Oleh: WFAUZDIN NS
TERLEBIH dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk S.Ambiga dan BERSIH keseluruhannya kerana berjaya bertahan dan berani berdepan dengan berbagai tekanan, ugutan dan ancaman dari pihak yang anti-BERSIH. Bukan mudah untuk seorang wanita untuk berdepan dengan sebuah kerajaan yang mengunakan kuasa Polis, Pemuda Umno dengan Patriotnya, Perkasa, beberapa pertubuhan lain yang menjadi pengampu dan tidak kurang juga keegoan Persatuan Silat di bawah Guru Silat OKU itu.
Kesemuanya dapat dihadapi oleh BERSIH dengan kerjasama padu oleh berpuluh NGO dan juga parti-parti Pembangkang dari PR. Serangan oleh media pencacai siang dan malam terhadap BERSIH dengan tenang dihadapi oleh PERKASA malahan kempen berterusan terus dilakukan untuk memberitahu rakyat tentang objektif sebenar BERSIH untuk berhimpun pada 09 Jul nanti. Mungkin kerana bimbang rahsia mereka terbongkar selama ini, maka kuasa digunakan sewenang-wenangnya untuk menekan BERSIH dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ke tahap meletakkan baju kuning seolah-olah seperti memiliki bahan api atau dadah kalaupun tidak sehina memiliki atau mengedar video seks.
Hari ini BERSIH menempa nama sebagai `pemenang' setelah perhimpunan ini di`halal'kan setelah mendapat kebenaran dan restu dari DYMM YDP Agung asalkan dilakukan di stadium. Terbukti BERSIH bukan `haram' dan BERSIH juga bukan berniat jahat jauh sekali ada hubungan dengan Komunis seperti yang cuba dikaitkan oleh pihak yang sememangnya berniat jahat itu. Mustahil Ke Bawah DYMM YDP Agung merestui BERSIH berhimpun sekiranya benar bahawa BERSIH itu pertubuhan yang merbahaya kepada negara.
Saya amat tertarik dengan komen sebuah portal pro-Umno yang memberi `kredit' kepada BERSIH sebagai satu kejayaan di dalam perjuangannya, sekali gus meletakkan Umno dan mereka yang bersekongkol dengan parti sekular itu `gagal' malahan kecundang dan terkedu. Baca ulasan portal tersebut di sini.
Memang ramai di antara kita yang kecewa apabila Perhimpunan BERSIH terpaksa diubah ke stadium atas titah Tuanku. Sebenarnya kita patut berbangga kerana kita hanya `tunduk' kepada titah Tuanku untuk membuktikan bahawa di dalam apa jua keadaan kita amat menyanjung dan mendaulatkan Tuanku. Sebelum ini kita mencampakkan ke longkang sahaja ancaman, ugutan dan tindakan-tindakan keras dari pihak sekutu Apco itu dan kita terus komited dengan nawaitu kita. Biar berbuih mulut dari Perkasa, biar lantang dan nyaring salakan dari Patriot, dan biar berpuluh-puluh `bunga silat pulut' dari persatuan silat pengampu ini, namun semuanya kita letakkan di bawah tapak kaki kita.
Demi kedaulatan Raja, BERSIH membuktikan bahawa ada ketikanya kita perlu `berundur' setapak ke belakang untuk memberikan penghormatan kepada Raja yang kita sayangi. Berundur bukan bererti kalah, tetapi kita berundur untuk langkah seterusnya untuk terus beberapa tapak lagi ke hadapan selepas ini. Bayangkan jika BERSIH masih tetap berkeras mahu berhimpun seperti yang dijadualkan di tiga lokasi tersebut. Sudah tentu kita memberi peluru kepada sekutu Apco ini untuk berpesta menggelar kita sebagai pengkhianat kepada DYMM YDP Agung dan tidak mustahil kita digelar kumpulan yang menentang Agung.
Bayangkan di dalam keadaan sekarang pun mereka sedang berusaha untuk mengaitkan BERSIH dengan fahaman Komunis atau kumpulan subversif. Malam tadi TV menyiarkan beberapa rampasan senjata tajam, bom botol beserta beratus helai baju BERSIH untuk mengaitkan BERSIH. Tidak masuk akal hanya dengan beberapa bilah parang, BERSIH mempunyai tujuan untuk melakukan keganasan. Tidak lojik jika kumpulan yang ingin melakukan huru-hara atau keganasan memohon bantuan pihak Polis untuk mengawal perhimpunannya.
Kita serahkan kepada pihak Polis untuk menyelesaikan kes barang-barang bahaya yang dijumpai oleh mereka. Pihak Polis yang dedahkan, biar mereka sendiri siasat dan selesaikan. Bak kata orang Negeri Sembilan, "Takdo Kojo Cari Kojo, Ado Kojo Tercongang-Congang".
Ayuh, kita penuhi Stadium yang ditetapkan nanti dengan lautan Kuning yang telah mereka `haram'kan tetapi telah di`halal'kan oleh Tuanku. BERSIH mesti mengisi program yang benar-benar hebat di stadium nanti agar dapat membakar semangat penyokong-penyokong yang sedikit kecewa sekarang. Kepada pihak berkuasa, tiada lagi alasan selepas ini untuk menggagalkan BERSIH.
Kepada Perkasa, Patriot mahu pun kumpulan silat, mereka harus muhasabah diri sampai bila mahu terus menjadi `kuda tunggangan' Sang Penguasa yang mahu terus kekal berkuasa. Satu kemenangan gemilang buat BERSIH dan KO buat `KOTOR'./wfauzdin.blogspot.com

roadblock/sekatan akan dibuat disemua laluan ke stadium. parang, tukul, molotof dan pistol beratus2 jumlahnya akan dijumpai di boot2 kereta yg menuju ke stadium... karam sing, michele lee, terjah, 360, 999 warta dunia pasti akan mengiringi skuad sekatan ini...
BalasPadamhari ini latihan atm-pdrm udah dibuat untuk ordinan darurat... dulu tak buat pon... dan cepat2 tayang dan ulang dalam media... apa maksudnya?
jangan diraikan kejayaan yg baru bermula ini, kerana pihak lawan tidak akan mudah melepaskan musuh politiknya bergerak bebas sebebas demokrasi...
saya rase BERSIH perlu dibuat di stadium shah alam, insyaALLAH tiada kemungkinan berlaku kejadian bakar stadium spt yg pernah disuruh anwar kepada zulkifli noordin suatu ketika dahulu..
BalasPadamhttp://www.papagomo.com/2011/07/saya-di-arahkan-membakar-stadium-bukit.html
Apa kata PAS lantik Hindu Mabok Ambiga sebagai Mursyidul Ham Pas yang baru ?? Setuju ??
BalasPadamPAS dh xde arah tuju. Kesian.
paling kesihan Umporno....nk haramkan benda halal, halalkan benda haram mmg kerja Umporno...dayus lg pngecut....berdebat takut, forum takut, tengok warna kuning pun takut...kompom dayussss....hehehe...atas alasan Ambiga Hindu kunun...masa BERSIH 1 dulu dipimpin oleh Syed Shahir yg Islam pun puak Umporno haramjadah ni pun lawan gak...hakikatnya mmg bacul pun....ke guane? huhu...
BalasPadamBarang2 lethal weapon yang dijumpai PRDM tu biasalah, standard format nak mengenakan orang lain, nak cop sebagai pengganas dan Kominis. Bukan apa2 pun buat masuk TV dan paper, pakcik, makcik dan yang umur lebih 100 tahun (semak senarai ngundi banyak rakyat Malaysia umur >100 tahun) kita panggil toknyang cik telopong dengar berita. Lepastu banyaklah efeknya, samada untuk bersih atau GE13.
BalasPadamMaklumat dari PDRM sebelum titah Seri Paduka, mereka akan tutup semua jalan yang menuju ke KL bagi menghalang peserta Bersih 2.0 berkumpul. Nampaknya keadaan terkini, mereka akan menghalang peserta Bersih berkumpul di stadium seperti yang dipersetujui kerajaan untuk menunjukkan bahawa Himpunan Bersih 2.0 tak mendapat sambutan.
BalasPadamwei yennadey anon 1.07pm..
BalasPadamstadium kat malaysia ni ade brapa? dah sah2 la BERSIH ni takkan buat kat stadium bukit jalil sbb ade friendly harimau malaya vs arsenal, liverpool and chelsea..
kalu polis buat roadblock ke semua jalan masuk ke KL, buat la kat stadium shah alam, tamby woiii!!
lu cakap serupa keling la wei,,ade minum ka mlm tadi?
kah kah kah!