RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 4 Jun 2011

CABARAN BODOH DARI RUSLAN KASSIM

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA dua perkara melucukan malam tadi apabila saya menonton Buletin Utama TV 3. Pertamanya, punyalah gopohnya TV pencacai ini untuk menyiarkan berita memburukkan Husam Musa berkaitan dakwaan Blogger Kickdefella, yang diulas adalah kenyataan Blogger berkenaan tetapi gambar dikaca TV pula kelihatan Najib turun dari kereta melakukan lawatan di luar negara. Lepas itu, saya lihat merah padam muka si Pembaca berita berkenaan. Itulah standard TV 3 suku.

Berita tentang isu kununnya Husam Musa memberi wang RM350, 000 kepada Kickdefella diulang lagi kemudiannya setelah tersilap siar. Kelucuan kedua, apabila Ruslan Kassim seorang lagi pencacai Umno yang telah lama keluar dari Parti Keadilan itu turut mengulas isu yang sama. Beliau mencabar Husam Musa agar menyaman Kickdefella atau Husam mendakwa Kickdefella berbohong. Mengapalah bertambah bengap si Ruslan Kassim ini?

Peliknya, kenapa Ruslan Kassim tidak mencabar Kickdefella membuat laporan kepada SPRM tentang pemberian wang tersebut? Atau, jika Ruslan Kassim ini anak jantan dari PERKASA, beliau sendiri boleh membuat laporan kepada SPRM jika beliau percaya cakap `orang mabuk' tersebut? Masakan Ruslan Kassim tidak tahu atau jahil sangat, iaitu prinsip undang-undang orang yang menuduh perlu mengemukakan bukti, bukan yang dituduh melakukan saman.

Cabaran Ruslan Kassim agar Husam Musa berkata bahawa dakwaan Kickdefella itu bohong, telah lama Husam Musa lakukan. Apabila Husam Musa menafikan beliau ada memberi wang kepada Kickdefella, secara tidak langsung Husam menunjukkan kepada kita bahawa Kickdefella yang berbohong. Mahu cabar apa lagi? Atau, Ruslan Kassim mahu Husam Musa memakai baju kalis peluru dan bersumpah laknat pula?

Pencacai seperti Ruslan Kassim ini akan bercakap apa saja walaupun percakapannya itu memperbodohkan dirinya sendiri. Itulah akibat atau `sumpahan' apabila khianat kepada perjuangan, otak yang cerdik Allah jadikan bodoh macam lembu. Kita boleh lihat mereka yang khianat kepada perjuangan semuanya akan bercakap seperti `lembu bercakap'. Betapa hinanya mereka pada pandangan masyarakat sekarang./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. BILA GENG-GENG PANDI KUTTY BEREBUT-REBUT NAK BODEK DAN BUSUKAN PAKATAN RAKYAT MACAM-MACAM KUTTY LAH JADI NYA ,MUNGKINKAH INI SEMUA PUSAKA DARI 'KUTURUNAN' MAMAK MAHATAIK ISKANDAR KUTTY ?

    BalasPadam
  2. Jenis banggang macam ni jangan dilayan, mangkok hayun guna kepala lutut. Waampusana waampusini janji masyukkkk... Pandikutty

    BalasPadam
  3. Memang benarlah apa kata WFauzdin, apabila khianat kepada perjuangan, otak yang cerdik jika sudah masuk UMNO, akan jadi bodoh dan bercakap macam lembu.. kah.. kah

    BalasPadam
  4. En Amuraria, pembetulan sikit."....macam-macam kutty lah jadinya. Sepatutnya " macam-macam pandy lah jadinya"....Memang gua setuju, mereka tu pencacai-pencacai bertaraf pandu kutty!

    BalasPadam
  5. Jangan dilayan 'baghal-baghal' UMNO nih... tak payah ambik pot pong....

    BalasPadam
  6. kalau kome nak tgk apa yg ALLAH nyatakan jenis manusia mengadu domba dan fitnah yg dikelaskan sebagai manusia munafik,ini lah orangnya...ruslan kasim seindah nama tetapi tidak seindah sifat peribadi orangnya...cakap mengikut rentak lidah yg bercabang, beserta hati yg busuk...hinanya sifat dia!!!!

    BalasPadam
  7. Standard la... X-PKR = X-UMNO = UMNO = PKR...2x5=5x2.. tetap benda yang sama.. keluar dari satu lorong kunyit yg sama..genetik yg sama..

    BalasPadam