‘ 1 juta rakyat hadir Bersih’ dalam Suara Keadilan terbaru
Dengan tajuk ’1 juta rakyat hadir Bersih’, akhbar Suara Keadilan edisi terbaru mengupas persiapan perhimpunan aman oleh Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bakal diadakan 9 Julai.
Menariknya, Suara Keadilan, kali ini tampil dengan keunikan tersendiri apabila latar muka depan dan belakang akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, turut diwarna kuning- sesuai dengan tema Bersih.
Ia memuatkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung himpunan tersebut, selain berita tentang komitmen puluhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tekad untuk menjayakannya. Antaranya, Majlis Peguam Malaysia melalui kenyataan Presidennya, Lim Chee Wee.
Selain itu akhbar ini turut melapor kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pengundi hantu ketika pilihan raya.
Turut dimuatkan temubual bersama Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menegaskan bahawa kebebasan untuk berhimpun terkandung dalam perlembagaan negara.
Antara lain, Ambiga berkata pihaknya telah melakukan begitu banyak perbincangan dengan SPR supaya melaksana sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil, tetapi menemui jalan buntu.
Beberapa rencana menarik turut mengupas perihal Bersih- menyentuh halangan dan ketakutan melampau kerajaan Umno-BN terhadap tuntutan reformasi pilihan raya itu.
Selain tumpuan isu bersih, Suara Keadilan juga menyajikan isu panas politik semasa sepanjang minggu lalu. Antaranya kos penyelengaraan Scorpene yang meningkat lapan kali ganda, menjadi RM417 juta.
Belanja itu dimohon kementerian berkenaan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang perbekalan Tambahan minggu lalu- yang memperuntuk sebanyak RM13 bilion untuk pelbagai kementerian.
Suara Keadilan turut menyiarkan perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membelanjakan RM17 juta untuk lawatan ke luar negara.
Turut didedahkan, perbelanjaan kediaman rasmi PM dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM49 juta setahun seperti yang didedahkan di parlimen.
Akhbar terbitan tidak berkala ini juga menyiarkan berita mengenai kes akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang ditutup peguam negara.
Dengan menyiarkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, beliau berkata usaha menutup kes itu bagi melindungi kepentingan pemimpin tertinggi negara ini.
Selain itu, turut dimuatkan penyelewengan wang zakat yang dilakukan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali untuk membiayai kos guaman peribadi.
Ia menyusul kenyataan oleh bekas Mufti Wilayah, Datuk Md Hashim Yahya yang menegaskan bahawa penyelewengan wang zakat adalah berdosa besar dan harus diambil tindakan tegas./SK
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16107
Betul ke sampai satu juta orang akan keluar untuk perhimpunan bersih. Pedaah lah tu PKR sebabnya orang dah ramai tak suka perhimpunan haram ni kerana menggangu orang nak meniaga, nak bersantai dengan keluarga dan berurusan dengan cari rezeki cara aman. Jadi orang akan marah kalau keadaan tak selamat bila banyak jalan raya jadi sesak penoh dek polis, tentera dan orang ramai termasuklah tukang buat kacau puak2 CIA Amerika dan komunis bintang 3 DAP. Ini betul2 menakutkan bila keadaan aman sentosa di negara kita bertukar jadi kucar kacir. Tak usahlah Pakatan Rakyat buat kecoh buat rakyat menyampah ada daripada nak berhimpun. Kalau nak sangat tukar kerajaan baru..moh tunggu pilihyanraya ke 13. Bertarunglah Pakatan Rakyat dengan UMNO BN. Kita tengok siapa menang yek!
BalasPadammmg satu juta beb! ape nak heran, PKR member je da 400ribu (walaupun yg mengundi aritu tak sampai 40ribu org) -- belum campur PAS lagi..DAP tak join sbb diorg tau, anjing2 suruhan diorg yg akan melalak nanti..
BalasPadampd dua org barua bn diatas,yg kau org kecoh sngt apasal?yg kta kecoh tu sape,puak korng je.korang ya mmng anjing,umngok bg tulang je dh sronok sngt,pdhal daging dia org sapu lcin.org berhimpun masa solat jumaat,mnymbut kmerdekaan x kecoh pun.psal apa?psal dia org berhimpun bkn nk buat kecoh.bgtu jg dgn bersih,ttp yg janji nk buat kcoh brahim ktak dgn perkasam ny,geng mamak dgn pakturut ny dn juga mahagaru omardin dgn grup silat ntah apa2ny tu.ini yg ptut korang bantai
BalasPadampada barua pakata haram jadah atas..
BalasPadamsuka hati la dia nak ckp apa pun...
ini kebebasan bersuara...
ko yg agung2kan kebebasan kan.. nak berdemo , nak meliwat...
nie org ckp sikit pun ko dah sentap...
bangang la ko... pukimak ko berlubang...
penyokong2 fuckatan skrg tgh gelabah beb! asik2 kena psywar..tak boleh nak defend lagi dah..dah mmg sah anwar kaki peliwat! tu yg struggle sgt tu nak cover kebodohan sendiri sbb dah terlalu lame kena kencing ngan PELIWAT tu..
BalasPadamso..aku phm..