RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 Mac 2013

ARTIS MENGGATAL MAHU BODEK UMNO BAKAL TERIMA AKIBAT

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel di SINI, berkaitan segolongan artis yang mahu cari makan dengan cara memburukkan Pembangkang, ternyata mereka telah melakukan kerja bodoh akibat terlalu mahu membodek pemimpin rasuah.

Jika tidak tahu menahu tentang politik, lebih baik diam daripada membuat lawak bodoh.  Mereka harus faham di kalangan peminat mereka terdapat berbagai-bagai fahaman politik, justeru itu mereka kena hormati fahaman para peminat mereka.  Jika mahu berpolitik, teruskan perjuangan politik seperti beberapa artis yang kini menumpukan kepada politik.  

Zaman sekarang tidak sama seperti di zaman era 60-70 atau 80-an yang mana artis mungkin boleh mempengaruhi para peminat mereka jika mereka berkempen untuk satu-satu parti politik.  Sekarang tidak begitu, rakyat menilai dasar dan perjuangan sesebuah parti politik.  Sehebat mana sekalipun artis itu, jika menyokong parti atau pemimpin rasuah dan zalim, pasti artis tersebut menerima akibatnya.

Isnin, 25 Februari 2013

KALAU PAS LEBIH TERUK DARI KAFIR, TOK PETI BANGSAT INI LEBIH TERUK DARI DAJAL

JIJIK aku baca satu kenyataan Tok Peti yang sebut PAS lebih teruk dari kafir.  Apa yang lebih teruk dari Kafir, wahai Tok Peti Terompah Kayu?  

Kalau PAS yang dasarnya Islam itu dan telah dibuktikan pemerintahan yang bersih berpuluh tahun di Kelantan itu pun Tok Peti kata lebih teruk dari kafir, maka Tok Peti sekor ni tentu lebih teruk dari Syaitan atau Dajal.  Lojiknya begitulah!!

Udah lah dicabar berdebat atau bermuzakarah, Tok Peti Terompah Kayu ini pun hilang telor dalam jubahnya mengikut tuannya yang penakut berdebat itu, menyalak pula dia di dalam media mendakwa PAS dengan dakwaan yang tidak masuk dek akal manusia yang waras.  Rakyat semua maklum, Tok Peti Terompah Kayu ini adalah sekor-sekornya Tok Peti yang paling bangsat yang bersubahat merampas secara tidak demokratik kerajaan PR di Perak dahulu.


Ahad, 24 Februari 2013

CUKUPKAH PENJARA KITA SELEPAS PRU 13 NANTI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEKAS Pegawai Penyiasat Persendirian yang juga watak penting di dalam misteri pembunuhan Altantuya, Balasundram akan pulang ke tanahair tidak beberapa lagi.  Kepulangan beliau sudah pastinya disambut dengan berbagai rasa dan perasaan oleh beberapa individu.


Paling gembira menyambut kepulangan beliau sudah pastinya rakyat yang mahu mendengar beliau kali ini berkata 'benar' tentang isu Altantuya dan tentang tokoh bernama Najib.  Balasundram lari ke luar negara setelah membuat dua Akuan Bersumpah, yang mana akuan pertama menggegarkan Najib, kemudian akuan kedua pula melegakan Najib.  Namun kelegaan Najib tidak lama kerana Deepak mungkin tidak larat mahu menanggung Balasundram sepanjang Balasundram berada di luar negara setelah 'melegakan' Najib.

Kali ini ketentuan Allah tidak boleh dielak lagi.  Deepak telah berbunyi, Balasundram pula akan menyusul untuk membuatkan Najib bakal menjadi 'gila' dan 'meroyan' akibat tekanan perasaan.  'Hantu' Altantuya sentiasa muncul di dalam mimpi Najib sehinggakan beliau terlupa tarikh luput Parlimen semakin hampir.  Bomoh Rosmah tidak lagi kuat untuk menyelamatkan Najib.  Sumpah Najib di Permatang Pauh, sumpah Rosmah yang "tidak kenal" cincin RM24 Juta dan segala beg tangan dan cincin jutaan ringgit itu kini memakan tuan.  

Rakyat tidak peduli lagi BR1M, TR1M, KR1M atau apa jua 'RIM-RIM" yang bakal Najib umumkan.  Rakyat hanya mahu tahu adakah cukup penjara kita untuk menampung tetamu selepas PRU ke 13 nanti?

Sabtu, 23 Februari 2013

RESTOREN MAMAK JANGAN CARI PASAL !!

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA semakin gelabah puak-puak mereka untuk mencari sokongan.  Boleh dikatakan semua jabatan, mungkin termasuk dari KEMAS sendiri sudah tidak yakin dengan parti sekular peninggalan penjajah ini.  Sehari dua ini kecoh mereka berbangga dengan sokongan geng-geng restoren mamak.  Melucukan.

Kita tidak kisah mereka mahu cari siapa saja untuk sokong mereka kerana kita tahu yang menyokong mereka semuanya ada sebab musabab yang ada kaitan dengan perut masing-masing.  Dulu kisah Restoren Ikan Bakar Sekincan mahu cari makan dengan menjadi pencacai dan pengampu kepada parti keris telanjang tidak bersarung ini.  Akhirnya, Restoren Ikan Bakar 'hangus terbakar', lingkup dan ghuyub.  Pemimpin parti tetap senang lenang sambil mengagihkan wang dan kekayaan rakyat sesama mereka.

Jangan cari penyakit
Kali ini kumpulan restoren mamak tongkang mana pula yang mahu jadi balaci kepada parti yang nazak tersebut.  Kita mahu nasihatkan kumpulan restoren ini agar belajar dari Restoren Ikan Bakar Sekinchan.  Jangan menyusahkan diri sendiri bergantung kepada dahan yang reput dan telah dimakan anai-anai itu, nanti menyesal kemudian hari.  Jangan sampai rakyat boikot restoren kamu sepanjang hayat dan jangan kebencian rakyat kepada parti sekutu Apco itu berjangkit kepada kamu, wahai mamak restoren.

Jika mahu berniaga buatlah cara mahu berniaga.  Di dalam keadaan sekarang, silap langkah kamu akan menyesal seumur hidup.  Telah banyak bukti boleh kita tunjukkan betapa mereka yang sanggup menjual maruah diri dengan sanggup jadi pencacai tidak senang setara mana.  Bahkan, mereka terus merana dan yang senang lenang puak perasuah tu juga.

Khamis, 21 Februari 2013

ISU KALIMAH ALLAH - PENJELASAN KETUA PEMUDA PAS TERANG DAN JELAS

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEDIA bangsat pun berkata, Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi tidak sependapat dengan Majlis Syura PAS di dalam isu Kalimah Allah.  Malam tadi, di Program Ceramah bertempat di Keratong 4, rompin bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Tantawi dan KOBAT, persoalan ini terjawab apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat tersebut merungkai isu ini.

Us Nasruddin Tantawi menandatangani kempen "TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU" yang digerakkan oleh SAMM/ABU.  Kelihatan bersama Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta
Syabas kepada Us Nasruddin Tantawi kerana menerangkan kepada masyarakat tempatan dan sekitar Keratong 4 tentang putar belit media berlidah Syaitan ini.  Sebelum ini, media yang sama melaporkan kononnya Timbalan Muryidul Am PAS, Prof Dr Haron Din tidak sependapat dengan Presiden PAS apabila Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bersama Pakatan Rakyat di dalam isu Kalimah Allah ini.  Akhirnya, berita media laknat ini terbukti fitnah, apabila terbaru di Banggol Peradong, Terengganu Prof Dr Haron Din dengan tegas mahu rakyat memilih PR dan menganggap Umno umpama buah yang busuk berada di atas pokok, dijolok jatuh, tidak dijolok pun pasti jatuh.

Penjelasan isu Kalimah Allah oleh Us Nasruddin Tantawi jelas, tepat dan penuh dalil dan nas
Us Nasruddin Tantawi menegaskan bahawa apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru Hj Hadi bersama pimpinan PR tentang isu Kalimah Allah itu TEPAT dan SEJAJAR dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.  Ertinya, Kalimah Allah tidak boleh digunakan untuk memperlekeh atau menyalahgunakan kalimah itu yang bertentangan dengan sifat Allah itu sendiri bukan sahaja oleh orang-orang bukan Islam malahan terhadap orang-orang Islam sendiri.  Tidakkah pimpinan Umno dan rakan-rakan mereka sering mempersendakan hukum Islam?  Adakah lojik pada akal, orang yang cinta dan kasih kepada Kalimah Allah sanggup menghina dan memperlekehkan hukum Islam?  

Berpeluang sepentas dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Umpama kita lebih sayang kepada No Plet kenderaan daripada kenderaan itu sendiri.  Setiap hari kita gosok dan kilatkan No Plet kenderaan kita, tetapi kenderaan penuh dengan lumpur, kemek dan pecah sana sini.  Itulah ibarat Umno, bak kata Us Nasruddin Tantawi.  Lagi contoh, jika seseorang Non Muslim sebut pada kita, " Allah jadikan bumi ini".  Adakah itu salah?  Patutkah kita marah pada Non Muslim yang berkata begitu?  Jawapannya, tidak salah kerana kalimah Allah itu digunakan dengan betul, memang Allah jadikan bumi ini.  KECUALI, jika Non Muslim itu sebut, "Allah itu punyai anak".  Maka, di sinilah yang tidak dibenarkan kerana bertentangan dengan sifat Allah yang tidak beranak dan diperanakkan.

Mengapa isu ini kecoh?  Ini adalah kerana yang memainkan isu ini adalah pemimpin Umno yang jahil.  Bagaimana mereka mahu memahami isu ini sedangkan jenis-jenis Najis Mughallazah pun budak-budak tolong ajar mereka.  Itulah sebabnya kita perlu tukar pemimpin negara daripada yang jahil dan zalim kepada yang lebih baik.  Itu kewajipan kita, jika tidak, rakyat negara ini akan terikut-ikut dengan kejahilan mereka.


Rabu, 20 Februari 2013

CERAMAH DI KERATONG 4, ROMPIN MALAM INI BERSAMA KETUA PEMUDA PAS DAN KOBAT

MALAM ini (20/2/2013) aku dijemput berceramah di Keratong 4, Rompin bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Hassan Tantawi.

InsyaAllah, peluang untuk berjumpa rakan-rakan di Keratong 4 terutamanya di kalangan bekas-bekas tentera akan tercapai.  Kini kita perlu terus berusaha untuk menyedarkan warga tentera terutamanya untuk melakukan perubahan tanpa mereka memikul senjata.

Ayuh, bertemu malam ini, InsyaAllah.

Selasa, 19 Februari 2013

EMPAT BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA MENAMBAH DERITA UMNO

SUATU sejarah, tidak pernah berlaku menjelang PRU, bekas-bekas pegawai tertinggi di dalam tentera turut terlibat di dalam kempen membantu parti politik samada parti Umno/Bn mahu pun pembangkang.  Kali ini mereka semua turun dan tambah memeranjatkan, mereka turun membantu kempen Pakatan Rakyat.

Ini menunjukkan Umno/Bn kini benar-benar terasak ke dinding.  Di setiap penjuru mereka diasak dan sehingga kini terkapai-kapai untuk melawan.  Tenaga tiada lagi pada Umno/Bn, maka mahu tidak mahu, malu tidak malu terpaksa minta simpati jentera kerajaan dan pasukan keselamatan juga media di bawah kawalan mereka. 

Program PR dihalang sedaya upaya dan jika ada program dari PR yang berjaya dilaksanakan itu adalah kerana kita memberanikan diri untuk menentang ketidakadilan mereka.  Paling ketara di kawasan felda di mana sehingga ke tahap mengupah samseng untuk mengganggu dan menyekat program ceramah kita.  Apakah mereka sangka kita akan menyerah kalah?  Mereka silap besar.

Empat bekas Pegawai Tertinggi Tentera dari DARAT, LAUT dan UDARA termasuk dari bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) kini mula menjelajah ke seluruh negara untuk memberitahu warga tentera bahawa mereka mesti menolak Umno/Bn di dalam PRU akan datang. 

PRU ke 13 seperti menanti Hari Raya.  Tidak sabar-sabar rasanya untuk melihat Umno menyembah bumi.  Bak kata Prof Dr Harun Din, Umno ibarat buah yang sudah terlalu busuk di atas pokok, dijolok ia jatuh, tidak dijolok pun akan jatuh ke bumi.  Umno amat mengharap Dr Harun Din keluar dari PAS, malangnya ayat yang disebut oleh Dr Harun Din itu tadi amat mengecewakan Umno.  Terpaksa lah mereka meneruskan penggantungan kepada Hassan Jati, Zul Kulum, Nalla, Umi Haflda, dan sesekali guna mulut Us Nasha untuk menyerang PR.  

Umno benar-benar nazak kini.  

Sabtu, 16 Februari 2013

KESIHAN EZAM SESUMPAH SANGGUP DIPERBODOHKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam sesumpah melutut kepada Umno, maka hilanglah maruah beliau yang dahulunya dianggap hero selepas DS Anwar terutamanya di era reformasi.  Apabila berada di bawah ketiak Najib dan Bik Mama, maka nama Ezam sesumpah tidak kurang dan lebih dari nama Raja katak, Berahim Alkataki.

Kini, Ezam sesumpah ke hulu ke hilir menjadi balaci Umno disaat-saat Umno sedang nazak.  Mungkin dulu pemimpin Umno merasakan jika bawa Ezam sesumpah sertai Umno akan membuatkan Umno bertambah hebat untuk berdepan dengan DS Anwar Ibrahim.  Malangnya, harapan Umno berkecai dan mungkin sekarang terasa di dalam hati pemimpin Umno betapa rugi besarnya memberikan anugerah Senator kepada Ezam sedangkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ezam sesumpah selain dari menghabiskan gaji dan elaun Senator percumanya itu.


 
Baru-baru ini, pada 15 Feb 2013 diadakan "DEBAT" RAKYAT di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas yang kononnya pentas debat di antara Ezam sesumpah selaku Penaung Waris Malaya dengan Hassan Jati mewakili JATI.  Debat bertajuk "Jom Tolak Pakatan" itu tidak diketahui siapa pencadang dan siapa pembangkang kerana debat kebiasaannya mestilah ada pro dan kontra.  Tetapi Ezam sesumpah tidak kisah walaupun pentas itu terang-terang memperbodohkannya.

Lebih melucukan Hassan Jati langsung tidak nampak muka.  Mungkin Hassan Jati terasa betapa bodohnya beliau jika berdebat dengan orang yang satu pemikiran dengannya.  Buat apa berdebat jika sudah sama-sama bersetuju dengan tajuk debat?  Bukankah itu kerja bodoh namanya.  Jadi, Hassan Jati tidak mahu nampak terlebih bodoh dari Ezam sesumpah.  Maka, berdebatlah Ezam sesumpah seorang diri.  Sesuai dengan 'standard'nya, Ezam sesumpah pun berdebat seorang diri di atas lori ikan dan Ezam sesumpah pun berucap seolah-olah beliau berucap seperti DS Anwar di atas trailer Jelajah Merdeka Rakyat.  Cukuplah dapat berangan.

Sebelum ini, Ezam sesumpah pernah melakukan kerja bodoh yang sama iaitu berdebat dengan Noh Omar atas tajuk yang disepakati bersama.  


  .
Bak kata rakan aku Blogger Omakkau, "Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.  Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan."  

Kesihan Ezam sesumpah.

Jumaat, 15 Februari 2013

TAMPIL DI MAHKOTA AMAN, BATU 11, KUANTAN MALAM INI


MALAM ini (15/2/13-Jumaat), aku dijemput untuk berceramah bersama Pengerusi KERABAT (Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera) bertempat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan mulai jam 09.00 malam.

Atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), sejarah dilakar apabila KOBAT digandingkan sepentas bersama KERABAT dan permulaannya amat tepat iaitu bersebelahan dengan Kem Batu 10 dan Kem Batu 9, Kuantan, Pahang yang merupakan pengkalan Tentera Darat dan TUDM, Kuantan.

Turut bersama malam ini adalah Us Yusuf Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang) dan Tuan Haji Suhaimi Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang).

Sehubungan itu, semua warga tentera dan bekas-bekas tentera dijemput hadir beramai-ramai malam ini.  InsyaAllah, Radio KOBAT FM akan membuat Siaran Secara Langsung program caramah malam ini. 

Selasa, 12 Februari 2013

SUNTIK SEMANGAT HADAPI MEREKA, BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM PADA 13 FEB INI DI KUANTAN

Oleh:  WFAUZDIN NS



"TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU".  Itulah thema yang dibawa oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama ABU (Asal Bukan Umno) serta dibantu oleh rakan-rakan dari PR di dalam siri jelajah mereka ke seluruh negeri.

Di Pahang, thema ini akan dilaungkan oleh Chegu Bard (SAMM), Sdr Harris (ABU) dan turut menarik perhatian orang ramai nanti adalah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.  Siri jelajah sampai ke Pahang pada 13 hb Februari (Rabu) ini mulai jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, Jalan Beserah (berhadapan Poliklinik Komuniti Beserah), Kuantan.

Turut mengambil bahagian untuk mengingatkan kerajaan khususnya yang mengawal SPR agar tidak melakukan penipuan di dalam PRU nanti adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota dan juga dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera).

Kebangkitan rakyat tidak boleh disekat dengan penipuan. Kita tahu mereka sedang menyusun taktik untuk menggagalkan PR mengambil alih Putrajaya sekiranya PR memenangi PRU nanti walaupun di dalam masa yang sama taktik penipuan PRU giat dilakukan.  Isu pemberian IC kepada pendatang asing adalah isu serius yang membuktikan penipuan memang telah lama berlaku.  Berbagai-bagai provokasi telah dilakukan oleh puak yang rakus terhadap program-program PR jelas menunjukkan mereka sedang berlatih untuk menimbulkan kekacau sekiranya Umno/Bn hilang kuasa.

Sehubungan itu, rakyat yang mahu melihat perubahan berlaku mestilah bersedia untuk melakukan apa jua bagi menghadapi puak-puak ini.  Marilah kita menyuntik semangat kita dengan menghadiri program pada 13hb Februari (Rabu) ini di lokasi yang telah dimanyatakan.