RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 4 Jun 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM, APA BEZANYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, hiruk pikuk puak-puak sekular dari sekutu Apco mengulas tentang ucapan dasar Presiden PAS bahawa PAS akan berjuang untuk Negara Berkebajikan dan kununnya meninggalkan cita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Baca sini. Besarnya harapan puak itu agar PAS menubuhkan sebuah Negara Islam. Lucu bukan?

Memanglah melucukan apabila puak sekular mahu sangat PAS menubuhkan Negara Islam, sedangkan selama lebih 50 tahun mereka memerintah, mereka tidak pernah meletakkan Islam di atas sedangkan di dalam parti mereka boleh dikatakan 100% Melayu berugama Islam. Mereka hanya berharap pada PAS sahajakah untuk menegakkan Islam? Di mana tanggungjawab mereka sebagai orang Islam?

Jika kita memahami Islam itu sepenuhnya, tiada yang pelik dari ucapan Presiden PAS itu. Apa masalahnya dengan Negara Berkebajikan jika dibandingkan dengan menyebut Negara Islam? Bukankah Islam itu berkait rapat dengan kesejahteraan dan keadilan, dan bukankah kedua-duanya itu berhubungkait dengan kebajikan? Ertinya, di dalam Islam membuat kebajikan kepada semua rakyat itu hukumnya wajib dan melakukan kezaliman itu haram. Apabila PAS menyebut perkataan Negara Berkebajikan, ertinya PAS tetap konsisten untuk mewujudkan Negara Islam yang sebenarnya.

Pendekatan PAS di dalam mendekati golongan bukan Islam dengan mempopularkan Negara Berkebajikan adalah satu pendekatan yang bijak dan penuh berhikmah. Tiada alasan atau hujah untuk Umno mendakwa PAS menggugurkan tuntutan Negara Islam kerana di dalam Muktamar PAS kali ini dasar PAS tidak berubah seinci pun. Rakan sekutu PAS di dalam PR semuanya faham dengan dasar PAS, cuma Umno sahaja yang tidak faham.

Ada puak Umno yang bertanya mengapa tidak menyebut Negara Islam beserta dengan hukum Hudud? Kita ingin bertanya juga pada mereka, bagaimana hukum Hudud boleh dilaksanakan jika negara itu tiada kebajikan? Di dalam keadaan rakyat yang susah dan miskin, rasuah yang tidak dibenteras, ekonomi yang tidak diurus dengan baik, masalah sosial tidak diatasi dengan baik dan dengan pendidikan yang tidak sempurna, bagaimana mahu dilaksanakan hukum tersebut? Di mana pengutamaannya?

Berbeza dengan Umno, mereka ternyata mengabaikan banyak perkara seperti yang disebutkan tadi. Umno gagal di dalam banyak aspek sepanjang memerintah negara ini. Negara dibelenggu dengan masalah sosial, ekonomi, pendidikan, hak asasi, perundangan bahkan di dalam aspek keselamatan pun mereka cuai. Kesemua kecuaian yang telah Umno/Bn lakukan ini menjadi tumpuan utama oleh PAS untuk diperbaiki kerana aspek itu juga wajib diuruskan sebagai sebuah Negara Islam.

Justeru itu, tiada bezanya untuk menyebut sebuah Negara Berkebajikan dengan Negara Islam kerana Negara Islam itu sendiri mewajibkan perlaksanaan kebajikan dan keadilan./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. DAP pun boleh menubuhkan negara Islam, walaupun bukan Islam yang memimpin. Jika mereka melaksanakan semua kehendak dan tuntutan Islam maka jadilah negara Islam. Namun nampak peliklah sikit jika pemimpin tak beriman melaksanakan segala tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Tapi memang lebih baik dari UMNO yang tak pernah langsung terniat nak laksanakan negara Islam.

    BalasPadam
  2. Selepas gagal meyakinkan komponen Pakatan Rakyat khususnya DAP mengenai konsep negara Islam, PAS kini tegas mahu melaksanakan agenda perubahan menerusi slogan 'negara berkebajikan'.
    Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh parti itu kini lebih terbuka khususnya bagi mengukuhkan hubungan dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.
    "Negara berkebajikan adalah satu istilah yang terkandung dalam Al-Quran... ia sesuai untuk semua tanpa mengira fahaman agama.
    "Ia satu konsep yang ada dalam Islam, jadi kita dahulukan kebajikan untuk rakyat tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-57 di sini, Jumaat. Berita lanjut : KLIK. Juga KLIK
    Penghuni Gua : TGHH dan PAS dah kafirkan diri sendiri. Fatwa TGHH mengenai hudud sehingga mengkafirkan semua mereka dalam kerajaan dulu kini termakan kepada diri sendiri.
    2. Kerana kerajaan tak laksanakan hudud, TGHH keluarkan fatwa. Kafirkan kerajaan dan semua orang. Sehingga ujud sembahyang 2 imam ( ujud sehingga sekarang ), sembelihan orang UMNO dan kerajaan tak boleh dimakan dan sebagainya.
    3. Keutamaan kerajaan semasa TunMahathir memerintah iaitu tumpuan untuk membangunkan kekuatan bangsa dan negara terutama melalui pelajaran dan ekonomi dikafirkan dan dicemuh segenap segi. Semuanya kerana kerajaan belum berhasrat pada masa itu untuk laksanakan hudud. Itupun semuanya dah berjalan dalam segala segi mengenai islam. Cumanya belum hudud.
    4. Bergegar fatwa TGHH dijaja merata tempat melalui ceramah dan keset. Siap ada yang hanya menjadi To Joro untuk galakkan orang takbir. Lepas tu jual kaset kafirkan orang. Sehingga nampak orang UMNO dan kerajaan pun, puak kencing ini meludah kearah kita semua. Di Universiti Malaya apa lagi UKM jangan kiralah. Nak cakap pun , kita sendiri naik malu sesama islam.
    5. Kini TGHH mula bercakap nak utamakan kebajikan dari hudud. Dulu kerajaan BN membuat dan bercakap perkara sama dikafirkan di segenap penjuru. Tetapi kerana politik TGHH dan PAS makan ludah dan kahak sendiri.
    6. Semua ini menunjukkan Islam di sisi PAS dan pengikutnya , tak lebih dari hanya barangan dagangan politik aje. Kerana takut pada DAP dan nak cari makan bagi undi kaum Cina maka PAS dan TGHH terpaksa telah balik kahak yang di hamburkan pada kita dulu.
    7. Pengundi muda : Itulah wajah pemimpin PAS dan semua yang ada dalam PAS. Sebab itu cakap dan penampilan berserban dan berjanggut , jangan dok percaya sangat. Perangai !!! Ya Allah. ....................
    8. Baik kita jadi kita......................................Jangan cakap lebih-lebih sehingga kita jadi munafik seperti TGHH dan semua yang ada dalam PAS.
    9. Esok bermulalah gerakan PAS untuk mencari kaedah bagi menelan kahak TGHH dan PAS yang pernah dihamburkan kepada kita dulu. Berbagai resipi dan fatwa akan dikeluarkan untuk mensucikan kahak tersebut bagi senang dan memudahkan pengikutnya menelan semula kahak yang diludahkan kepada kita dulu.......
    10. Jom kita sama-sama tonton wayang tersebut.......................kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!! Kalah Fasha Sanda dibuatnya..................................Lakonan TGHH dan pengikut PAS lebih " class ".......................Kah kah kah kah ................Lawak, lawak.....................kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Nota : PG percaya , semua pengikut PAS tak tidor malam ini dok fikir buah apa nak temberang kepada semua pembangkainya mengenai negara kebajikan ini. Kah kah kah kah !!!!!!!!!!! Lihatlah nanti ........................ Nak negara kebajikan? Nak selesai perkara asas mengenai kebajikan pun tak mampu di Kelantan. Air paip di Kelantan serupa teh tarik. Itu pun dah 21 tahun tak selesai. Jadi jangan dok temberanglah nak cakap bab negara kebajikan !!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. hehehe...maka meroyanlah puak Umporno dgn ketegasan PAS ini....Maka keluar kembali isu kafir mengkafir yg Umporno sampai sekarang takut utk berdebat mngenainya....mueheheee.....

    BalasPadam
  4. hujah lapuk y dbuat oleh pencacai Umporno.. aku hnya mampu tergelak... hahahahahaha.... PAS sedia mnjawab isu kafir mngkafir... adkah Umporno sedia mndegarnya????

    BalasPadam
  5. kalu negara islam dgn kebajikan dibezakan hanye dgn istilah, kenapa tak kekalkan sahaja? kenapa berubah perjuangan yg dilaungkan2 selama 30 tahun?

    oh ye tak ye, kalu kekalkan negara islam, kena langkah mayat karpal dulu, kalu guna istilah kebajikan tak perlu la ye?

    keh keh keh..pas oh pas..mcm2 perangai ko ye pas sejak kawan ngan syaitan dap ni..

    mengkafirkan diri sendiri..kah kah kah

    BalasPadam