RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 19 Februari 2010

GAGAL ISU PERARAKAN MAULIDUR RASUL, KINI ISU PEJABAT PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH mereka gagal memainkan isu perarakan Maulidur Rasul di P.Pinang disebabkan media alternatif pro PR mendedahkan bahawa perarakan P.Pinang tidak pernah mengadakan perarakan tersebut 3 tahun berturut-turut mulai tahun 2003. Ketika itu Gerakan yang memerintah dan Umno juga masih bernyawa di P.Pinang. Apa yang mereka lakukan sewaktu itu? Kini, mereka beralih arah pula terhadap isu berkenaan arahan pejabat KM P.Pinang yang menjadikan pejabat KM sebagai kawasan larangan.

Apa yang penting, semua urusan pentadbiran kerajaan negeri telus dan bersih. Rakyat tetap menjadi keutamaan dan rahsia kerajaan negeri juga tidak mudah dapat di`jual' oleh mereka-mereka yang menjadi `musuh di dalam selimut'. Tentunya ini menjadi masalah kepada `barua-barua' Umno yang berhajat untuk membuka segala maklumat kerajaan negeri. Kebijaksanaan Lim Guan Eng patut dipuji. Meskipun pejabat KM adalah kawasan yang tidak lagi bebas, tetapi sebagai sebuah kerajaan di bawah PR, tentunya SPRM bebas memasuki pejabat KM sekiranya mereka merasakan perlu membuat siasatan di pejabat tersebut.

Tiada masalah langsung kepada rakyat atas isu ini, melainkan Umno yang bermasalah. Umno memang sentiasa akan bermasalah selagi kerajaan di bawah PR berupaya melaksanakan amanah rakyat. Mereka akan terus mencari isu walaupun setiap isu yang mereka jaja di media-media pencacai mereka akhirnya memalukan mereka, contohnya di dalam isu perarakan Maulidur Rasul. /wfauzdin.blogspot



3 ulasan:

  1. Memang patut dijadikan kawasan larangan. Hanya yang berurusan sahaja diberi kebenaran tanpa kira ideologi politik atau dari apa sahaja sektor yang memerlukan. Telah terbukti yang lepas mahu pun sekarang jika dibawah UMNOBN seolah-olah pejabat KM/MB seperti pejabat UMNOBN bukan seperti pejabat KM/MB semua rakyat

    BalasPadam
  2. itulah umno sekarang dah tedesak habih,apa sebab mrk dok taji guan eng je,depa nak bagi apek ni pening kot,takpe pening itu satu peningkatan.

    BalasPadam
  3. UMNO dah ketandusan isu. Hal remeh temeh pun dah ambik jd isu. Tp lama kelamaan memalukan diri sendiri. Padan muka UMNO.

    BalasPadam