RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 9 Julai 2011

TERKINI - SEKITAR CERAMAH AKHIR BERSIH DI TAMAN MELEWAR - AYUH BANGKIT


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Hassan Tantawi sedang berucap,
turut kelihatan adalah Timbalan beliau, Us Nik Abduh Nik Aziz


Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA baru balik dari ronda-ronda di pinggir Ibu Kota, K.Lumpur selepas mengikuti ceramah akhir sempena Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan petang nanti Sabtu (09 Jul 2011) di Stadium Merdeka. Ceramah malam tadi telah diadakan di Markas PAS Taman Melewar yang menampilkan tokoh utamanya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi bersama Badrul Hisham (Chegu Bard), Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


Sebahagian pejuang-pejuang BERSIH yang akan turun petang nanti hadir ceramah akhir


Agak lewat saya dan beberapa rakan sampai ke Markas PAS tersebut di mana Chegu Bard telahpun selesai menyampaikan pidatonya. Saya hanya sempat mengikuti pidato Us Nasruddin Tantawi yang berjaya menaikkan semangat lebih 5 ribu yang hadir. Beliau menyelar tindakan Najib yang berbohong dan mungkir janji dengan persetujuannya untuk menyediakan stadium buat BERSIH mengadakan perhimpunan hari ini.





Kelihatan anak muda yang penuh semangat ingin melakukan perubahan. Keadaan sekitar meriah bagi menyambut perayaan demokrasi petang nanti. Penulis turut bersama bersantai bersama anak muda yang kelihatan begitu bersemangat.

Namun katanya, kebangkitan rakyat yang sudah jemu dengan pembohongan SPR selama ini tidak akan dapat dihalang lagi umpama menghalang air yang terjun dari bukit. Kezaliman kerajaan semakin ketara dengan mewujudkan undang-undang sendiri bagi menghalang seramai 91 orang pemimpin yang menyokong BERSIH dari memasuki Ibu Kota termasuk beliau sendiri. Bahkan katanya, keluarganya termasuk bapanya di Pahang turut disoal siasat oleh pihak Polis untuk mendapatkan maklumat tentang beliau.


Melalui Face Book dan Twitter sebentar tadi pun, dikatakan beberapa hotel di Ibu Kota telah diperiksa untuk mencari beberapa pemimpin yang menyokong BERSIH. Diberitakan di antara yang telah diganggu oleh mereka adalah Peguam Lateefa Koya dan juga YB Nizar. Bilik penginapan Chegu Bard juga sebentar tadi telah diketuk untuk cubaan menahan Pemimpin SAMM ini, namun kelicikan Chegu Bard beliau beserta beberapa orang anak buahnya berjaya meloloskan diri.


Sekitar Ibu Kota umpama di tengah hutan sepi. Semua jalan ditutup menuju ke Pusat Bandar terutamanya menghala ke Stadium Merdeka, Masjid Negara dan Masjid Jame'. Melalui Face Book dan pesanan SMS, dianggarkan puluhan ribu sedang menghala ke Ibu Kota dari berbagai arah tanahair. Kesesakan lalu lintas menuju ke Ibu Kota amat teruk angkara tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang ingin melindungi sebuah kerajaan yang takut berdepan dengan Perhimpunan Aman yang direstui oleh Ke Bawah DYMM YDP Agung.

Usaha BERSIH untuk mencari jalan yang aman dan damai tidak berakhir. Difahamkan MB Selangor telah mengutus memohon Ke Bawah DYMM YDP Agung untuk mengarahkan agar sekatan terhadap BERSIH dihentikan serta membenarkan BERSIH berhimpun secara aman sepertimana hak yang terdapat di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan. Kita masih berharap dan berdoa agar pintu masuk ke Stadium Merdeka dibuka menjelang tengahari esok agar semuanya berjalan dengan baik.


Seandainya BERSIH gagal di dalam usaha yang terakhir ini, seperti yang diperkatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi kita tiada pilihan lain. Awal pagi ini, di Markas PAS Taman Melewar kesemua yang menetap di situ untuk menanti siang nanti akan bangun bermunajat kepada Allah mohon agar dipermudahkan usaha murni BERSIH nanti.


Bersamalah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan aman dan tenteram nanti. Sukar untuk kita mempercayai bahawa anggota-anggota keselamatan, Polis dan Tentera akan sanggup bertindak ganas dengan rakyat yang selama ini tidak pernah bermusuh dengan mereka. Kami bukan musuh kamu. /wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. Teruskan perjuangan suci anda untuk menegak keadilan dan ketelusan sistem pemerintahan yang lebih bermakna untuk kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat jelata...

    Insya Allah semoga berjaya hendaknya..

    BalasPadam
  2. syukur ug kantoi. syabas "bersih" pas berjaya. Jika tidak, apa nasaruddin nak kata?

    BalasPadam
  3. AMBIGA DAHULUNYA DATUK DAN MOYANGNYA MENJADI GEMBALA LEMBU.

    DAN DAHULUNYA LEMBU DATUK DAN MOYANG AMBIGA YG DITARIK HIDUNG NYA BERNAMA "LEMBU"

    HARI INI AMBIGA MENTERNAK LEMBU DIKANDANG YG LEBIH CANGGIH.

    LEMBU2 AMBIGA KEBANYAKAN KULITNYA SAWO MATANG, CERDIK MCM ANJING..DISURUH BARING DIA BARING, DISURUH TELENTANG DIA TERLENTANG, DISURUH MENANDUK DIA MENANDUK.

    LEMBU2 AMBIGA YG KETURUNANNYA DAHULU MENJADI BIDALAN DAN KIASAN "BODOH MCM LEMBU" HARI INI MENDABIK DADA KONONNYA DAH CERDIK DAN BERILMU TINGGI.

    LEMBU2 AMBIGA BERTAMBAH RIAK BILA ADA JIRAN AMBIGA YG BERSEMUTAR PUTIH SELALU MENGATAKAN BAHAWA LEMBU2 INI AKAN MASUK SYURGA BILA DIBUAT "KURBAN" ATAU "AQIQAH"... BERTAMBAH2 LAH MEGAH LEMBU AMBIGA.

    SIAPA LEMBU AMBIGA NI?

    BalasPadam
  4. tah apa2 lembu apa pulak org dok kisah hal lain dia nak ternak lembu plk...

    BalasPadam
  5. Usah mengadili dan melabel sesama insan.Kelak ianya akan pulang kembali ke pangkuan pe-labelnya...Setiap kejadian ada sebab musababnya...kehendak illahi.

    Takbirrr!

    BalasPadam
  6. mudah-mudahan usaha murni ini dikira ibadah di sisiNya. Orang yang tidak mahu BERSIH hakikatnya hatinay KOTOR...

    BalasPadam
  7. hmm... TAK BERAPA CERDIK RUPANYA "ISLAM ITU SYUMUL 8.53 AM"..

    hm.. TERDAPAT JUGA YG MENTAFSIR DAN MEMBUAT FATWA TIDAK MENGIKUT HUKUM, ADAB DAN JALUR SUNAH.. PAKAI HUKUM AKAL AJA.

    BACA BANYAK2 KITAB KARANGAN IBNU TAMMIYAH, IBNU JAUZIYAH DAN LAIN2..

    SUPAYA TAK KELIHATAN SEPERTI ORG PUTUS ASA ATAU SENGAJA MENCARI ALASAN DIATAS KEKURANGAN SERTA KEDAIF AKAL..

    MENJADI PENGIKUT ATAU PENDOKONG BOLEH!.. TETAPI JGN MCM LEMBU!!

    BalasPadam
  8. Bongok sang lembu...

    potong angguk patong geleng...

    lembu yg hidu najis.. anwar al juburin

    BalasPadam
  9. sebenarnya yang mengatakan lembu tu lah , lembu kepada penternak babi 'pundy kutty'.
    kalau dah bengap, bangang, bodoh sombong macam tu lah, tak mahu kepada islam sebab itu tak tahu siapa yang hendak di ikut , dan tak tahu kaedah dalam islam, tak dapat nak bezakan buruk dan baik, maka ikut pemimpin umnoapco yang tiada berhati perut, rasuah, mabuk, taik judi. Kalau ia pun ambiga ternak lembu, kan lebih baik dari najib ternak babi.

    BalasPadam
  10. seorang lagi tanpa nama 11.55pm yg meroyan mcm cerdik agama.

    ini pun puak yg baru khatam mcm mana mandi junub dengan betul.

    telah jelas dlm ayat Al-syan 1-7.." MEREKA YG BAHAGIA (AHLI SYURGA) AKAN DIPERMUDAHKAN AMALAN ORG BAHAGIA SEMENTARA MEREKA YG SENGSARA (AHLI NERAKA) AKAN DIPERMUDAHKAN AMALAN ORG SENGSARA"

    secara ringkas penjelasannya:

    sudah terang amalan org spt anuwar dan sudah jelas kesesatan fatwa ajis tetapi masih terdapat penyokong taksub, ini bermakna penyokong taksub membabi buta ini dipermudahkan amalan org sengsara!!

    PEBENDA???

    BalasPadam