RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 4 Jun 2011

SIAPA PALING KECEWA BILA MAT SABU DAN HUSAM MENANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika.

Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran.



Buletin Utama TV 3 suku sebentar tadi meletakkan berita keputusan pemilihan PAS bukan tajuk utama seperti sehari dua ini, tetapi berita disiarkan di pertengahan tanpa ulasan sedikitpun seperti lazimnya. Tiada cerita pun tentang Blogger kaki mabuk itu yang mendakwa Husam memberikannya wang untuk berkempen. Yang hak mengatasi yang batil. Fitnah telah ditolak oleh para perwakilan di dalam PAS yang boleh dikatakan semuanya mempunyai akal dan ilmu agama yang boleh menimbangkan sesuatu berita yang dibawa oleh `kaki mabuk'.

Begitu juga berita yang keluar dari media seperti Utusan Meloya atau TV 3 suku yang terkenal sebagai ejen meluaskan cerita video seks, mana mungkin berita dari media seperti ini boleh diambil sebagai panduan untuk Perwakilan PAS memilih calon? Justeru itu, Perwakilan PAS telah menolak cerita tentang wang upahan yang kununnya melibatkan Husam Musa. Exco dari Kelantan ini telah memenangi jawatan Naib Presiden PAS dengan undi yang kedua tertinggi. Media haprak ini terus gagal sepertimana gagalnya mereka mempromosi video seks hitam putih sebelum ini.

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga buat semua yang berani bertanding walaupun tewas kali ini. Ternyata jawatan bukan buruan calon yang bertanding, mereka hanya merasa kewajipan untuk menawarkan diri untuk memikul tugas setelah amanah diberikan oleh penyokong-penyokong mereka.

Meskipun secara peribadi saya mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi pertandingan ini, tetapi kemenangan Mat Sabu dapat melegakan perasaan saya. Saya percaya Mat Sabu mampu berganding bahu dengan Presiden PAS, dan tentunya cabaran utama buat beliau adalah memimpin PAS ke Demontrasi Bersih Julai nanti dan seterusnya ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. masing2 ada karisma...aku pun suka Dato tuan..ttp perwakilan memilih tokoh paling berpengalaman dgn sepak terajang politik ...mudahan 2 Mat Sabu pejuang masyarakat marhaen mampu memacu PAs berdepan cabaran getir menuju putrajaya...

    BalasPadam
  2. Dalam PAS kalau pemimpin kurang prestasi boleh tukar. Dalam umno kena ada wang untuk menukar pemimpin bukan sebab prestasi.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan

    Kompom lepas ni depa serang Abg Mat kita berjabu. Tapipun apa nak heran, setakat TV3 suku dan utusan Meloya, Abg Mat boleh handle punya...

    BalasPadam
  4. MAKAN HATI DAN RASUAH LA KOT PARTI PANDI KUTTY PUNYA BOS-BOS ! TAKTIK DAN FITNAH AKHBAR TANDAS & MEDIA ELEKTRONIK SUKU TAIK KUTTY TAK MENJADI,BLOGER MABUK PERASUAH PUN TAK LAKU ,TAK JALAN LANGSUNG JARUM KHIANAT NAK KACAUKAN PARTI ISLAM ,ALHAMDULILLAH ALLAH MAHA BESAR LAGI MAHA BERKUASA,MENGATASI SEGALA KUASA PENYAMUN TARBUS PANDI KUTTY SEMUA ! KINI PARTI ISLAM AKAN MENGHADAPI CABARAN KHIANAT LEBIH HEBAT DARI REGIM PANDI KUTTY SETELAH GAGAL MEROSAKAN UKWAH DALAM PARTI ISLAM !

    BalasPadam
  5. taniah kepada mat sabu dan husam...

    diharap selepas ini PAS akan terus maju utk menawan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat...

    Khutbah jumaat lepas menceritakan org yang berharta dan berkuasa pada malamnye tak lena tido sbb risau perkara dunia manakala org yang miskin dan tidak berkuasa dapat tido lena dan dpt menikmati nikmat tido.

    Begitulah agaknye pemimpin2 UMNO akan sentiasa memikirkan bagaimana utk terus berkuasa walhal kuasa itu diberikan oleh Allah s.w.t. Sama2lah kita berdoa supaye pemimpin jenis ini dikuburkan pada PRU akan datang.

    BalasPadam
  6. jangan sampai negara dah huruhara baru nak sedar diri. Sedar saudara apa yang awak buat. Jangan ikut nafsu syaitan. Fikir dan lihat bagaimana rakyat telah kehilangan negara hidup menderita. lihatlah dan renungkanlah.

    BalasPadam
  7. aku setuju dgn tanpa nama di atas. Negara dah tergadai baru nak sedar diri tapi masaalahnya, berapa byk dah tanah negara tergadai semenjak UMNO memerintah?. Kemana hilang saham2 bumi yg berbillion ringgit yg sampai sekarang gagal di jawab olih kerajaan BN?. Jgn jadi mcm Greece, terpaksa jual pulau2( Dah jadi pun kat Malaysia). Tepuk dada tanya gundek la hahaha...ingat la bro, dunia sedang menunggu utk Malaysia di lelongkan dek kerana kebodohan pemimpin BN.

    BalasPadam