TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sabtu, 31 Julai 2010

KHIR TOYO, AYUH..JIKA BERANI DEDAHKAN !!

Pasir: DAP Mahu Khir Toyo Dedah Identiti 'Samseng'

Exco Selangor Ronnie Liu Thian Kiew meminta bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti yang menyokong dakwaan bahawa DAP Selangor dilindungi kumpulan samseng.

DAP juga menuntut Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan identiti samseng terbabit. Sekiranya gagal, maka pemimpin Umno itu digesa bertaubat dan meminta maaf secara terbuka.

Ketua Pembangkang Selangor mendakwa pelombong-pelombong pasir haram dilindungi samseng dan samseng berkenaan rapat kepada DAP Selangor. Beliau turut mendakwa samseng-samseng terbabit membiayai jentera pilihanraya DAP

DAP meminta Dr Khir toyo mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam atau hadapi tindakan undang-undang.

"Saya minta Dr Khir Toyo untuk tidak membuat tuduhan bukan-bukan, tanpa bukti. Tunjukkan bukti dan jangan jadi pengecut. Saya mempertimbangkan untuk menyaman beliau," tegas Ronnie.

"Keuntungan dari Kumpulan Semesta digunakan untuk rakyat. Saya minta Khir Toyo untuk ambil teladan dari urustadbir Menteri Besar sekarang. Jadi saya cabar kamu berikan bukti menunjukkan kaitan DAP kepada samseng-samseng pasir," kata Ronnie.

Sementara itu juga, DAP menggesa Khir menamakan kumpulan samseng yang dimaksudkannya itu jika benar beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya..

"Berikan kami nama-nama samseng tersebut dalam masa 24 jam. Sekiranya tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap kamu," kata Adun Kampung Tunku, Lau Weng San./TVSelangor

1 ulasan:

  1. BARUA ANAK TOYOL NI WALAU BERLAMBAK LAPORAN SALAHGUNA KUASA & PENYELEWENGAN TAPI TAK ADA SIAPA BERANI SIASAT ATAU TANGKAP ! APA KEJADAH DIA PAKAI ATAU SENGAJA KES DIA KERANA DARI PARTI UMCO MAKA TAK PERLU SIASAT ,TAK ADA KES WALAU LAPORAN LAMA DAH DIBUAT,UNDANG-UNDANG APA MALAYSIA PAKAI ? JIKA DARI PEMBANGKANG SEPERTI KILAT MENYERBU BAK BABI HUTAN ! APA PUNYA TURR UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA ....ATAU MONYET !

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini