RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 1 Mac 2010

EZAM TUDUH ANWAR PERGUNAKAN PAS DAN SYEIKH YUSOF QARDHAWI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

Akhbar Sinar hari ini telah melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang terus mempersoalkan tentang kredibiliti DS Anwar dan juga PAS, terutamanya Tuan Guru Nik Aziz. Beliau berkata demikian selepas program ceramah royalti minyak di Bachok, Kelantan. Meski pun ceramah tersebut merupakan program penerangan anjuran Umno tentang royalti minyak, namun seperti yang berkali-kali saya perkatakan bahawa Ezam raja sesumpah ini tidak akan senang hatinya jika tidak menfitnah DS Anwar. Begitulah perangai budak muda ini yang telah meletakkan dirinya setaraf dengan `pencacai dan pelacur murahan' Umno.

Kita akan menghormati Ezam sekiranya beliau berupaya memberikan fakta atau bukti terhadap apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar dan juga PAS. Tetapi, sehingga kini Ezam hanya pandai menyalak umpama anjing kelaparan. Setiap tuduhannya terhadap DS Anwar hanya lahir dari mulut busuknya semata-mata dengan andaiannya yang lahir dari jiwa yang kotor. Beliau berkata DS Anwar hanya ingin memperalatkan PAS untuk membela dirinya dari tuduhan liwat. Tidakkah beliau tahu bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan juga Presiden PAS bukan pemimpin seperti Umno yang buta hati dan jahil itu. PAS mempunyai kepimpinan yang kebanyakannya bertaraf Ulamak dan mereka tahu apa yang Islam ajar dengan tuduhan liwat ke atas DS Anwar itu.

Sewaktu DS Anwar dipecat serta diaibkan dengan fitnah liwat yang pertama dahulu, Almarhum Us Fadzil Noor yang menjadi Presiden PAS ketika itu adalah orang pertama yang menemui DS Anwar di rumahnya. Bukan DS Anwar yang memohon simpati kepada beliau, sebaliknya Presiden PAS sendiri hadir untuk menunjukkan bahawa PAS tetap menentang kezaliman ke atas sesiapa pun hatta DS Anwar ketika itu adalah bekas Timbalan Presiden Umno. Ini hujah untuk menunjukkan bahawa DS Anwar tidak pernah memperalatkan PAS di atas fitnah yang menimpanya. Fitnah bodoh terhadap DS Anwar ini bukan sahaja mendapat simpati PAS, tetapi juga seluruh Ulamak Muktabar Dunia seperti Syeikh Yusof Qardhawi dan kebanyakan Ulamak Fekah Dunia. Mengapa Ezam raja sesumpah ini tidak menuduh DS Anwar ingin memperalatkan Ulamak terkenal dunia itu? Ini menunjukkan betapa busuk hati dan jiwa Ezam raja sesumpah yang tidak pernah senang apabila melihat DS Anwar tidak difitnah. Inilah manusia yang paling keparat dan hina sekali setelah beliau mengkhianati rakyat yang menyokongnya sebelum ini.

Ezam juga seolah-olah kagum dengan DS Anwar yang berjaya menyatukan PAS dengan DAP. Sememangnya Umno tidak akan senang dengan hubungan rapat PAS dengan DAP kerana apabila kedua-dua parti ini bekerjasama, Bn pasti akan berkubur dengan cepat. Ini terbukti di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Oleh kerana Ezam raja sesumpah telah menganut fahaman Umno yang sekular itu, maka tidak hairanlah Ezam juga akan sakit hati apabila PAS berbaik dengan DAP. Ezam tidak perlu berhujah dengan isu Negara Islam semata-mata untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat kerana jika benar Ezam juga mahukan Negara Islam, mengapa Ezam memilih Umno yang beliau sendiri tahu Umno tidak pernah inginkan Negara Islam bahkan menentangnya? Ini satu bukti menunjukkan Ezam tidak pernah ikhlas terhadap agama yang dianutinya.

Ezam mesti buktikan DS Anwar pernah meminta PAS atau memaksa PAS untuk menggugurkan matlamat Negara Islam di dalam penyatuan PAS dan DAP. Apakah Ezam fikir jika PAS bersatu dengan Umno, matlamat Negara Islam akan tercapai? Mustahil akan tercapai, usahkan Negara Islam, isu rasuah pun Umno gagal mengatasinya kerana pemimpin-pemimpin Umno dipenuhi oleh golongan perasuah. Umno sendiri berkata bahawa Ketua Pemudanya terlibat rasuah termasuk juga KM Melaka sekarang. Bukti lain ? Ezam ada bukti kerana Ezam sendiri pernah pikul kotak-kotak rasuah pemimpin Umno berkenaan. Penyatuan PAS dengan DAP juga PKR lebih baik jika dibandingkan dengan penyatuan Umno bersama Bn.

Ceramah Ezam bersama beberapa pemimpin Umno di Bachok ternyata gagal untuk meyakinkan rakyat Kelantan bahawa Umno itu lebih baik daripada PAS. Gagal juga untuk meyakinkan bahawa Umno sebenarnya tidak menipu rakyat Kelantan dalam isu royalti ini. Oleh sebab itulah, rakyat Kelantan tidak lagi berselera untuk hadir di dalam mana-mana ceramah oleh Umno seperti yang telah dibuktikan di Bachok. /wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. masa kau terlalak dulu kau guna siapa? Hebat le Anwar sampai boleh guna Yusuf Qardawi! Kemarau terlalu lama, hujan mula turun, mulalah katak bising....musim katak mengawan katakan!!

    BalasPadam
  2. Kita akan menghormati Ezam sekiranya beliau berupaya memberikan fakta atau bukti terhadap apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar dan juga PAS.

    aku pun pelik aper bukti yang DS Anwar ada???
    cakap, pidato, menipu sini sana, tapi hakikatnya tetap habuk...

    fikir-fikirkan lah

    BalasPadam
  3. Bukan sahaja Anwar dah byk beri bukti, bahkan begitu banyak aduan dibuat bserta bukti rasuah tetapi siasat pun tidak...jet hilang, kapal selam tak bleh mnyelam,,komisyen kapal selam 500 juta siap didedahkan oleh Anwar kat Parlimen dan cabar kerajaan siasat kerana beliau ada bukti...Anwar beberapa kali cabar Najib berdebat kerana Anwar punyai bukti tapi mana pernah Najib berani berdebat kerana takut kantoi macam Shabery Cheek kantoi dlm debat minyak. Lepas ni korang tgk, berani tak Najib masuk mahkamah bila Anwar telah minta Najib di sapina ke mahkamah dlm kes liwat. Najib kata dia tahu sebab apa saiful jumpa dia sebelum saiful tuduh Anwar meliwatnya...kalau Najib berani, masuklah mahkamah berdepan dgn Anwar. Tapi, aku yakin 100% Najib pasti kecut teloq....cam Mahathir dulu juga takut masuk mahkamah..

    BalasPadam
  4. Ezam kotak lansung tak boleh pakai. Dulu angkat dan puja Anwar sampai kelangit. Sekarang cakap membabi buta, tak ada pangkal jalan. Dulu jadi pengurusi GERAK, nak tangkap perasuah dlm Umno dan banyak laporan2 rasuah oleh pemimpin2 Umno yg direpotnya tapi habuk pun tiada tapi sekarang Ezam kotak sendiri masuk dlm poket Umno. Inilah hasil perjuangan Ezam Kotak dlm menangani rasuah.
    Ezam Kotak ni jika dilihat bacul dan pengkhianat. Jika beliau kecewa dgn PKR, kenapa beliau menyertai UMNO. Setahu aku, UMNO lebih jahat dari PKR. Tapi jika Ezam kotak rasa UMNO lebih baik dari PKR, alamatnya beliau buta mata dan hati. Tak ada otak dan tak pandai menilainya.
    Sewaktu dulu aku terkenang2 dizaman reformasi, dimana Ezam kotak ceramah beliau akan sebut kata2 ini." sila tunjukkan saya siapa yg iklas menyertai UMNO". Jadi yg aku hairankan, ezam kotak yg masuk poket UMNO. Inilah Ezam kotak yg berprinsip yg ku kenali...

    BalasPadam
  5. ezam tu yang sebenarr nya jeles ngan DSAI...tu lerr pasalll jd org gila x tentu arahhh... n jadi balaci gak macam zn

    BalasPadam
  6. Kotak Ezam tu macam peti kaca Raja Suran. Boleh masuk dalam laut, jumpa negeri aftabular, jumpa raja aftabulbahri dan kawin dengan puteri mahtabulbahri. Susah nak percaya akal jadi kantoi!!

    BalasPadam
  7. setiap ahli politik ada hak bersuara untuk melahirkan pendapat mereka. Benar atau salah sesuatu kenyataan tersebut, adalah tanggungjawab orang itu sendiri dengan Tuhannya.

    AI dilihat tidaklah memperalatkan PAS tetapi sesiapa sahaja yang beliau rasa boleh membantunya memenangi kes tersebut. Tetapi PR sendiri juga perlu akui, sekira benar DAP dan PAS bergabung, seperti juga yang dinyatakan oleh penulis diatas (spt UMNO dan PAS tidak mungkin bergabung), PR boleh musnah. Di lihat kini, PAS flexible dengan prinsip2 memperjuangkan Islam kerana DAP tidak peduli pun dengan parti komponen mereka yang lain. Yang dipentingkan sekarang oleh DAP ialah mereka mampu meraih sokongan dari rakyat berbilang kaum-jadi sama ada parti komponen lain mengikut arah telunjuk mereka, atau tidak, tak menjadi masalah pun pada mereka.

    BalasPadam
  8. mula mula kotak lepas tu keranda,nak kebenaran sekaranglah masanya,bila mati umno pun tak leh tolong,berjuang dgn kebenaran seorang diri pun tak apa..asalkan penghundi langit tahu...malu dgn tian chua non muslim yg istiqamah, dipukul bertalu2 oleh polis..masih setia prinsip keadilan sejagat.

    BalasPadam
  9. kalau katak, barua, dan apa-apa saja yang berkaitan kata nama ganti itulah sehina-hinanya manusia bernama EZAM UNGKA. Ceramah-ceramah beliau kalau setakat yang sedang dibuat road-tour tu dah tak laku lagi. Baru 2-3 hari lepas ceramah kat Selayang Baru Utara. Ada la setakat kurang 50 orang yang datang dengar bebelannya. Itu pun masih tak sedar diri lagi.

    BAHAWASANYA beliau sudah tak laku lagi........

    BalasPadam