RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Februari 2010

BUKAN AUSTRALIA SAHAJA YANG MEMBANTAH - YB AZMIN

Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi

Fansurina Abdullah

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menyuburkan demokrasi di negara ini punca masyarakat antarabangsa termasuk Australia mendesak pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Presiden Justify FullPergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr Chandra Muzaffar, kononnya lebih 50 Ahli Parlimen Australia tidak memahami amalan demokrasi berparlimen.

"Ahli-ahli Parlimen Australia dan negara lain bimbang kerana ia bukan soal Anwar sahaja tetapi persoalan mengenai kegagalan Umno-BN menyuburkan demokrasi dalam Malaysia," katanya kepada TV Selangor.

Azmin berharap pandangan antarabangsa itu tidak dilihat sebagai campur tangan kerana Malaysia juga sering menegur negara dalam dalam isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Beliau menyifatkan pemimpin UMNO-BN hanya nampak 'kuman di seberang lautan' sedangkan 'gajah di hadapan mata tidak nampak', semata-mata mahu mempertahan kedudukan dan pangkat mereka.

Malah, Ahli Parlimen Gombak itu percaya pandangan masyarakat antarabangsa itu turut dikongsi bersama majoriti rakyat Malaysia yang melihat pertuduhan kes berkenaan sebagai konspirasi kedua.

"Jangan kita melihat masyarakat antarabangsa sahaja membantah, malahan rakyat Malaysia, majoritinya sudah jemu dan muak dengan fitnah Umno-BN.

"Malangnya suara rakyat Malaysia sudah ditutup dan dinafikan seolah-olah tidak ada sesiapa boleh bersuara," katanya./TVSelangor

2 ulasan:

  1. sebelum ni syeikh dr yusuf al qardawi pernah mengecam sistem perundangan malaysia tak bising pun si khairi albahlol tu,suruh najib al tantunya tarik balik anugerah maal hijrah berani ke idak,sudah la khairi hang balik rembau pi settle masalah org kampung hang dulu,buat si chandrapur tu hang lidah biawak bercabang duk diam2 sudah la

    BalasPadam
  2. sampai 50 org ahli parlimen australia sign surat tu..agak2 ape yg diorg berminat sgt kat anwar ni sampai ingin mencampuri hal2 undang2 di Malaysia?..

    korg da tgk content surat tu belum? kalu belum sila baca, byk fakta yg misleading..sy salahkan mereka sbb mereka tak selidik fakta, dan 100% percaye ckp DSAI yg kononnye dianiaya..

    kesian diorg ni tak tau fakta sebenar..samala dgn peykong DSAI kat malaysia ni termakan dek kata2 DSAI yg penuh tipu muslihat dia, dalam meraih simpati dari dlm dan luar negara..lakonan dan skrip yg hebat!..

    tahniah!

    BalasPadam