FILEM `Hantu Bonceng' lakonan Raja Lawak, Zizan dan diarahkan oleh Ahmad Idham menjadi filem kontroversi dan paling tidak bermoral di sebalik kelucuannya. Pengarah filem berkenaan cuba untuk mempamirkan kelucuan dengan menjadikan kalimah syahadah sebagai `dialog persendaan.'
Pelakunnya iaitu Zizan sepantas kilat memohon maaf setelah isu mempersendakan kalimah mulia itu hangat diperkatakan. Melalui laman Twitternya, Zizan mencatatkan kekesalannya, " Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya (Addin77.blog).
Syabas kepada Zizan yang cepat sedar dan insaf, tetapi beliau tidak boleh memohon maaf kepada peminat-peminat atau sesiapa pun makhluk di muka bumi ini. Zizan wajib bertaubat kepada Allah kerana perbuatannya itu hanya Allah yang boleh mengampunkannya, bukan makhluk di muka bumi ini. Walaupun tiada niat sekali pun, soal akidah sama juga seperti nikah dan cerai yang tidak bergantung kepada niat hatta berlakon sekali pun. Justeru itu, Zizan wajib memohon keampunan dari Allah.
Berbeza dengan Pengarahnya yang bukan sahaja mahu mendengar nasihat dan kritikan orang lain, bahkan bertambah ego. Katanya, dialog "Asyhadu Anna Muhamadar Syaitannn.." (Aku naik Saksi bahawa Nabi Muhammad itu Syaitan...") bukanlah satu kesalahan kerana ianya telah ditonton oleh `empat orang ulamak' sebelum ditayangkan. Siapakah `Ulamak' itu, wahai Idham? Adakah kerana empat orang ini maka hukumnya boleh mengatasi hukum Allah? Kita cabar Idham untuk dedahkan siapa `Ulamak' atau `ular dalam semak' itu.
Jika Masitah dirujuk sebagai `ulamak' itu, saya tidak pelik kerana Masitah pernah menyebut `melacur dihalalkan jika dharurat'. Masitah juga pernah menyebut tidak perlu hukum hudud di zaman sekarang kerana lebih baik orang yang mencuri motor umpamanya diberikan kerja sebagai mekanik motor. Beliau juga pernah berkata hukumnya harus bersentuh kulit lelaki dan wanita yang bukan muhrim asalkan mereka sudah berumur atau tanpa nafsu.
Adakah filem `sial' ini telah ditonton oleh seorang yang dikatakan tokoh agama terkenal tetapi `takut dengan takbir'? Tokoh ini amat tidak senang hati mendengar `takbir' seperti takutnya Syaitan kepada takbir (membesarkan Allah). Jika ini rupanya `Ulamak' yang dirujuk oleh Idham, maka tidak hairanlah beliau masih berpegang dengan kenyataannya bahawa dialog itu tidak salah.
Apa mahu jadi dengan negara ini? Pemimpin negara tidak mahu kembali kepada Islam, kerja dakwah dan tazkirah pula disekat atau disukarkan dengan peraturan Tauliah, kerja fitnah dan aibkan orang dengan kisah seks dijaja di TV dan akhbar, kini orang seni pula mempersendakan Nabi kekasih Allah./wfauzdin.blogspot.com
Xpelulh nak menghukum org lebih2...xperlu nk kajian naluri hati,iman sesorg,dn sebaiknya jgn jadi isu,perkara lumrah yg bleh berlaku kpd sesiapa jua..yg penting kesedaran individu itu sendiri..ada yg telah memohon maaf..ok lh..sekadar menghormati atas peringtn yg baik..sy respect tu..alhamdulilah..manusia nie boleh berfikir usahlh kita dgn sekelumit pengetahuan atau idea yg diperolehi.ini anda beriya2..bersoal jwb atau menghukum xpa berfikir lbih jauh..sebaiknya bersederhanalh..xperlu nk popular kerna agama..ckup lh buat atau menyampaikan perkara yg baik..dan sepatutnya..ilmu Allah SWT luas..xpyh lh sehingga mencatat "SIAL'dlm menyampaikn sesuatu..musahabah diri anda..akhir sekali maafkn sy jika ada penyampaian komen sy ini agak keterlaluan..Salam nzromr.
BalasPadamkomen pertama diatas mcm sial.....
BalasPadammungkin sealiran dgn ulamak sial di malaysia yg menghalalkan cerita lucah ....
antara perkara yang paling jahat dan hina yang dilakukan oleh umat Islam ialah menghina dan main2 terhadap agama sendiri. Agama bukan perkara yang boleh dibuat main2. Jangan la kita nak bela orang yang main2 terhadap agama..nanti kita pun akan jadi hina..tugas kita ialah bela agama kita,kalau bukan kita bela agama kita..siapa lagi?..Dalam kes Ahmad Idham ni,elok lah beliau memohon maaf dan mengaku kesilapan,mengaku saja la yang beliau jahil dalam hal Agama hingga tak perasan tentang dialog tersebut..beliau tak akan hina dengan memohion maaf dan mengaku kesilapan..bahkan orang akan respect lagi pada beliau..Jangan lah beliau masih nak menegakkan benang basah dengan bersandarkan hujah yang empat orang ulamak dah tapis filem beliau tu, sesungguhnya, ulamak yang membenarkan atau mengatakan skrip yang dilafaz oleh zizan tu sebagai betul..maka ulamak tersebut bukan ulamak..budak sekolah tadika yang tak tahu mengaji pun tahu skrip tu salah dan berdosa sebab ia melibatkan akidah..
BalasPadamChewaaah...berakal plak korang...komen Nuar Juburi pasal Lina Joy tak nak ulas? Pluralisma agama tak nak ulas? Hak puak homosexual tak nak ulas? ....dasar munafik...
BalasPadamtanpa nama 9.30pm.. sebelum posting komen hang.. pikir dulu.. isu anwar, lina joy dah lama dihujah oleh blogger pro pakatan.. hang terlepas pandang.. Cuma UMPORNO buat pejam mata kes-kes yang hang sebut tu..
BalasPadam