Peluang kedua untuk Zulklifi | ||
|
Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin (bawah) diberikan peluang kedua oleh lembaga disiplin partinya itu.

Zulklifi kini dilaporkan di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain sejak Rabu lalu dan dijadualkan akan hanya pulang ke tanah air pada 25 Feb ini.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi hari ini berkata “Zul kini diberi peluang bagi mempertahankan dirinya.”
Menurut Saifuddin (bawah), lembaga disiplin PKR bermesyuarat seketika malam semalam dan mengambil keputusan untuk memberikan Zulklifi peluang bagi mempertahankan dirinya berhubung beberapa dakwaan.

“Meskipun Zul bertubi-tubi menyerang partinya, pemimpin utama, Anwar Ibrahim, pemimpin kanan yang lain termasuk juga jawatankuasa disiplin, namun PKR tetap meletakkan proses keadilan mengatasi segala-galanya. Kesnya akan didengar dan semua fakta akan diambil kira.”
Malaysiakini juga menghubungi pengerusi jawatankuasa disipilin PKR, Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer tetapi beliau enggan mengulas, tetapi sebaliknya merujuk kami kepada Saifuddin.
Zulkifli sebelum ini mempertikaikan pemilihan tarikh berkenaan kerana mendakwa PKR seganja memilih hari ketika dia berada di luar negara.
Ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga didakwa gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu dan memaklumkan kepada mereka mengenai kesesuaian tarikh yang dipilih itu./Malaysiakini
Ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga didakwa gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu dan memaklumkan kepada mereka mengenai kesesuaian tarikh yang dipilih itu./Malaysiakini
Saya hairan kenapa jawatankuasa disiplin PKR lambat bertindak terhadap YB Zul. Apa kelebehan yang ada pada beliau sehingga takut mengambil tindakan.
BalasPadam