RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 28 Februari 2010

KU LI BAKAL DIPECAT ?

Royalti: Ahli MT mahu Ku Li dikenakan tindakan
Feb 28, 10
Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Umno perlu mengambil tindakan terhadap ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana didakwanya bersekongkol dengan parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.

Mohd Puad, yang juga timbalan menteri pelajaran dan Ketua Umno bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas "orang besar" dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.

"Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tengku Razaleigh bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.

Majlis Tertinggi Umno, dalam mesyuaratnya minggu ini, menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh.

Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.

"Tujuan beliau (terlibat dalam siri ceramah pembangkang) itu adalah untuk mencabar parti (Umno) mengambil tindakan terhadap dan membolehkannya menjadi hero, " katanya.

Mohd Puad berkata pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan ketika ini juga adalah tidak konsisten dan berlainan sebagaimana ketika beliau menjadi menteri kewangan suatu ketika
dahulu.

Mengenai tindakan Tengku Razaleigh yang mahu mengadakan siri ceramah tentang isu itu, beliau berkata, Umno tidak perlu berasa bimbang kerana wakil rakyat Gua Musang itu tidak mempunyai pengaruh yang besar, sebaliknya terpaksa bergantung kepada parti pembangkang.

- Bernama

2 ulasan:

  1. Aku berani katakan 100 peratus Umno tidak akan ambil apa2 tindakan kpd Tg Razaleigh. Percayalah...
    Pemimpin2 Umno Hanya berani buat kenyataan dan komen terhadap Tg Razaleigh hanyalah melalui ahkbar2 dan tv .. didepan Ku Li takut macam kucing dgn tikus..

    BalasPadam
  2. Member sendiri baru tegur dah ada yang lebelnya geng pembangkang, jangan cam tu bang! yang haq tu tetap haq yang batil tu tetap batil, kalau nak idup pun jangan le hantam semborono je!

    BalasPadam