RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 7 September 2011

HASSAN ALI, SERAHKAN SAJA SEMUA KUNCI PINTU MASJID PADA JAIS !!

Oleh: WFAUZDIN NS


APA kena dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekarang? Setelah Jabatan ini dilihat seperti `menyerang' Gereja, kali ini mereka mendakwa pula golongan yang ingin berrdakwah yang diwajibkan oleh Ugama Islam. Mereka seperti anti dengan umat Islam yang murtad, tetapi dalam masa yang sama dilihat seperti anti pendakwah Islam. Mainan politik apa ini, wahai JAIS?

Bayangkan, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, YB Khalid Samad dan juga Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri , YB Dr Rani akan didakwa oleh JAIS kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah. Mereka bukan mengajar Kitab, cuma berdakwah iaitu dengan pesan memesan, ingat mengingati sesama Islam, takkan dakwah sedemikian pun perlu Tauliah? Ya Allah, celakalah hendaknya golongan yang menghalang kerja dakwah ugama mu ini.


Memetik sumber Harakah, Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang. Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengapa kita menyusahkan kerja dakwah ini? Jika kedua-dua tokoh ini tiada Tauliah, berikan sahaja Tauliah. Apa masalahnya? Lagi pun, perlu sangatkah Tauliah sekadar Tazkirah, bukannya mengajar Kitab besar yang memerlukan ilmu pengetahuan yang mendalam? Jika ilmu ingin dijadikan ukuran, JAIS juga pernah mengharamkan dua Ulamak iaitu Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus daripada memberi kuliah atau tazkirah agama di seluruh Masjid di Selangor. Adakah mereka ini tiada ilmu? Siapa Pengarah JAIS yang tinggi sangat ilmunya itu?

Ini semua kerana JAIS tidak peka dengan Syariat Islam, mereka sengaja mencari jalan untuk menyusahkan kerja dakwah bukan untuk memudahkan. Adakah YB Khalid dan YB Dr Rani memberi tazkirah yang menyesatkan? Jika benar sesat, dakwa mereka dan jika terbukti benar maka hukumlah mereka dan lojiklah mereka terus diharamkan dari memberi tazkirah. Apa hujah JAIS untuk menghalang kerja dakwah ini? Mengapa golongan dakwah seperti Kumpulan Tabligh berleluasa di merata Masjid dibiarkan? Pernah mereka dipersoalkan tentang Tauliah? Mungkin kerana golongan ini tidak merbahaya kepada kepentingan politik sesuatu pihak?

Seperti kata YB Khalid, beliau hanya memberi tazkirah tentang keadilan Islam dan membawa kisah di zaman Nabi dan para sahabat. Adakah itu ajaran sesat? Di mana sesatnya kisah tersebut? Tidak terfikir oleh kita, seorang Pesuruhjaya PAS dilarang memberikan tazkirah hanya kerana tiada Tauliah. Ertinya, kita memerintah Selangor pun kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk kebaikan Islam kerana adanya pihak yang menentang Islam ini berkuasa penuh. Tetapi apabila berlaku sesuatu isu yang memburukkan imej Islam, puak haramjadah ini akan menuding jari menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila kita melakukan kerja dakwah, banyak pula songelnya untuk menghalang kewajipan dakwah tersebut.

Saya bersetuju jika seseorang yang ingin mengajar Kelas Fardhu Ain, Tafsir, Hadith yang berpandukan kitab besar, dan pengajiannya berjadual eloklah memerlukan Tauliah agar pengajian yang disampaikan itu tidak tersasar dari ajaran Islam. Tetapi, jika sekadar datang ke masjid untuk saling berpesan, ingat mengingati sesama kita, tidak perlulah kepada Tauliah.

Jika beginilah keadaannya, elok juga dicadangkan agar Kerajaan Selangor memansuhkan sahaja jawatan Exco Agama yang kini dipegang oleh YB Dr Hassan Ali. Apa beliau buat di dalam isu ini? Tiada kuasa? Jika tiada, lebih baik tiadakan saja jawatan itu. Buat apa buang duit rakyat untuk membayar gaji dan elaun Exco Agama?

Di dalam kes serbuan Gereja baru-baru ini, kita lihat sepantas kilat Dr Hassan Ali mengulas. Di dalam kes ini di mana menyoroknya Dr Hassan Ali? Dr Hassan Ali tidak tahukah yang mahu didakwa itu adalah ahli Jemaah parti beliau sendiri, bahkan YB Dr Rani itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu bos beliau juga. Adakah Dr Hassan Ali tidak yakin dengan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh PAS itu? Kita tahu, Dr Hassan Ali pasti akan jawab, itu bukan bidangkuasa dia sebagai Exco Agama. Habis tu, kerja dia apa? Tegur JAIS pun Dr Hassan Ali tak mampu?

Ya Allah, apa nak jadi dengan Islam jika ada badan Islam yang sengaja mahu menyusahkan kerja dakwah seperti ini. Kita sangkakan apabila kita memerintah, kita boleh kembangkan Islam, rupa-rupanya tidak. Kita sangkakan adanya Exco Agama boleh juga menjadi pemimpin dan memandu kita ke arah memartabatkan Islam, rupa-rupanya kerja dia hanya merampas arak dari kedai Seven Eleven. Jika begitu, mansuhkan saja jawatan Exco Agama dan serahkan semua kunci pintu masjid pada JAIS.

28 ulasan:

  1. Hassan ALi ni bukan kah pecacai UMNGOK dulu ???

    BalasPadam
  2. masa.kutbah hari raya..semua pakat dengar baik

    cari ulamak lain bg ceramah..nama2 yg top...

    semua pakat dengar baik..umno ka pas ka pkr ka.
    ilmu dpt disampaikan. pas dpt pahala.umno dapat pahala

    jgn panggil nik aziz..puak hampa ja suka dengaq
    puak umno menyampah gila... masa nyemput pulak jgn pi taruk pembiddang bulan hijau plak..be neutral kay

    pakai otak.pakai cermat sket..jgn nyodoi ja pas itu islam ..islm itu pas..

    BalasPadam
  3. ini macam kerja2 yahudi jee. bersihkan saja anasir2 munafik dlm kerajaan selangor, mereka inilah yg akan menjahanamkan kerajaan selangor nanti.

    BalasPadam
  4. Binatang Tanpa Nama 5:52 AM tu, cakap pandai aje nak suruh dan arah itu ini kepada masyarakat, masjid pun lu tak pernah jejak, tak payahlah nak nilai orang dari kandang babi kat rumah lu tu!

    BalasPadam
  5. takan YB2 tu tak taw peraturan JAIS... kalau dulu ye la sbb x jd pemerintah... atau saje nak burukkn hassan ali kot , masih berdendam lagi ke??hehehe... adus teruknye org melayu ni....dikhabarkan sebelum ni dh ada tauliah cuma dh expired je... kalau YB pemerintah pon langgar peraturan then nk harapkan rakyat ikut peraturan? eehhhmmm....

    gua lihat YB khalid bila kene batang hidung peraturan ignore tp bila kene org lain citer pasal peraturan...

    kalau tak suka peraturan tu revise la ...lu kan YB pemerintah... memang la islam suruh berpesan-pesan & zaman nabi pon takde keluarkn tauliah utk pendakwah & berpesan-pesan tapi hormat la skit peraturan jgn mentaliti pembangkang lagi walaupon parti lu dh jd pemerintah selangor jgn langgar dulu baru nk ubah , lepas tu tonjolkn keburukan orang lain yg menguatkuasakan peraturan yg lu org sendiri mampu mengubahnya... kan nampak bodoh ...

    pemuda pas seksyen 32

    BalasPadam
  6. puak erdogan melalak tak abis-abis....

    BalasPadam
  7. ini masaalah bila ada jabatan yg tk selari dgn krajaan negeri.dia dok ikut tlunjuk org lain.dia bkn brcakap hal yg brat2 dlm Islam.skadar tazkirah.klau ikut kn JAIS mak bapak pun tk blh br pesan2 dgn anak2 sbb tk ada TAULIAH.dn buat anon 5:52AM,toksah dok bwa crita UMNO.yg dok kta Islam tu PAS,DAP tu chauvinis,UMNO tu pjuang kemerdekaan cuma puak UMNO je.

    BalasPadam
  8. tali barut british adalah umno dan tali barut umno sekarang hasan ali wahai pimpinan pas bertindak sekarang

    BalasPadam
  9. senang jer kou ne puak puak pas adan pkr, ambik pedang pergi berperang, ambik keris g bertikam dengan kou kata musuh musuh islam, tapi lge, kit sian kapal singah hang jangan tebas pasal depa penyokong kuat pas, tegak kan negara dengan cara perang, tak payah tunggu pru 13, ada berani?, nak g somolia pun ketaq?

    BalasPadam
  10. Mengikut pemerhatian aku, JAIS masih dibawah pengaruh Khusrin yg mengarah secara remote control.

    BalasPadam
  11. ini masaalah bila ada jabatan yg tk selari dgn krajaan negeri.dia dok ikut tlunjuk org lain.dia bkn brcakap hal y brat2 dlm Islam.skadar tazkirah.klau ikut kn JAIS mak bapak pun tk blh br pesan2 dgn anak2 sbb tk ada TAULIAH.dn buat anon 5:52AM,toksah dok bwa crita UMNO.yg dok kta Islam tu PAS,DAP tu chauvinis,UMNO t pjuang kemerdekaan cuma puak UMNO je.

    ...
    berat la tu woi ...wat perpecahan umat..nabi puas luaskan jajahan islam (smpai barat mentaliti kata nabi luaskan takluk pakai mata pedang)...'pecah undi...dok suruh dap jadi perdana menteri kan bodoh tu...
    ..
    kalau tak nak berat pi lah beramai2 bukak posa enam plak kat greja...yg ni baru ringan beb..
    ..
    woi nak.lawan mt sabu ka...komunis dan talibarutla..yg pejuang kemerdekaan..sampai terlajak 1980an dok berjuang kemerdekaaan british lg..


    wslm

    BalasPadam
  12. http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/09/sanggahan-ke-atas-khalid-samad-i.html kalau apa yg di tulis dlm link ni memang patut la mamt YB tu kene tangkap dr menyebar citer2 palsu , ada logik jugak dikenekn tauliah sbb ramai suka & tanpa disedari menyebar citer2 palsu walaupon tazkirah pendek...
    tak pasai2 nama asan ali kene petik... isshhh dah mintak maap blom??sbb bg persepsi buruk pd saudara islam...kakakaka...

    BalasPadam
  13. JAIS adalah agensi di bawah kerajaan negeri, tak ada kaitannya dgn pusat, habis bising satu dunia hal JAIS ni apahal? MB kkkhalid buat apa? Exco mana yg berkuasa ke atas JAIS? mestilah exco tu dari pas/pkr/dap? takkan kkkhalid lantik YB umno jadi exco agama pulak!
    Jangan kaitkan dgn org lainlah kalau kita ada msalah. msalah tu sebenarnya kita yg cipta sendiri.

    BalasPadam
  14. macam ni punya cara, tadbir kampung orang asli pun boleh huru-hara, aku rasa pentadbiran kg org asli batu 10 gombak lagi baik dari pentadbiran kerajaan selangor nii.

    BalasPadam
  15. ada beberapa nama yg aaku cadangkan utk mengetuai JAIS;

    1. mat sabu
    2. ronnie liu
    3. elizabeth wong
    4. elizabeth taylor.

    aku cadangkan lantik ronnie liu jadi exco agama, kalau tak layak lantik dia jd mufti kerajaan negeri.

    BalasPadam
  16. Tukarkan sahaja JAIS tu menjadi Jabatan Agama Iblis Setan.

    BalasPadam
  17. wahai hassan ali . ingatlah kamu akan seksaan Allah dan ingatlah kamu akan api neraka. . janganlah kamu besekonkong dengan musuh2 Allah, kelak kamu akan hancur binasa. . bertaubatlah !!!

    BalasPadam
  18. TINDAKAN HASSAN ALI ITU BETUL DEMI KESUCIAN ISLAM.....APALAH SALAHNYA ADA SEORANG YANG BERMARUAH DAN BERANI DALAM PAS DAN PAKATAN SEUMPAMA HASSAN ALI.....BERANI DEMI KEBENARAN KERANA KEBANYAKAN PENGANUT DAN PEMIMPIN DALAM PAKATAN TERUTAMA SEKALI PAS SEMUANYA DAYUS DAN PONDAN......BAHKAN BACUL MENGALAHKAN MAK NYAH DI CHOW KIT......BIARKAN HASSAN ALI BUAT KERJA DIA.....KALAU PEMIMPIN PAS YANG LAIN NAK TIDUR DALAM MEWAH TIDURLAH TIADA SIAPA NAK MARAH........TAPI HAKIKATNYA RAKYAT SUDAH TAHU SEGALA NYA..SEGALA CERITA SEBENAR SUDAH BERADA DALAM KEPALA RAKYAT DAN RAKYAT TUNGGU MASA NAK TUMBANGKAN PAKATAN DAN HAM PAS PADA PRU KE 13 NANTI......PERCAYALAH PAKATAN PASTI KECUNDANG....

    BalasPadam
  19. Dari dulu sampai sekarang aku memang x suka jawatan Masjid dan JKKK di politikan. Sebab itu tempat aku , JKKK dan Masjid terdiri dari berbagai parti politik. Nak tunjukan kepada orang politk hardcore ni. Tapi mereka semua buta ....Asyik nak mengacau masyarakat jer.... Yang rosak adalah maysrakat melayu ...

    BalasPadam
  20. inilah agama..bersyukurlah nasib kita tak seburuk pakistan.iran.iraq... di sana di pagi raya pesta letup diri dalam masjid..semuanya kerana fatwa dan pegangan sesat..sedangkan semua mengaku islam...msia bakal ikut jejak langkah tu,cuma doakan lah supaya di lambatkan.

    BalasPadam
  21. Nampaknya dlm PAS ni tak boleh ada org cerdik, Dr. Rosli MP K. Langat ulas pasal Lynas kena kutuk, tapi Mat sabu yg akademiknya boleh dipertikaikan buat ulasan pasal Lynas semua setuju, apa ke jadahnya parti Pas ni.

    KKKhalid boleh mula kemas pejabat mulai sekarang, nnti tak sempat, yg lain2 YB Pas/Pkr pun sama.

    BalasPadam
  22. aku rase yg bijak pandai dalam Pakatan suma dah lari keluar yg tinggal yg bodoh2, babi2 dan tenuk2 belaka..

    harap masih ade yg bijak pandai masih kekal dalam Pakatan spy mereka dapat disedarkan dari dalam..tak perlu menonjolkan diri..buat secara halus, kalu tidak nanti DAP akan pancung..

    BalasPadam
  23. Buat penulis, apa yg tuan tulis adalah fitnah semata-mata,kalau ada bukti hardcopy yg YB Dato Hasan tidak terlibat, sanggup tuan penulis dtg ke pejabat meminta maaf secara peribadi..jawab kalau anak jantan,bukan berselindung sebalik blog ini, CABARAN harus dijawab kalau rasa diri tuan benar..ni alamat; ting.2, pejabat EXCO Hal Ehwal Islam, Bangunan SSAAS, 40300 Selangor @ call 03-55447104 / Will / Nadzreel / Darul Akmal / Hafiz

    BalasPadam
  24. aku rasa penulis blog blog species pondan sama dgn penulis blog tukar tiub, pondan tua. kpd anon di atas, dari pengalaman aku dgn puak2 ni, jgn harap dia org akan sahut cabaran, nampak mcm ada bulu dada tapi tak ada telur.

    BalasPadam
  25. Khalid Samad dari dulu lagi bersikap anti JAIS & anti Dato' Hassan Ali.Tak kan dia tak tau peraturan; Berkhutbah/berceramah kena ada tauliah. Tindakan beliau ini berulang beberapa kali dan ianya seolah-olah menderhaka kpd DYMM Sultan selaku ketua agama Islam.Baginda Tuanku sering mengingatkan supaya masjid jangan dijadikan tempat berpolitik.YB,Janganlah bersikap degil,bongkak dan sombong...

    BalasPadam
  26. Penulis bercakap tanpa kajian, tanpa maklumat tepat, tanpa memahami bahawa MAIS di bawah bidang siapa, dan keputusan Khalid Samad tidak dapat sambung tauliah atas titah siapa. Penulis kalau BERANI kenapa tidak sampaikan KETIDAKPUASAN HATI kepada pihak Istana/DYMM Tuanku. Jgn jatuhkan hukuman pada org lain, kan dah jadi FITNAH sekarang, kami di pejabat mengalu-alukan kedatangan PENULIS untuk kita bermaaf-maafan sempena masih Syawal.
    Ini alamat/person in-charge dan no tel:
    ting.2, pejabat EXCO Hal Ehwal Islam, Bangunan SSAAS, 40300 Selangor @ call 03-55447104 / Will / Nadzreel / Darul Akmal / Hafiz.

    BalasPadam
  27. Tahniah JAIS dan Hasan Ali. Buat kerja yg diamanahkan dgn dedikasi without fear or favor. Tak kira UMNO, PAS, Keadilan atau DAP. Kerja hanya kerana ALlah bukan utk politicions.

    BalasPadam