SUKA saya memetik beberapa kenyataan atau Titah Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong berkenaan Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 09 Jul nanti. Titah dan kenyataan penuh Baginda boleh dibaca di sini.
Saya tertarik dengan Titah Baginda, "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".
Alangkah baiknya jika Titah ini yang mahukan kerajaan bertindak secara adil dan bijaksana dapat dipatuhi. Malangnya, di mana keadilan bila mana setiap kali diadakan Pilihanraya maka media perdana hak milik kerajaan termasuk media cetak dipergunakan sepenuhnya berkempen untuk Umno/Bn? Seperti sudah menjadi kelaziman segala agensi kerajaan dipergunakan semahu-mahunya termasuk beberapa peruntukan segera dikeluarkan ketika kempen pilihanraya sedang berjalan.
Di pihak Pembangkang pula, akses kepada media tidak diperolehi langsung. Pembangkang tidak diberi ruang untuk mereka menggunakan media kerajaan bagi menyampaikan dasar atau manifesto mereka walaupun sekadar 5 minit. Bahkan, Pembangkang terus difitnah dan diperburukkan tanpa mereka diberi peluang untuk menjawab. Ini semua ketidakadilan yang jelas berlaku.
Titah Tuanku, yang mahu agar kerajaan bertindak secara bijaksana juga gagal dilakukan. Najib selaku Ketua Kerajaan sewajarnya bertindak dengan bijaksana apabila BERSIH mahu mengadakan perhimpunan aman ini. Salah satu caranya, BERSIH diberi ruang untuk berhimpun dengan mendapat kerjasama dari pihak keselamatan. Di dalam masa yang sama, pihak yang tidak sependapat dengan BERSIH juga diberi hak yang sama berhimpun tetapi bukan bersamaan dengan tarikh Perhimpunan BERSIH. Sudah tentu BERSIH sedia berbincang dengan pihak mereka agar dapat bersama-sama merancang jadual perhimpunan yang berlainan.
Titah Baginda lagi, " Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik". Titah Baginda ini, boleh difahami bahawa tidak semua demontrasi itu mempunyai niat yang tidak baik. Ini bererti bahawa tuduhan sesetengah pihak bahawa Perhimpunan BERSIH mempunyai niat yang tidak baik, kununnya untuk menyelamatkan DS Anwar, menimbulkan huru-hara, ejen negara asing, mendapat dana dari Pertubuhan Kristian dan juga dakwaan kununnya ada kaitan dengan fahaman Komunis boleh dipertikaikan.
Kita tidak boleh lupa apabila sekumpulan pihak yang menentang perlantikan MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said sejurus selepas PRU ke-12 yang lalu telah berdemontrasi di hadapan Istana Tuanku Mirzan sendiri di Kuala Terengganu dengan sepanduk yang tertera tulisan yang amat mengaibkan. Apakah niat mereka ketika itu baik dengan sepanduk yang menghina istitusi istana ketika itu?
Justeru itu, seiring dengan niat BERSIH yang baik untuk rakyat iaitu mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih, maka pihak Penganjur telah melarang sebarang sepanduk yang mengandungi kata-kata yang mengaibkan di samping semua peserta dilarang membawa sebarang senjata sewaktu perhimpunan. Tindakan Penganjur yang memohon agar pihak Polis sendiri memberikan arah laluan yang sesuai untuk peserta perhimpunan nanti adalah salah satu adab dan kesopanan bagi memelihara nama baik Penganjur BERSIH ini.
Mudah-mudahan kita masih mempunyai ruang yang baik untuk menyuarakan hak kita sebagai rakyat yang merdeka. Semoga pihak Polis lebih memahami apakah tujuan sebenar perhimpunan BERSIH ini tanpa mempunyai prasangka buruk yang sengaja direka cipta oleh pihak yang sememangnya suka dengan kekotoran yang ada pada SPR ini. /wfauzdin.blogspot.com

Demontrasi yang mengaibkan Istana di Terengganu pada bulan Mac 2008

umno tak dpt di pisah kan dr fahaman extremist perkauman sempit assobiyyah.....terutama nye dlm usaha mereka utk terus berkuasa......
BalasPadamSIAPA PENDERHAKA SEBENAR PADA RAJA-RAJA MELAYU ? SAPA MAKI HAMUN RAJA-RAJA ? SAPA LONDEHKAN DAN AIBKAN SEGALA KEAIBAN RAJA-RAJA ? UMNOI@APCO JANGAN LUPA DAN BERLAKON BAIK DENGAN RAJA-RAJA !
BalasPadamagong sudah bertitah,um-no/b-end mau ikut ke????
BalasPadamApakah pengharaman himpunan BERSIH 2 ini merupakan satu tindakan terakhir yg boleh manjamin keamanan negara???? atau ada pihak yg terlalu takut kehilangan kuasa dan amat takut dgn kesan yg bakal dihadapi bila kehilangan kuasa mereka. atau ada pihak yg cuban menggunakan alasan keamanan negara utk menutup segala kepincangan dan kekotoran dlm pentadbiran mereka, segala penyelewengan, korupsi, jenayah, maksiat, menjual hak dan tanah org melayu dan berbagai2 dosa yg terhimpun selama 54 tahun memerintah.
BalasPadamApakah pilihan yg ada kepada rakyat setelah berkali2 tuntutan dibuat supaya kerajaan berlaku adil… apa yg kerajaan lakukan… alasan demi alasan dan berbagai cara dilakukan utk menidakkan tuntutan rakyat. ini jelas. mana2 rakyat pun akan nampak dan dapat rasakan kejahatan dan penipuan oleh pemerintah ini, hanya maruah dan keimanan yg teguh yg dapat membuat seseorang itu untuk merasa sensitif dan bertanggungjawab utk mengambil tindakan kerana mereka sedar akan perbicaraan dan hisab yg bakal dihadapi di Mahkamah Allah Rabbul Jalil bila mati nanti…
Apakah mereka yg telah melakukan kerosakan dan pengkhianatan selama 54 tahun terhadap hak rakyat negara ini terutama hak2 orang melayu dan Agama Islam sanggup utk menghadapi undang2 jika kuasa mereka tumbang. Akan ada bekas2 pemimpin yg akan mati dipenjara dunia ini. Apakah mereka sanggup.
Jadi mau tak mau merekalah pihak yg beria2 akan mempertahankan kuasa mereka hatta dgn menggadai nyawa sekalipun.. ini lah orang2 yg mempunyai motif dan kepentingan peribadi yg akan menggunakan apa cara sekali pun utk kekal berkuasa. dan merekalah yg pailing takut dgn kebangkitan rakyat…
Jadi natijahnya apakah berbaloi untuk kita bersubahat secaga sedar atau tidak bgn dosa2 yg dikumpul selama 54 tahun oleh pemimpin2 durjana ini. Dan apakah kita sanggup dgn kuasa yg sedikit yg diberikan oleh Allah kepada kita utk kita berdiam diri dan melepaskan tanggungjawab ini kpd org lain... bahkan kitalah yg membawa sinar harapan utk generasi baru yg akan mewarisi negara ini. apakah kita sanggup membiarkan kerosakan dan kehancuran ini diteruskan oleh pemerintah2 yg zalim dan dungu ini.
aku rase penyokong FUCKATAN ni mmg bangang2 belaka..full stop
BalasPadamRaja adil raja di sembah --raja zalim raja di sanggah--sembah patik sembah beradat -- daulat tuanku -- Bersih adalah tuntutan rakyat yang perihatin dengan kebejatan kerajaan umno
BalasPadamSesiapa yang memerintah itu tak penting, asalkan dia beragama islam. Awal2 lagi PKR dan DAP dah bagi risalah yang mereka tidak akan mewujudkan negara islam, kenapa kita yang masih islam ini masih sokong mereka. Semua kebaikan mereka ada agenda sendiri. Org cina dan india semakin kurang ajar sekarang hingga soal agama pun mereka nak masuk campur. Jika mereka islam mereka tahu hukum hakam, jika bukan islam atau menjadi pak turut depa ,siapa yang akan menyesal nanti...agaknya kita ni dah lama senang, tak pernah makan nasi dengan garam, tak pernah rasa kesusahan sebab tu lah, bila susah sedikit dah melenting, bila tak dapat dah melenting.Kesempurnaan iman diukur pada akhlak dan baiknya terhadap ahlinya itu pesan Rasulullah. Adakah akhlak kita dah cukup baik sehingga menuntuk orang berakhlak baik pada kita. Jika ada kematian pada bersih 3 yang lalu semasa kejadian tersebut. apa kita nak jawab pada Allah. mati dalam keadaan begitu. adakah Allah akan terima kita sahid..atau... Fikirkan..Bertindak mengikut ilmu bukan nafsu dan janganlah diperalatkan oleh bangsa yang tidak mengenal ALLAH, jika kita sentiasa bersama ALLAH,ALLAH akan sentiasa menerima doa kita.
BalasPadam