RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Februari 2010

SU POLITIK MENTERI LETAK JAWATAN KERANA DISIASAT ATAS KES RASUAH ?

SU politik Nor Yakcob letak jawatan
Feb 15, 10


Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.

Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. Nak tunjukan SPRM telus dan jujor dan tidak double standard. Lepas tu buat kenyataan ahkbar dan tv, tidak ada bukti yg cukup utk dakwaan beliau.Kemudian kes itu senyap begitu saja..percayalah..tunggu dan lihat..

    BalasPadam
  2. chokia punya pemikiran pun tau bukan senang nak tangkap seorang su politik,tambahan su menteri kewangan pula.
    su politik dilantik olih menteri dan sudah tentu akan jalankan tugas sebagai proksi dalam semua hal.SEMUA HAL.
    aku jenis orang yang suka bagi peluang pada orang yang bercakap,tak mau burok sangka pada orang setiap masa.dan ketua suruhanjaya sprm ada berkata,tendang dia kalau dia tak buat kerja.nah tunjukkan bahawa apa yang dicakap akan dilaksanakan.borong siasat sekali dengan taukeh dia kerana ini adalah su yang dia lantik,merupakan orang kepercayaan dia.PM pula tunggu apa lagi,realitikan apa yang dilaungkan selama ini.Nasihatkan letak jawatan atau pecat Menteri berkaitan. RM 2 juta,bukan 2 kupang.Itu yang dikesan,yang tak mau dikesan bolih jadi dah RM200 juta.

    BalasPadam
  3. Kah..kah..kah!! poorah!! apa lu ingat poket kiri penuh, poket kanan kosong kah? Lu pun sama macam lu punya su, dia 2juta juga, lu berapa?

    BalasPadam
  4. sprm...saya pon rompak maa...

    betol kata martoiriat...kes yg sudah-sudah membuktikannya. Berita tangkap bukan main gah, hasil hampeh. Bukan nak burok sangka tapi sejak dulu lagi kita rakyat nih disogokkan mcm tu. Setiap kali btukar kepala bapak dia yg baru pasti ada tangkapan besar at last aleh-aleh mcm taik jugak. Busuk sekejap ja bila dah kering cuci ja....

    BalasPadam