RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 23 Mei 2011

UMNO JANGAN BERTINDAK DAYUS

Oleh: WFAUZDIN NS

BUKAN juga untuk menuduh, tetapi sama seperti DS Anwar yang bertanya mengapa PERKASA boleh tahu apa yang bakal berlaku kepada keretanya berbulan sebelum kereta Ketua Pembangkang itu mengalami kemalangan yang dikatakan akibat sabotaj itu?

DS Anwar menyoal , " PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya (Malaysiakini).

Ramalan itu benar, baru-baru ini kereta tersebut yang dinaiki oleh isteri beliau DS Wan Azizah mengalami kemalangan kecil akibat kerosakan pada skru tayar kereta berkenaan. Laporan Polis telah dibuat oleh Pemandu DS Anwar memandangkan hasil pemeriksaan mekanikal menunjukkan tayar kereta berkenaan terdapat unsur-unsur sabotaj.

Terdapat gesaan dari PERKASA agar kerajaan menarik balik passport DS Anwar kununnya beliau akan melarikan diri untuk mendapatkan suaka politik di luar negara. Gesaan ini pernah dibuat oleh `raja sesumpah' Ezam Mohd Noor. Betapa baculnya mereka untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR ini. Tiadakah jalan lain selain dari bertindak sedayus itu? Sudahlah berdebat tentang ekonomi negara pun pemimpin Umno takut, kini cuba bertindak seperti `pondan'.

Sampai bila Umno ingin gunakan kuasa kerajaan untuk menyekat Pembangkang? Berbagai perkara telah cuba kamu lakukan, alhamdulillah, rakyat semakin jauh dari kamu. Apabila gagal mengemukakan hujah, mereka bertindak sehingga kadangkala di luar batas seorang manusia apatah lagi sebagai seorang Islam.

Apa pun yang bakal kamu rancang dan lakukan, PR kini sudah menetapkan niat untuk terus memberitahu rakyat bahawa sudah cukup tempoh dan masa zaman kezaliman Umno/Bn memerintah negara ini. Rakyat kini tidak sabar untuk berada di dalam negara yang penuh dengan keharmonian kaum, telus dan berkebajikan./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. kezaliman umno terhadap DSAI sudah sampai tahap hapir paling bahaya sepertimana mereka lakukan terhadap assyahid ustaz IBRAHIM MAHMUD dan orangnya2 kerana pengaruhnya cukupkuat waktu itu.

    BalasPadam
  2. PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI SEKUTU APCO PANDDY KUTTY AKAN BUAT APA SAJA UNTUK HALANG PAKATAN RAKYAT DARI JEJAKI PUTARJAYA ! NAJIBUR DAH KATA PERTAHANKAN PUTARJAYA DENGAN APA CARA SEKALIPUN,MACAM ISRAEL AMBIL PALESTIN DAN AKAN TETAP TIDAK PULANGKAN HARTA ORANG PALESTIN WALAU APAPUN JADI !

    BalasPadam
  3. agama islam sedang dihina..

    sila ke link

    http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/

    ini untuk sama mengutuk bloger laknatullah ini..

    BalasPadam