RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 29 Julai 2010

AKHBAR PERKASA TIDAK DAPAT SAMBUTAN ? MENGAPA ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

Benarkah akhbar PERKASA tidak mendapat sambutan dari vendor untuk dipasarkan? Keluhan ini disuarakan oleh Editor akhbar berkenaan melalui Malaysiakini. Persoalannya, adakah benar vendor tidak berani memasarkannya kerana bimbang dengan KDN ataupun bimbang akhbar tersebut tidak laku?

Di kawasan saya, saya lihat sendiri memang ada terjual akhbar berkenaan tetapi tidak ramai yang berselera untuk membacanya apatah lagi untuk membelinya. Bagaimana untuk kita membaca akhbar berkenaan kerana kita tahu siapa Presiden PERKASA. Kalau sudah Presiden PERKASA sendiri selalu cakap merepek dan merapu-rapu, bayangkan saja bagaimana kandungan akhbarnya.

Umno yang dikatakan parti terbesar Melayu itu pun gagal untuk memasarkan akhbar parti bagi menyaingi akhbar Harakah, Suara Keadilan mahu pun Roket, ini kan pula akhbar PERKASA. Tutup sajalah akhbar berkenaan, buang tenaga dan duit saja. Zaman sekarang orang sudah tidak bercakap lagi siapa tuan kat tanahair ini. Zaman melaungkan ketuanan Melayu sudah basi kerana semua itu sudah terjamin di dalam Perlembagaan.

Zaman sekarang orang sibuk bercakap soal rasuah, penyelewengan, kenaikan harga barang, masalah sosial dan banyak lagi yang lebih penting dari menyalak menjual nama Melayu itu. Biarkan Ibrahim Ali menyalak seorang diri kerana selepas PRU Ke 13 nanti, suara itu akan tenggelam dari suara `garau' katak kepada suara itik serati./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. salam fauzdin, bolehkah letakkan link blog saya di blog anda ini? http://cikgupj.blogspot.com/
    terima kasih.

    BalasPadam
  2. Tkasih, cikgu. Mohon emailkan link blog cikgu kat saya ye...Wslm.

    BalasPadam
  3. Mana ada orang baca surat khakar lagi? Yang ada pun nak bungkus, inikan pulak surat khabar baru. Dah outdated dah PERKOSA ni. Geli geleman aku rasa

    BalasPadam