BARU-baru ini TV3 suku menyiarkan beberapa `orang Melayu' yang `kebulur' pasir di Selangor. Mereka memekik, menjerit dan terlolong umpama Hatu Raya kelaparan kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu pasir. Kununnya mereka `orang-orang Melayu Bumiputera' diketepikan oleh Kerajaan PR Selangor untuk mencari rezeki dengan pasir yang dikorek di Selangor.
Bukan kita tidak tahu, muka-muka inilah yang kaya raya di zaman Khir Toyo dan ada di antara mereka kroni kepada pemimpin Umno Selangor ketika itu. Kini, mereka lupa bahawa kerajaan telah bertukar tangan bukan lagi Anak Toyo selaku MB yang mereka boleh berbuat sesuka hati. Kini zaman PR memerintah dan istilah kroni tiada dalam kamus pemerintahan PR. Mereka mendakwa Melayu dan Bumiputera Selangor tertindas di bawah Kerajaan PR sekarang. Siapa Melayu dan Bumiputera itu? Adakah di Selangor hanya gerombolan yang terpekik terlolong di depan kaca TV itu sahaja yang Melayu dan Bumiputera?
Kekayaan dan hasil sumber bumi di Selangor adalah hak rakyat. Rakyat bukan bererti kesemuanya Melayu atau Bumiputera. Mengapa kita sebagai Melayu berugama Islam pula begitu tamak sekali? Jika di zaman Khir Toyo dahulu berpuluh tahun kamu mengaut untung hasil pasir ini, kamu tidak pernah menoleh ke arah Melayu atau Bumiputera yang lain untuk berkongsi nikmat itu. Jika boleh, kamu sahaja yang ingin terus mengaut hasil keuntungan pasir di Selangor sampai kiamat.
Oleh sebab itulah, hampir setiap hari puak-puak ini mengadu di TV3 suku betapa hidup mereka kini teramat susah. Seolah-olah merekalah orang paling papa kedana di Selangor. Yang menghairankan kita, mengaku hidup susah tetapi masih berlagak ego, sombong dengan mendakwa Kerajaan Selangor yang menganiayai mereka. Itulah yang dikatakan bodoh dan miskin tapi sombong.
Kepada Kerajaan PR Selangor, persetankan puak-puak yang terjerit siang malam itu. Usah dilayan mereka sepertimana Khir Toyo melayan mereka sehingga lupa diri. Ketelusan dan keadilan hendaklah diteruskan. Kekayaan Selangor mestilah dikongsi sama rata. Jangan jadikan Selangor sebuah kerajaan yang diperintah oleh `Toyol' penghisap darah walaupun zaman Anak Toyo sudah pun berlalu./wfauzdin.blogspot.com

gua setuju dengan penulisan lu, memang yang terpekik dan terlolong itu adalah orang yang dah kaya dengan hasil pasir semasa khir toyo haramjadah tu jadi MB, biar mereka kebulur dek kerana pasir, adalah lagi insan yang lebih susah dari mereka itu
BalasPadamMacamana tak terpekek dan terlolong....hari raya dah dekat....bini no-1 nak duit raya, Bibni No-2 Nak kereta baru, bini no-3 nak rantai emas baru dan bini no-4 pulak nak rumah baru. So, mana mau cari duit bang....business pasir dulu dah lingkup sbb orang kuat "anak toyol" dah terlingkup. So....menjerit dan mengilai lah si hantu2 raya ni.
BalasPadam