RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 2 Julai 2011

ALI RUSTAM - CUKUPLAH LEMBU MENJADI LEMBU

Oleh: WFAUZDIN NS

ALI Rustam, KM Melaka semua kita tahu salah seorang pemimpin Umno yang rasuah untuk menjadi pemimpin di dalam Umno. Bukan Pembangkang yang tuduh, malah Umno sendiri istiharkan beliau seorang perasuah yang seangkatan dengan Isa Samad, Adun Bagan Pinang dan Pengerusi Felda serta KJ, Ketua Pemuda Umno sekarang. Kesemua mereka yang pernah melakukan rasuah ini dilantik memegang jawatan di dalam Umno.

Hari ini, Ali Rustam menunjukkan sifat baculnya bercampur dengan kebodohan beliau apabila mahu kerakyatan Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH dilucutkan. Tidak mampu menjawab secara berhujah dengan fakta, pemimpin rasuah ini mahu kerajaan gunakan kuasa dan tindakan zalim ke atas orang yang tidak pernah dibuktikan bersalah.

Datuk S. Ambiga tidak pernah lakukan rasuah, beliau tidak makan wang rakyat, tidak lesapkan saham Bumiputera, tidak mempunyai satu pun saham judi di Genting atau sebarang penyelewengan, berbeza dengan beberapa pimpinan di dalam Umno yang melakukan berbagai bentuk kemungkaran dan menjadi pengkhianat kepada orang-orang Melayu bahkan Islam itu sendiri.

Kita menyokong Datuk S. Ambiga hanya atas satu isu iaitu beliau mahu membersihkan SPR dari sistem yang kuno, kotor dan jijik. Ada yang berpendapat Datuk S. Ambiga pernah menimbulkan isu sensitif berkaitan isu murtad. Kita memang menentang sebarang tindakan atau undang-undang yang memberi keringanan atau kebebasan untuk sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang murtad. Namun, haruskah kita menyalahkan Datuk S.Ambiga sedangkan kita tahu segala perundangan Syariah atau Perlembagaan Negara ini siapa yang tentukan. Adakah Datuk S.Ambiga? Siapa yang tidak sensitif dengan hukum-hakam Islam? Kita mahu Non Muslim sensitif dengan Islam atau kita yang mengaku Islam ini perlu sensitif?

Justeru itu, apa yang baik yang mahu diusahakan oleh BERSIH wajib kita sokong. Pelik apanya Ali Rustam seorang perasuah ini benci kepada pilihanraya yang adil. Adakah Ali Rustam tidak takut jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini nanti beliau akan diseret ke mahkamah? Jika Melaka dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat, mustahilkah Ali Rustam akan menerima nasib seperti Khir Toyo, bekas MB Selangor itu?

Peduli apa Ali Rustam mahu hasut pesilat-pesilat di bawah naungannya. Kenyataannya di petik berkata, "Biar hilang seorang, jangan hilang semua... Kenapa nak jatuhkan kerajaan sekarang," katanya. "Dia boleh masuk pilihan raya, tubuh parti, kenapa nak berdemonstrasi. Kalau nak jadi seperti negara luar, biar (dia) jadi rakyat negara luar," katanya dalam satu sidang media (Malaysiakini).

Inilah rupanya pemimpin yang bangsat takut kepada kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit hanya untuk menyuarakan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan. BERSIH hanya menuntut 8 perkara, tetapi yang diwar-warkan oleh media celaka adalah BERSIH ada kaitan dengan ejen asing, masalah Anwar, dana dari Pertubuhan Kristian, perusuh dan akhir sekali Komunis. Mana satu yang mereka mahu labelkan kepada BERSIH?

Di pihak mereka, tercetusnya isu sensitiviti keagamaan kununnya Kristian akan menjadi ugama rasmi negara ini dibawa oleh Blogger pro Umno dan disiarkan oleh akhbar celaka milik mereka, namun siapa yang ditahan dan didakwa? Ibrahim Ali cuba untuk menjadi `hero katak' dengan berucap menimbulkan provokasi perkauman iaitu meminta kaum Cina menyimpan stok makanan di rumah. Sebelum ini, MP Pasir Mas yang `menumpang makan' dari PAS ini pernah bercita-cita untuk `Syahid' di dalam `Perang Salib'. Hanya orang Kristian sahaja yang menyebut istilah `Perang Salib', orang Islam hanya menyebut `Perang Sabil'. Tidak pasti saya ugama apakah beliau.

Wujud pula `Patriot' kununnya untuk menyaingi BERSIH nanti. Kumpulan ini seperti `Serigala malam' datang berduyun di tengah malam berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR, Tropicana tatkala tiada orang di situ. Mereka `menyalak' bersahut-sahutan disaksikan oleh tembok bangunan. Apakah tindakan pihak berkuasa waktu itu? Tidak cukup dengan itu, seorang Guru Silat OKU tampil untuk menunjukkan kehebatannya. Sanggup berdepan dengan kumpulan BERSIH nanti, katanya. Masalahnya, siapa yang mahu berdepan dengan kumpulan silat ini? Bukankah lebih baik tawarkan diri untuk menunjukkan silat mereka di Palestine, atau sekurang-kurangnya bersilat di hadapan Pengantin, dapat juga bunga telor.

Kesemua yang mereka lakukan di atas cukup merbahaya kepada perpaduan rakyat di negara ini. Namun demikian, berapa banyak yang mereka lakukan tetapi yang jelas hampir setiap hari yang ditahan dan diberi amaran adalah dari kumpulan BERSIH. Memakai pakaian BERSIH menjadi satu kesalahan yang lebih besar dari menayang atau mengedar video seks. Sehinggakan baju tanpa tulisan BERSIH, asalkan berwarna KUNING sahaja sudah cukup untuk menyusahkan anda jika anda memakainya.

Itulah negara ku. Hanya orang yang tidak berakal dan yang telah menjadi `lembu' sahaja yang bersetuju dengan kezaliman ini. `Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita pula menjadi lembu". /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Bersih 2 ini jadi ke atau tidak jadinya, bukan permasalahan sangat sebenarnya. Seperti sebuah perjuangan di medan perang, kemenangan adalah matlamatnya, tetapi yang lebih penting adalah pengalaman bertempur (untuk kematangan) di medan perang, itu lah kejayaan yang sebenarnya untuk dirasai. Semua rakyat telah tahu ketakutan yang amat sangat yang datangnya dari pihak pemerintah korupsi atau SPR yang tidak telus. Salahguna kuasa Polis, melanggar pelembagaan negara, semua itu sudah terang lagikan bersuluh. Semua ini dipromosikan oleh BN/UMNO untuk kejatuhan mereka sendiri, dari pihak PR hanya jalankan sahaja taktik mereka tak perlu kata apa-apa, rakyat sudah tahu terutama generasi muda kini. Mereka akan terus anti kepada BN/UMNO sekurang-kurangnya untuk 50 tahun lagi. Syabas Bersih dan PR, teruskan usaha anda memerangi kerajaan yang korupsi dan bersifat penyangak ini. Bersih 2....dunia akan melihat kekejaman dan ketakutan kepada kebangkitan rakyat oleh sebuah kerajaan yang memiliki begitu ramai pemimpin yang korupsi lagi hina.

    BalasPadam
  2. bodoh tegar --boleh gitu --buat ali ketam

    BalasPadam
  3. AKU RASA PEMIMPIN UMNO BODOH. BERSIH MINTA LAIN DIA JAWAP LAIN. NAMPAK KEBODOHAN PUAK-PUAK UMNO NAK JAWATAN BESAR RASUAH BESAR LA JAWATANNYA

    BalasPadam
  4. ali rustam dah panggil mahaguru silat. ORG MELAKA BERKETUA ORG RASUAH dinegara lain org mcmni dah lama letak jawatan,main dgn UMNO jd trade mark jawatan nak bawa sampai mati.

    BalasPadam
  5. YA BETUL UMNGOK DEPA NI ! BERSIH MINTA LAIN DEPA JAWAB LAIN SAMPAI NAK BUNUH UNTUK TUTUP SEMUA KELENTONGAN DEPA ! MEMANG DASAR PANDI KUTTY ARUS JAHILIAH !

    BalasPadam
  6. Bersihkan dahulu hanyir lendir kepala pelir pimpinan korang...

    BalasPadam
  7. tnpa nma 7:40,hang tu prgi bsuh otak hang tu dulu,jgn otak buat perhiasan je.haiwan pun ada otak jg,tp yg mmbezakn dgn manusia AKAL.yg trg2 hg tk kata apa2,yg br blit2 tu yg hang nk jaja.hang ni satu spesis dgn shazyl eskay,mngaku islam,tp roh islam tk dak.

    BalasPadam