BILA isu hudud mula dimainkan semula, ertinya Umno sudah kehabisan modal untuk melemahkan Pembangkang. Mereka sendiri tahu sebenarnya bahawa PAS tidak pernah melupakan hukum hudud kerana dasar PAS itu adalah Islam dan dasar Umno pula sekular iaitu Nasionalis.
PAS menyebut tentang Negara Kebajikan bererti PAS sedang berusaha untuk mencapai cita-cita melaksanakan Islam yang Syumul. Umno pula tidak pernah berusaha untuk ke arah itu kerana Umno masih menyimpan pemimpin yang rasuah, masih menyekat hak asasi manusia dari semua sudut samada sudut demokrasi dan perundangan. Umno menyempitkan usaha dakwah dengan peraturan yang tidak masuk akal seperti menyekat mana-mana pihak untuk menyebut . tentang hukum Islam. Pendakwah dilarang bercakap soal politik Islam atau hukum hudud di dalam masjid kerana itu adalah politik pembangkang, itu tafsiran Umno. Di dalam masa yang sama Umno kononnya ingin mendidik masyarakat tentang hukum hudud dahulu sebelum mahu melaksanakannya, tetapi soal hudud jangan dibicarakan. Lojikkah?
PAS terbukti konsisten dengan dasar Islamnya. Tidak pelik jika DAP menentang hukum hudud kerana Umno yang mengaku Islam itu pun tidak pernah bersetuju dan bercadang untuk melaksanakannya. Usahlah KM Melaka, Ali Rustam mahu mencabar PAS untuk bentangkan usul Hukum Hudud di dalam Parlimen kerana sebelum ini tidak kurang dari tiga kali PAS telah bawa usul tersebut, namun Umno lah yang tidak menyokong usul tersebut. Ali Rustam pula harus lihat dirinya dicermin dahulu sebelum mahu bercerita soal hudud kerana dia adalah perasuah politik wang yang masih dikekalkan oleh Umno sebagai KM. Perasuah meminati hududkah?
Saya yakin PAS tidak pernah mengharapkan Karpal Singh menyokong Hudud kerana tidak jatuh wajib buat Karpal menyokong Hudud pun. Yang jatuh wajib menyokong hukum ini adalah Najib atau Muhyiddin dan mereka yang mengaku Islam dan beriman dengan Allah. Apa kaitan dengan Karpal Singh? Jadi, elok kita bahaskan soal hukum Hudud ini sesama kita yang berugama Islam sahaja. Jika DAP sokong, itu suatu bonus buat kita. Kalau DAP, MCA, Gerakan tidak menyokong hukum ini, tidaklah menjadi masalah kerana mereka bukan Islam.
Sebab itulah PAS menyebut tentang Negara Kebajikan sebagai satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah Negara Islam yang Syumul. PAS mahu negara ini bebas dari amalan rasuah, dan mahukan negara ini benar-benar memberikan keadilan kepada semua rakyatnya. Ini semua gagal dilakukan oleh Umno. Demokrasi perlu dipulihkan dan sistem kehakiman juga perlu diperbaiki dari unsur ketidakadilan. Ekonomi dan pendidikan juga perlu diperkasakan kerana tiada hudud buat negara yang rakyatnya jahil dan miskin. Bagaimana Hudud mahu dilaksanakan jika pemimpin pun penuh dengan rasuah dan zalim?
Jelas, Umno hanya mahu jual nama Hudud untuk menutup pekung mereka yang semakin banyak terdedah. Apa kata jika Umno pula yang usulkan di dalam Parlimen tentang Hukum Hudud ini setelah PAS melakukannya dahulu? Ada berani Umno? Kirim salam./wfauzdin.blogspot.com

umno x kan stuju punye ngan hukum Islam nie...sbb diaorg nie anak didik british zionis...dlu aku cume anggap diaorg nie sbgai pencacai british jer...tp bile dah byk membaca..bile tgk blk sejarah dan tgk tindak tanduk diaorg nie skrg...maka jelas sbnrnye diaorg nie lbh dari tue...hebat penjajah2 zionis menjajah minda mereka nie scara halus...smpaikan diaorg nie dilatih utk menyesat umat2 Islam yg lain plak!!
BalasPadamKata Ustaz Azhar Idrus, tak terima satu huruf di dalam Al-Quran dah dikira murtad yang akan berada di dalam kawah neraka yang paling dalam. Inikan pula menolak Undang-Undang Allah... nampaknya kita boleh tahu jika tiada perubahan, di mana Najib, Muhyiddin Yasin dan UMNO di Akhirat kelak. Bukan aku kata, Al-Quran yang kata.
BalasPadamSesungguhnya persahabatan UMNO-MCA-MIC akan kekal di dunia hingga akhirat (dulu, kini dan selamanya).
apa kata Tokguru Nik Aziz ttg maqasid syariah yg byk disebut oleh org2 politik.
BalasPadam