RAIS anak Yatim, MP Jelebu yang pernah `membakar jambatan' dengan Umno, kemudiannya `melutut' semula kepada Umno kini semakin kuat merapu. Hampir setiap hari anak Yatim ini merapu untuk menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin hebat walaupun tewas dengan `budak-budak hingusan' Umno di dalam merebut jawatan Naib Presiden Umno. Pemimpin yang terkenal dengan lenggok bahasa yang `membosan'kan ini menjadi MP Jelebu setelah `merayu' ihsan dari Pak Lah untuk menjadi calon buat kali terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang lalu. Beliau juga mendapat `ihsan' kerusi Ketua Umno Bahagian Jelebu yang di `sedekah'kan oleh YB Yunus Rahmat setelah beliau menjelma menjadi `katak' setelah Parti Melayu Semangat 46 (Parti S46) `gulung tikar'.
Sejarah bagaimana Parti S46 `gulung tikar' amat menghantui anak Yatim Jelebu ini. Beliau begitu `fobia' dengan sejarah hitam parti yang disanjungnya dahulu bersama Ku Li selaku Presidennya. Oleh kerana `fobia' yang teramat sangat, anak Yatim ini `mengigau' sehingga menjangkakan bahawa parti pimpinan DS Anwar sekarang akan menerima nasib seperti partinya dahulu. Hakikatnya, jika dilihat kepada latar belakang dan sejarah kedua-dua parti iaitu Parti S46 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu amat jauh bezanya. Parti S46 lahir kununnya untuk menggantikan Umno yang ketika itu diharamkan. Dasar parti tersebut tidak berubah dengan semangat kebangsaannya.
PKR pula lahir bukan untuk menggantikan Umno, tetapi diwujudkan untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku ke atas DS Anwar menjadi asas kepada wujudnya PKR. Ini adalah kerana sekiranya tokoh ternama dan pemimpin yang pernah berada di kerusi nombor dua dalam kerajaan boleh diperlakukan sedemikian rupa, apatah lagi rakyat bawahan yang lain. Justeru itu, bagi menegakkan keadilan parti ini tidak bersifat perkauman kerana keadilan adalah untuk semua tanpa mengira kaum. Maka, PKR kini dianggotai oleh semua golongan yang terdiri dari berbilang bangsa dan ugama. Meskipun pada awalnya parti ini seolah-olah berjuang untuk DS Anwar, namun telah dibuktikan bahawa setelah DS Anwar dibebaskan dari penjara parti ini masih berjuang dan terus berjuang.
Kini, parti pimpinan DS Anwar ini berjaya meyakinkan rakyat dari bebilang kaum sehinggakan mampu merampas beberapa buah negeri yang dahulunya dikuasai oleh Umno/Bn dengan kerjasama dari rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR). Berapakah kerusi atau negeri yang pernah dirampas oleh parti anak Yatim S46 dahulu?
Rais juga melahirkan rasa `kagum' beliau dengan kehebatan keluarga DS Anwar. Beliau menganggap PKR adalah parti keluarga DS Anwar. Itulah kehebatan keluarga DS Anwar yang sanggup bersusah payah bersama rakyat meski pun tidak pernah seorang pun anaknya berada di dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia walaupun dahulunya DS Anwar pernah menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Bagaimana pula dengan anak Mahathir ? Anak Pak Lah dan juga keluarga Najib? Pernah tersenarai atau tidak ? Tentu Rais boleh jawab sendiri. Isteri DS Anwar adalah pejuang ketika suaminya terpenjara, anak perempuan DS Anwar juga adalah pejuang sehingga di gelar `Puteri Reformasi'. Nama kedua-dua anak DS Anwar ini terkenal ke pelosok dunia serta disanjung rakyat di negara ini. Bagaimana pula dengan anak Rais? Terkenal juga dan pernah juga tersiar kisah anak beliau di dalam akhbar. Tetapi bukan sebagai pejuang. Terkenal kerana `kisah dan masalah' rumahtangga. Tidak perlu saya ulas kerana ini masalah rumahtangga anaknya.
Sehubungan itu, tidak lojik dan tidak masuk akal sekiranya Rais ingin menjadikan sejarah parti S46 yang pernah disertainya dahulu akan berulang ke atas parti pimpinan DS Anwar. Pertamanya kerana DS Anwar mempunyai prinsip yang kuat tidak seperti Rais yang bukan sahaja sanggup mengumpul `arang-arang kayu jambatan' yang telah dibakarnya dahulu, bahkan Rais sendiri sanggup menggadaikan tesis Phd nya sendiri demi untuk mencari makan di dalam Umno. Keduanya, PKR sanggup kehilangan beberapa pemimpin yang tidak sanggup bersusah payah untuk rakyat kerana parti ini inginkan kualiti bukan kuantiti. Ketiganya, PKR adalah parti untuk semua bukan parti bersifat perkauman seperti Umno, MCA dan MIC. Itu adalah sebahagian dari kekuatan PKR yang tidak ada pada parti S46 yang terkubur tanpa nisan itu.
Seandainya DS Anwar sendiri tiba-tiba `hilang akal' dan memasuki Umno, PKR tetap akan bersama rakan-rakannya untuk terus mengibarkan bendera perjuangan ini. Seandainya pula DS Anwar terpaksa memasuki penjara semula, PKR akan lebih cepat bersama rakan-rakannya ke Putrajaya dan ketika itu yang gulung tikar adalah Umno. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan