak lain.

Virus pun dapat bagi amaran. Baik punya virus.


Saya hairan apa pasal, link ini akan ke laman PASPAHANG.ORG?


Tapi kalau engkau orang buka source codenya, engkau orang akan tahu 'silap mata' sebalik kejadian yang ada.

Klik supaya besar dan boleh baca source codenya.

Orang berniaga biasanya 'declare' bangkrap jika tak boleh bayar hutang. Tak tahu apa muslihat http://pahangdaily.blogspot.com/ dalam hal ini./BatuApi

ISU KETUANAN MELAYU - PERKASA DICABAR BERDEBAT


Kepada Sdra. Arman Azha Abu Hanifah, yang berlagak 'Wira' hanya kerna menjawat jawatan Ketua Wira dalam pertubuhan Perkasa, sila sambut cabaran ini.

Saya mencabar saudara untuk menganjurkan debat terbuka dengan pemimpin atau wakil Parti Keadilan Rakyat.

Tajuk Perdebatan:

"Konsep Ketuanan Melayu Yang Digendang Oleh Umno Telah Banyak Membantu Bangsa Melayu, Sebarang Usaha Menghapuskan Konsep Tersebut Adalah Pengkhianat Bangsa Melayu"

Dalam debat tersebut dengan tajuk di atas, seharusnya PERKASA menjadi Pencadang dan Parti KeADILan sebagai Pembangkang.

Debat tersebut mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang wakil daripada Pertubuhan saudara dan 3 orang wakil daripada Parti Keadilan Rakyat.

Pengadilan perdebatan mestilah dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia dengan kaedah acara tersebut dipancarkan secara langsung oleh semua saluran RTM dan TV3.

Semua Raja-Raja dan Sultan Melayu dinasihatkan untuk menonton siaran langsung tersebut./kerajaanrakyat.blogspot

KONTRAKTOR MELAYU P.PINANG DAPAT LEBIH 70 PERATUS, LIM GUAN ENG DIANGGAP ANTI MELAYU?

Kontraktor Melayu Pulau Pinang Lebih Maju Bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat
29/11/2010


PULAU PINANG, 29 NOV - Kontraktor Melayu di negeri ini berjaya memenangi lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri sekaligus membuktikan bahawa mereka boleh bersaing dan berdaya maju.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'. Menurut Lim, ia menyanggah dakwaan negatif seumpama itu selama ini dan juga membuktikan keberkesanan sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri.

“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.,

Menurutnya lagi, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil juga telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang, “Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya. Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd./TV News

Pas dakwa dicerobohi



KULAIJAYA – Pas Kawasan Kulaijaya membuat laporan polis berhubung dakwaan pencerobohan oleh anggota polis semasa ceramah berkaitan Hari Raya Korban yang dianjurkan parti itu pada 20 Nobember lalu, di Tadika Pasti Taman Anjaria, Felda Taib Andak di sini.

Laporan polis itu dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kulaijaya, Rohaizat Kasim, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kulaijaya, Mohd Suhairi Ismail mendakwa, tindakan menceroboh masuk ke dalam premis mereka adalah men�yalahi undang-undang dan melanggar demokrasi rakyat Malaysia.

“Kami kesal apabila tindakan pencerobohan ini yang dilakukan oleh individu yang arif dalam bidang perundangan, namun bertindak demi kepentingan politik.

“Situasi ini jelas menghalang proses demokrasi dan kebebasan kami untuk menyalurkan maklumat dan informasi kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Suhairi berkata, kehadiran anggota yang turut mengadakan sekatan jalan raya dan berkawal di sekitar lokasi ceramah yang diadakan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan hadirin yang hadir.

“Pada hari kejadian, banyak sekatan jalan raya dilakukan malah pasukan polis simpanan (FRU) turut berkawal di sekitar lokasi.

“Keadaan ini menyebabkan orang ramai takut dan seolah-olah mencerminkan ceramah yang dijalankan adalah satu jenayah sedangkan kami sudah mengemukakan permohonan mengadakan ceramah dua minggu sebelum kejadian namun ditolak,” katanya.

Katanya, laporan polis berkenaan akan turut dilampirkan kepada Ketua Polis Johor, Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Jawatankuasa Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami berharap tindakan tegas diambil berhubung isu ini agar perkara sama tidak berulang dan memberi pengajaran kepada pihak berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan mengambil tindakan berdasarkan Seksyen 27, Akta Polis iaitu mengadakan perhimpunan haram.

“Pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap mereka di bawah Seksyen 27, Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.

“Permohonan mereka sebelum ini untuk mengadakan ceramah berkenaan ditolak atas faktor-faktor keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan mana-mana pihak agar tidak meneruskan tindakan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan awam sekiranya permohonan tidak diluluskan./Sinar

Pas tanya, siapa punca




IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri melihat trend Barisan Nasional (BN) meletakkan punca perpecahan hanya kepada Pakatan Rakyat (PR) semata-mata tanpa melihat apa yang berlaku dalam parti itu sebenarnya adalah satu perpecahan yang nyata.

Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata, kenyataan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pemuda BN yang juga Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Negeri, Mustafar Rahadi yang meletakan punca perpecahan umat Islam daripada Pas dilihat sebagai tidak relevan.

Menurutnya, persoalan kenapa Mustafar tidak memilih UMNO, tetapi menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) sebagai ideologi politiknya.

“Dewan Pemuda Pas menyarankan agar Mustafar menyertai UMNO bagi membuktikan bahawa tiada perpecahan sendiri dalam BN. Sudah tentu juga ahli Melayu dalam parti Gerakan perlu menyertai UMNO bagi mengelakkan perpecahan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Salman berkata, sebagai sebuah parti Melayu dalam BN, sudah tentu keahlian mana-mana parti itu perlu menjadikan UMNO sebagai keutamaannya.

“Dewan Pemuda Pas mengambil peluang mengalu-alukan pertemuan dengan Pemuda PPP Negeri dalam masa terdekat jika ingin mendapatkan penjelasan berkaitan Islam.

“Kami bersedia memberikan penjelasan agar segala salah faham dan kekaburan dapat dijernihkan semula serta berharap akan menjadi kenyataan,” katanya./Sinar

MENJAWAB TULISAN SALMANALBUSTANIY, PAS PERLU KETUAI PR

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel sahabat Salmanalbustaniy, saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa sekiranya berlaku sebarang kemungkinan buruk terhadap Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, maka sewajarnya pemimpin PAS ditampilkan sebagai Ketua Pembangkang sekaligus sebagai Ketua PR. Tidak perlu diragui bahawa pemimpin PAS mempunyai kredibiliti untuk memegang amanah besar ini.

Walaupun pada ketika ini DAP secara teorinya lebih layak memegang jawatan tersebut, tetapi secara praktikalnya pimpinan di dalam PR menggunakan akal dan kebijaksanaan maka DS Anwar diangkat sebagai Peneraju PR sebagai satu maslahah di dalam perjuangan. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya maslahah yang sama diguna pakai untuk melantik PAS pula sebagai Peneraju PR seandainya DS Anwar dikurung ke penjara.

Ini semua memerlukan sokongan dari semua pimpinan di dalam PR, terutamanya dari pimpinan PKR sendiri. Saya percaya, DAP tidak mempunyai masalah sekiranya PKR dan PAS ingin melantik pemimpin PAS sebagai Peneraju PR asalkan matlamat tetap sama iaitu ingin menguburkan Umno/Bn. Siapa yang layak dan berketrampilan sebagai pengganti DS Anwar itu akan boleh diperbahaskan kemudian oleh semua pimpinan PR.

Saya merasa agak terkilan sedikit di atas penulisan artikel sahabat itu tadi, di mana beliau seolah-olah memperlekehkan PKR hanya kerana ingin mencadangkan PAS sebagai Peneraju PR. Lebih tidak menyenangkan, apabila hujahnya terlalu remeh dan dangkal sekali. Beliau mempersoalkan mengapa AMK terlalu bersemangat ingin menentukan DS Anwar tetap menjadi PM sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya. Bagi saya, AMK bebas untuk berjuang atau berusaha ke arah itu sepertimana juga PAS tetap berusaha agar pemimpin PAS dapat diangkat menjadi PM.

Walau bagaimanapun, akhirnya kita perlu menerima keputusan pimpinan PR, siapakah yang boleh diangkat menjadi PM. Maka, tidak salah buat sesiapa ingin menyokong atau berusaha ke arah mengangkat pemimpin yang mereka kehendaki. Bukankah pimpinan PR sebelum ini telah buat keputusan untuk melantik DS Anwar sebagai PM jika berjaya ke Putarajaya? Bagi saya, di dalam PRU ke 13 akan datang, pimpinan PR tentunya akan membuat keputusan untuk meletakkan siapakah bakal PM sekiranya PR berjaya ke Putrajaya. Sudah semestinya keputusan yang bakal dibuat berdasarkan situasi semasa. Ini bermakna, belum tentu DS Anwar akan dipilih semula.

Di dalam tulisan sahabat saya itu, beliau juga meletakkan kesalahan ke atas calon PKR iaitu Sdr Shamsul Iskandar yang tewas bertanding di Terengganu. Beliau menulis "Shamsul Iskandar kalah di kerusi Parlimen Dungun kepada BN kerusi PAS yang dengan berat hati bagi kat PKR untuk pilihanraya lalu. PRU13 PAS kena ambil semula kerusi tersebut. PKR nak menang di P Dungun, jenguk kawasan parlimen Dungun pun tidak, tenaga kerja semua orang PAS." (Salmanalbustaniy). Pada saya pandangan ini negatif buat mereka yang ingin berpakat di dalam satu pakatan. Saya ingin bertanya, adakah hanya Sdr Shamsul seorang yang tewas ketika itu di Terengganu? Bukankah Terengganu pernah ditawan oleh PAS, kemudian tewas setelah sepenggal berkuasa? Mengapa kerusi lain yang PAS bertanding turut tewas juga? Sebenarnya, terlalu banyak faktor yang menyebabkan kita tewas ketika itu dan PAS sendiri pernah mengeluarkan laporan atau post mortem di atas kekalahan di Terengganu.

Satu lagi pandangan yang tidak boleh diterima langsung adalah apabila beliau di akhirnya menulis, "Banyak lagi nak disebut.. cukuplah PKR.. bagilah PAS yang leads.. PKR telah banyak menghasilkan katak lompat.. dan yang paling teruk menjahanamkan PERAK!"(Salmanalbustaniy). Kisah apa yang terjadi di Perak rupanya selama ini tidak difahami oleh Penulis ini. Mungkin Mantan MB Perak YB Nizar yang juga pemimpin PAS sendiri boleh memberi kefahaman kepada beliau, atau boleh meminta bantuan dari YB Idham Lim juga pemimpin PAS di Perak. Pandangan beliau bagi saya seolah-olah pandangan dari orang yang berada di bawah tempurung.

Masalah `katak lompat' ini berlaku di dalam semua parti. Kebetulan PR dilihat sekarang boleh menggugat Bn, maka kisah ini diperbesarkan seolah-olah lompat melompat ini hanya berlaku di dalam PKR. Tujuan mereka untuk menunjukkan PKR tidak baik buat PR, maka kita jangan mudah terpedaya dengan propaganda ini. Di dalam PR, parti mana yang tidak ada kisah lompat melompat ini? PAS pernah kehilangan Presiden, Naib Presiden malahan dari Dewan Ulamak yang melompat dari PAS. Cuma, diwaktu itu kisah melompat tidak begitu popular dan diperbesarkan kerana parti pembangkang ketika itu dilihat tidak mampu menggugat Bn.

Saya memuji DS Anwar kerana tidak menyalahkan pemimpin PAS Us Ahmad Awang yang mencadangkan agar Hj Mohsin Fadzli bertanding di Parlimen Bagan Serai menggunakan tiket PKR. Akhirnya, YB Mohsin melompat sehinggakan Us Ahmad Awang merasa amat dukacita. Namun, DS Anwar berlapang dada dan menganggap ini semua adalah ujian buat kita di dalam PR. DS Anwar faham, bukan silap Us Ahmad Awang di dalam hal ini. Sikap menuding jari sesama kita tidak baik untuk perjuangan bersama.

Masalah tenaga kerja dan kempen juga tidak perlu diperbesarkan. Di kawasan saya di Negeri Sembilan, ada beberapa kawasan yang PAS kuat dan banyak kawasan yang PKR dan DAP lebih kuat. Namun kerjasama amat baik, yang kuat bantu yang lemah. Tiada sifat sombong dan ego dengan kekuatan masing-masing. Keikhlasan membantu rakan seperjuangan itu penting, sebab itulah siapa boleh menyangka NS dapat menafikan 2/3 majoriti Dun dikuasai Bn? Mungkin Penulis menganggap kemenangan ini adalah kerana PAS yang banyak membantu jentera kempen di NS. Jika begitu andaiannya, siapa yang banyak membantu jentera kempen di Terengganu? Mungkin benar kerusi yang ditandingi oleh Sdr Shamsul Iskandar (PKR) di Terengganu itu banyak dibantu oleh jentera PAS, bagaimana kerusi-kerusi lain yang banyak juga PAS tewas?

Justeru itu, tidak perlu kita mencari jalan untuk merenggangkan persefahaman yang sedia ada sekarang. Saya yakin, pimpinan PAS sentiasa komited membantu rakan-rakan di dalam PR, mereka tidak pernah pertikaikan kerjasama yang diberikan selama ini. Cuma, penulisan dari sahabat saya ini mungkin mengguris hati rakan-rakan yang lain. Berilah kritikan atau cadangan untuk membina, bukan memperlekehkan sesama kita./wfauzdin.blogspot.com

KETUANAN MELAYU - MARUAH MELAYU TERLETAK PADA ISLAM, BUKANNYA APABILA DIJADIKAN `TUAN'

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya./Harakahdaily

SUDAH TIDAK HAIRAN DENGAN CERITA LOMPAT PARTI NI..

Ahli lompat parti penyakit biasa: Pas


KOTA BHARU - Pas menyifatkan kemasukan 103 bekas ahli Pas Wakaf Bunut, Selising menyertai UMNO adalah penyakit biasa ketika menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13) dan ia langsung tidak menjejaskan parti itu.

Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, pihaknya tidak hairan perkara seumpama itu berlaku kerana ada orang UMNO yang mengaku ahli Pas untuk menyertai UMNO.

“Pas tidak hairan perkara ini berlaku, kami juga percaya taktik sama bakal digunakan di kawasan Dewan Undangan Negeri lain dan bukan hanya di Selising, Pasir Puteh.

“Ini sebenarnya taktik lama UMNO untuk menipu rakyat dengan dakwaan ahli Pas masuk UMNO kerana UMNO parti pilihan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan 103 bekas ahli Pas cawangan Wakaf Bunut menyertai UMNO pada majlis di Kampung Tualang Rendah.

Seramai 60 orang diketuai bekas Ketua Pas Cawangan Wakaf Bunut, Mohd Soleh Hassan, 66, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Pasir Puteh, Zawawi Othman manakala selebihnya menyerahkan secara tidak rasmi dalam majlis berasingan.

Mereka mendakwa kononnya bersetuju menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari parti itu mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding Pas.

Mohd Zaki berkata, pihaknya yakin walaupun pelbagai dakyah politik dilakukan UMNO semata-mata untuk meraih sokongan rakyat namun masyarakat tidak akan mudah percaya dan terpedaya dengan taktik itu.

Menurutnya, buktinya sudah 20 tahun rakyat Kelantan berada di bawah pimpinan kerajaan Pas dan isu seumpama itu tidak memberikan sebarang kesan kepada Pas negeri.

Mengenai ada kalangan pemimpin Pas yang menyertai UMNO seperti laporan akhbar sebelum ini, beliau berpendapat bahawa mana-mana individu bolah mendakwa diri masing-masing memegang pelbagai jawatan dalam Pas.

“Apabila hendak masuk UMNO, individu terbabit akan mendakwa dirinya bekas pemimpin Pas kawasan tertentu dan bersetuju masuk UMNO dengan sebab-seban tertentu.

“Sesiapa sahaja boleh mendakwa memegang pelbagai jawatan dalam Pas tanpa menunjukkan bukti ini semua taktik biasa. Ia tidak memberikan kesan kepada Pas Kelantan,” katanya.

Dalam laporan akhbar ini kelmarin, antara alasan ahli Pas menyertai UMNO termasuk mendakwa projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan Negeri memberi untung lebih kepada orang bukan Melayu dan pemimpin Pas guna agama untuk memancing rakyat.

Selain itu, mereka mendakwa pemimpin Pas lebih pentingkan kedudukan dan parti berkenaan gagal membela nasib rakyat berbanding UMNO./Sinar

TERKINI BERAHIM ALI, RINDU PULA KAT SUARANYA.....

Apa kabar Dato Him...

Sejak keluar Hospital Ampang Puteri hujung Oktober lalu, khabar mengenai Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali terus sepi. Makanya ada yang pandai-pandai dok tulis kononnya Presiden Perkasa itu kronik dan sebagainya.

Bagi membuktikan Dato Him okay, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah bawa kawan-kawan blogger ziarah Dato Him di rumahnya di Taman Melawati,dekat Kuala Lumpur Sabtu. Menurut Armand dalam pertemuan itu Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan kembali aktif dalam politik dan NGO tidak lama lagi. "Dato Him akan buat sidang media dalam masa terdekat untuk jelaskan kepada umum agenda beliau untuk perkukuh ekonomi golongan bumiputera.

Agenda ini adalah ilham yang dikumpulkan oleh beliau sepanjang beliau berehat sejak menjalani pembedahan jantung 18 Oktober lalu," kata Armand. /Agendadaily

KUNUNNYA AKULAH PEJUANG ISLAM......

Oleh: WFAUZDIN NS

KECOH puak-puak tu apabila seorang Perwakilan PKR bukan berugama Islam membaca terjemahan dari ayat Al-Quran yang tidak tepat. Membaca terjemahan ayat Al-Quran dengan silap, dibandingkan dengan sengaja memutar-belitkan ayat Al-Quran, mana lebih besar salahnya? Jawab sendiri.

Perwakilan tersebut bukan berugama Islam, cuba membaca terjemahan dari ayat Al-Quran tetapi kerana kejahilannya tanpa merujuk kepada yang arif di kalangan orang Islam, maka pada saya salahnya kerana tidak bertanya atau merujuk ayat tersebut terlebih dahulu. Niatnya baik, iaitu ingin memetik apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu. Beliau sedikit pun tidak menghina mana-mana hukum atau ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, cuma beliau salah dari segi membaca terjemahan. Itu saja.

Bagaimana pula mereka yang mengaku Islam, arif tentang terjemahan malahan tafsir Al-Quran itu dengan sengaja memutarbelitkan ayat Al-Quran demi politik dan kepentingan mereka? Golongan ini menolak hukum Islam, menghalalkan Akta zalim ISA, tidak menggunakan Mahkamah Syariah di dalam satu-satu kes tertentu seperti kes Qazaf DS Anwar, dan banyak lagi yang mereka langgar ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.

Bagaimana dengan kerja Khurafat seorang pemimpin politik di Perak? Golongan manakah yang selama ini memutarbelitkan ajaran Islam sehingga tercetusnya isu orang bukan Islam memasuki masjid dan tidak menutup aurat? Ajaran Islam secara terang-terang mengharamkan judi tanpa ada khilaf, tetapi golongan mana yang menyokong dan membenarkan lesen judi ini?

Siapa lebih tidak berakal? Perwakilan bukan Islam tadikah atau golongan ini? Jadi, usahlah cuba menjadi seolah-olah pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang membenarkan maksiat berleluasa dan tangan itulah yang menentang hukum Islam dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com