RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 15 Februari 2010

ISU MAULIDUR RASUL - UMNO DAN UTUSAN TERKANGKANG LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah satu dunia betapa Umno terlalu inginkan Islam, terlalu cintakan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan betapa Umno berjuang untuk perarakan Maulidur Rasul khususnya di P.Pinang. Kebetulannya P.Pinang diperintah oleh pemimpin Non Muslim tambahan pula dari parti yang bersama Pakatan Rakyat. Seluruh dunia dibawa berita karut oleh Umno dan dipanjangkan pula oleh media pencacai mereka seperti Utusan Meloya dan TV 3 Suku bahawa kununnya kerajaan PR di bawah Lim Guan Eng tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Walaupun KM P.Pinang itu telah menjawab modal bangkrap Umno dan media pencacai itu, kita ingin bertanya kepada Ulamak Umno terlebih dahulu, apakah hukumnya diadakan perarakan Maulidur Rasul? Wajib, sunat, makruh, harus ataupun haram? Sekiranya benar kerajaan negeri P.Pinang tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul TETAPI mengadakan sambutannya sahaja, apakah salah dan menghina Islam?

Lupakah kita pada tahun pertama pemerintahan di bawah Lim Guan Eng beliau satu-satunya KM dari Non Muslim yang turut serta berarak pada sambutan Maulidur Rasul anjuran kerajaan negeri P.Pinang? Sebelum ini adakah Koh Tsu Koon berbuat demikian? Kita telah melihat dengan jelas melalui fakta, sudah berapa banyak bantuan demi bantuan serta sokongan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri P.Pinang kepada kemajuan syiar Islam di P.Pinang? Umno begitu gelisah apabila Lim Guan Eng begitu komited untuk meniru corak pemerintahan Umar Abd Aziz, oleh yang demikian Umno mencipta isu agar kelihatan Lim Guan Eng ini anti Islam.

Jelas sebenarnya Umno lah lebih tidak menghormati Islam. Umno lebih suka Islam dibuat secara `kosmetik' sebab itulah semenjak merdeka kuasa di tangan mereka Islam bukan semakin berkembang bahkan terasing. Sistem pemerintahan di bawah Umno yang mengaku Melayu dan berugama Islam itu tidak pernah berpaksikan Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad. Tulisan Jawi mati ketika Umno berkuasa dan bantuan ke atas SAR (Sekolah Agama Rakyat) pernah tertindas angkara Umno. Ketika PAS memerintah Terengganu dan Kelantan, kerajaan di bawah Umno menentang kehendak kedua-dua negeri itu untuk melaksanakan hukum hudud. Mana lebih utama, perarakan menyambut Maulidur Rasul atau melaksanakan hukum yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?

Tahniah kepada Lim Guan Eng kerana tetap menghormati Islam walaupun beliau seorang Non Muslim yang memimpin negeri P.Pinang. Pedulikan Umno yang terus menyalak tanpa sebab dan tidak ikhlas itu. Semenjak bila Umno serius dengan Islam ini? Lihat sendiri apa yang terjadi kepada mahkamah syariah khususnya di dalam mengendalikan kes Qazaf DS Anwar. Mengapa takut jika kes ini diadili oleh mahkamah syariah? Mengapa tertangguh-tangguh dan buat berbagai helah untuk melambat-lambatkan kes berkenaan? Sebab itu Umno begitu suka dan gembira kerana YB Zahrain keluar dari PKR kerana Umno tahu mengapa YB Zahrain itu keluar dari PKR. Bukankah `selera' YB Zahrain itu sama dengan Umno? Fulus...fulus..fulus..dan perut.

Bagi PR, samada dari PAS atau pun dari PKR kita tetap teguh berdiri di belakang Lim Guan Eng ini selagi beliau bertindak telus dan adil. Usah lagi Umno berbicara soal Melayu dan Islam lagi kerana rakyat sudah tahu apa yang `Melayu' Umno ini mahukan. Umno kini gagal di Kelantan, gagal di Selangor, gagal di Kedah dan kini berusaha mengusik kerajaan PR di P.Pinang. Betapa beraninya Lim Guan Eng mendedahkan fakta dan rekod betapa Melayu dan Islam lebih mendapat faedah dari kerajaan pimpinannya. Umno terhantuk dengan fakta ini, lantas mengambil modal bodoh seperti isu perarakan Maulidur Rasul ini. Itu pun Umno terkangkang lagi.

Kita pasti akan melihat selepas ini, Umno dan media-media pencacai yang kelaparan ini akan meroyan apabila keutuhan PR tidak dapat digugat. Kita semua mengalu-alukan sesiapa sahaja YB-YB dari PR yang `berkaki busuk' serta kelaparan seperti YB Zahrain ini untuk keluar dari PR seberapa segera. Rakyat tidak mampu lagi memikul biawak hidup yang masih berbaki dua tiga ekor lagi di dalam PR begitu lama. Tolonglah keluar segera sekurang-kurangnya untuk membuat Umno bergembira menerima bangkai ini./kembali ke laman asal di sini.

14 ulasan:

  1. Sudah lebeh satu abad UMNO-BN memerintah pulau pinang. Dizaman pemerintahannya lah banyak melayu/islam terpinggir dan miskin. Kenapa baru sekarang nak bela melayu islam? Begitulah cerita2 donggeng yg dihebohkan oleh UMNO utk mencari publisiti murahan supaya bencikan kerajaan PR.

    BalasPadam
  2. Ya...ya...biaq pi lah...tak pa LGE nak buat lagu manapun takpa,

    Yang tak boleh di batalkan ialah perarakan thaipusam, perarakan tokong sayur dan pelbagai perarakan adat dan agama seperti chingay selain dari Islam untuk menampakkan LGE adalah khalifah omar abd. aziz versi pr.....selepas ni segala majlis melibatkan budaya melayu dan agama islam hanya boleh di buat secara tertutup sahaja...azanpun bukannya wajib....perayaan maulidur rasul adalah permulaannya....SOKONG?

    BalasPadam
  3. Detguaq nie pasti amanu tegaq nie,awat setakat belarak tu islam ka,hat yang Nabi suruh hampa tak mau buat,suruh la pemimpin hampa buat hukum islam,nie dak bila orang nak buat,hampa yang bagai nak rak duk halang,ulamak depa jadi bisu,bisu la pulus punya pasai,dah malas nak tulis banyak2.

    BalasPadam
  4. Sudah lebih 50 tahun mereka menjadi tuan di bumi Melayu. Sepatutnya Melayu sudah menjadi bangsa seperti Jepun atau Korea dan sepatutnya separuh dari Bukan Islam boleh menerima Islam sebagai ikutan kalau pun tidak menganut Islam. Malangnya mereka gagal. Mereka hanya pandai mencipta kefasikan dan kezaliman terhadap diri mereka sendiri juga kepada bangsa, agama dan negara kerana mereka hanya berlumba dan bersaiang sesama mereka hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri. Natijahnya mereka sentiasa berada dalam kehinaan dengan melakarkan kerja-kerja fasik satu demi satu sebagai balasan yang sengaja ditangguhkan oleh yang Maha Kuasa. Jesteru bertaubatlah dan kembalilah kepada kebenaran dan keadilan dengan melaksanakan amanah lebih jujur dan ikhlas. Ingatlah setiap yang hidup akan mati dan akan dipersoalkan.

    BalasPadam
  5. UNTUK DETGUAQ...INILAH SIKAP ORANG YG TAK PERNAH MENGAJI KITAB...ORANG SURUH PI MENGAJI HANG SIBUK DOK PI TEMPAT LAIN...TU YANG TAK TAU LANGSUNG YANG MANA ADAT YANG MANA IBADAT...

    BalasPadam
  6. UMNO memang dah selalu mengangkang kat kerusi kerajaan....tiba masa diorang ni tekangkang kalah lak mcm main judi

    BalasPadam
  7. untuk baghal baghal dan yang sewaktu dengannya.
    PAS memang menjadi kuda tunggangan DAP.Bukan setakat DAP,malah menjadi kuda tunggangan seluruh rakyat Malaysia.
    Kalau PAS mengikut rentak banghal banghal yang ada dalam PERKASA,PPIM dan NGO ngok,sudah lama Malaysia akan hancur dan bermandi darah seperti mana 13 Mei(aku dah lama hidup waktu tu,tapi ada dikalangan hampa dunia pun tak tengok lagi).Kerana PAS lah ujudnya keseimbangan perpaduan kaum dalam Malaysia.Jika PAS terturut rentak dalang dalang umno diatas nama NGOK dimana Melayu dengan sikap Melayu,Cina dengan sikap Cina dan Inia dengan sikap India ,tiada benteng pemisah bagi ujudnya perlelingkahan kaum.Syukurlah PAS masih ada bagi mengujudkan benteng ini menjadikan walau sejahat mana pun perancangan NGOK untuk mengujudkan perasaan tidak puas hati antara kaum melalui perarakan yang amat diingini ini akan terkubur.
    Apa sebab NGOK ini bersungguh mahu perarakan.Sebab nak tunjuk mereka benar benar Islam atau nak tunjuk kekuatan yang di import dari seluruh NGOK Malaysia.

    BalasPadam
  8. Bukankah aku dah sebut perarakan adat dan ugama, hanpa clarifylah sendiri....kalau adatpun, mengapa nak di batalkan? Kalau dah rasa tindakan tu betul buat apa spin kata surat pembatalan tu tak muktamad?

    Masing-masing tahu banyak perkara adat yang dah di agamakan, tetapi menelan semacam halal bila menguntungkan pihak hangpa...

    Kita kena lihat dari konteks hina orang Islam dengan hina agama Islam...Perarakan Mulidur Rasul adalah satu-satunya perarakan orang Islam berbanding dengan berpuluh-puluh perarakan oleh kaum lain baik berbentuk adat terutamanya dan agama khasnya...

    Apakah Perarakan Maulidur Rasul itu satu yang mungkar? Atau ianya menjurus kepada perbuatan yang cenderung kepada ma'ruf berbanding perarakan mengiringi penjenayah seperti Kugan?

    Ya...agama hangpa lebih hebat dari agama aku...

    **Tahun lepas boleh, awat tahun ni tak boleh, LGE ngoklah pada tahun lepas sebab diapun sertai perarakan tu, ngok masa mula-mula mat sabu bagi pangkat khalifah OAZ kat LGE....

    BalasPadam
  9. orang ganu kata,bijak bijak pass pajak...cerdik cerdik makan tahi adik...pandai pandai kerabat atas handel..yang geng mu duk berarak situ...berarak sini...apa ke jadah nya...bila umno persoalkan berarak maulud tak buat...mu duk kata macam macam...mu tolong melayu... ke nak mampus melayu..??.kurang asam gelugur betul mu ni..mana penting..??berarak kes liwat dengan berarak maulud nabi...lu fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  10. Kalau batal perarakan maulidur rasul tu mungkar gak ke? Yg mungkarnya tolak hukum Islam, yg mungkarnya rasuah, lesen judi, tidak mahu sokong hudud...Bagus KM P.Pinang yg akhirnya mengajar Umno tentang Islam. Beliau lebih tahu yg mana lebih afdal. Puak Umno sibuk nak berarak kununnya nak kat Islam. Perarakan kes liwat Anwar adalah perarakan menentang kezaliman. Betul niat dapat pahala.

    BalasPadam
  11. bodoh cetek akal dari berarak pasal politik baik berarak pasal maulud nabi lagi bagus ramai yang akan berselawat keatas nabi berarak terus ke masjid tu pun salah ke...sengal la lu melayu p.pinang mundur pasal tak tahu nak kejar peluang jangan salah semuanya pasal pemerintah dulu pikir pasal diri korang jer..

    BalasPadam
  12. salam,

    sume diminta bertenang....sabaq2...

    BalasPadam
  13. tak dak orang ganu dok kata cam tu, mu sorang saja kecek lagu tu, pasa mu bodoh bab maulud dengang bab liwat!!

    BalasPadam
  14. eleh umno poyo...aku tengok umno ni berarak maulud nabi ni dari kecik..abih berarak dah dekat tengahari..peh tu sibuk melingkup bukan tau nak ke masjid...cerita gebang je lebey...

    umno ni kalu bab2 adat tu la yang dia sibuk..padahal benda2 bida'ah je...peh tu bleh plak klem kata untuk meningkatkan 'syiar islam'..hawhawhaw...kata bengong marah, tak kata dah memang bengong...

    sibuk sangat dok banding maulid dengan thaipusam...hahahaha...wooiii umno,jeles ke...tau la hangpa pun lebeh kurang hindu je...

    bodoh piang punya umno...suruh pi mengaji lari pi skodeng...kan dah bengong...

    BalasPadam