RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 8 September 2011

TERDAPAT `IBLIS' DI DALAM MAIS DAN JAIS ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAH, di Negeri Selangor sekarang bukan pihak Gereja yang ingin menghancurkan Islam tetapi puak itu berada di dalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga terdapat di dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Benarlah kata orang, Iblis boleh berada di mana-mana demi untuk menghancurkan Islam.

YB Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam tidak dibenarkan memberikan syarahan agama mahu pun tazkirah di seluruh masjid dan surau di selangor, atas alasan beliau orang politik. Begitu juga dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Rani Osman. Saya tidak pasti apakah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Hassan Ali itu orang politik atau tidak kerana beliau sering bertazkirah dan membaca Khutbah di masjid-masjid seluruh Selangor. Arahan ini disebut oleh YB Khalid Samad di dalam kenyataannya di sini.



YB Khalid menunjukkan bukti beberapa foto penglibatan ahli politik Bn
bersama Pengerusi MAIS di perkarangan masjid

YB Khalid juga mendedahkan bahawa Pengerusi MAIS, Muhamad Adzib Mohd Isa adalah penyokong tegar Umno jika melihat kepada tindak-tanduknya sebelum ini. Terdapat foto yang didedahkan oleh YB Khalid di mana Pengerusi MAIS ini bersama Kamalanathan, MP Hulu Selangor sewaktu kempen PRK di situ berada di perkarangan masjid yang mana jelas MP Hulu Selangor itu memakai baju BN. Ketika itu di mana prinsip Pengerusi MAIS?

MAIS dan JAIS jangan cuba untuk menyesatkan umat Islam khususnya di Selangor bagi mempercayai bahawa politik itu tiada kena mengena dengan agama. Jika tauliah mengajar diberikan kepada sesiapa yang ingin mengajar itu boleh kita terima, tetapi melarang samasekali ahli politik bercakap soal agama itu sudah keterlaluan. Jika begitu keadaannya, Negeri Selangor sampai kiamat tidak boleh menerima kehadiran Islam di dalam pentadbirannya kerana orang politik tidak boleh bercakap agama. Inikah yang MAIS dan JAIS mahukan? Jika begitu, tiada guna JAIS bertindak ke atas sebuah Gereja baru-baru ini sedangkan tindakan JAIS melarang kerja dakwah sesama Islam itu sendiri sudah cukup membantu kerja pihak Gereja.

Diberitakan terdapat ahli-ahli politik dari Umno yang bebas memberikan syarahan dan tazkirah agama di dalam masjid di Selangor namun belum pernah lagi kita dengar mereka didakwa atau dipersoalkan tentang tauliahnya. Seperti dijangka, akhirnya nama Istana digunakan untuk meng`halal'kan kerja haram ini. Siapa berani menyanggah jika nama Istana digunakan? Itulah kelebihan Umno dengan jenteranya di dalam MAIS dan JAIS untuk menentang kebangkitan Islam di selangor. Semoga Allah melaknat kerja-kerja mereka yang menghalang kebangkitan Islam./wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. bagus juga saranan sultan selangor jika benar apa yg mais dan jais katakan...tetapi aku ingin sangat nak dengar tazkirah tentang agama daripada sultan sendiri yg memegang salaku ketua agama islam...TQ

    BalasPadam
  2. INILAH JADINYA BILA SETAN GONDOL DAN IBLIS DILANTIK MEMEGANG JAWATAN UNTUK INSAN BERNAMA MANUSIA ! TIADA MANUSIA KAH UNTUK MAIS DAN JAIS DI SELANGOR ?

    BalasPadam
  3. sultan nak bercakap pun kena ada teks, tu yg payah...

    PAS Pusat atau PAS Selangor kena buat sesuatu terutamanye segala tindakan hassan ali...MB Khalid dan Pas Selangor terlalu beri muka dan pantau dari jauh...lambat tu beb! tindakan drastik perlu dilakukan...

    Agenda UG masih berjalan...dulu den dah koba!

    BalasPadam
  4. Elok sangat Khalid Gereja dihantar balik negeri dia mai dok kacau negeri orang baut apa tempat sendiri tak laku apa jenis manusia pun tak tau tak sedar diri untuk warga Shah Alam fikir2kan

    BalasPadam
  5. berilah peluang kpd khalid bina gereja sbg kenangan sepanjang di jd MP shah alam.

    kesian khalid, mengapa halau dia balik johor? dahlah org johor dah halau dia, selangor pulak nak halau dia. Bagi lah jawatan tok batin kat dia.

    BalasPadam
  6. Bodoh punya w faizudin ni, isi borang tukar agama masuk kristian laaa, org lain main politik jugak, tp agak2 laa nak bela gereja pun. species biawak pasir tak cukup vitamin w.f ni. muka pun mcm beruk jantan kena liwat. jadi paderi laaaa.

    BalasPadam
  7. kita kene bersangka baik la pada khalid, mungkin JAIS nak tanya khalid adakah pendirian dia masih sama dgn dulu.

    khalid kan nak jual nama Allah SWT kepada kristian. bayangkan apa akan terjadi kalau nama Allah berjaya digunakan pihak kristian.

    mungkin cucu wfaudin bakal jadi paderi kristian.

    BalasPadam
  8. Kesihan yg komen pasal Gereja tu. Tapi mengapa mereka tak bising bila ada pihak yg menghalang PAS utk berjumpa JAIS utk mngetahui kisah sebenar? Takut kantoi agenda Umno ke? Islam ni bkn zalim,,,kena siasat dulu dari kedua2 pihak..Tengok, smpai skrg JAIS masih gagal serahkan laporan mereka. Takut apa? Jika benar ada agenda nak murtadkan Org Islam, PAS akan tentang habis2an...Tapi mengapa halang PAS nak siasat? Mana laporan? Dlm kes tazkirah ni, tanpa siasatan isi kandungan tazkirah, cepat pulak bertindak....

    BalasPadam
  9. Bodoh punya w faizudin ni, isi borang tuk kristian laaa, org lain main politik jugak, bela gereja pun. species biawak pasir tak w.f ni. muka pun mcm beruk jantan kena paderi laaaa. 9 SEPTEMBER

    ....
    hoi mangkuk apa pulak bodoh...syukurlah komen klu kat sinik alu blog umno blum tentu kuar.asyisk delete je ...berani kerana benar

    BalasPadam
  10. walau pas negara kebajikan dah tak kisah dadah tak sensitif dah gereja2 ni.(dulu bukan main)..apa compident ke...??

    lepas byk krusi dpat nanti..kita nak negara komunis plak.rusia maju .china pun ekonomi maju. maklumlah dap dah makin berkuasa....terpadan lah muka!!

    BalasPadam
  11. DEMI ALLAH IBLIS DAN SYAITAN YANG SEBENAR-BENARNYA ADALAH SI KHALID DAN SI KHALID GAGAP...JAIS DAN MAIS TELAH MENJALANKAN TUGASAN MEREKA DENGAN BETUL DAN MENEPATI KEHENDAK AGAMA TETAPI APABILA TERKENA BATANG HIDUNG PUAK-PUAK YANG DANGKAL IANYA JADI SALAH.....MENGAPA NI ? DI MANA TELUR PEMIMPIN PAS DAN PKR SELANGOR....DAH JADI DAYUS DAN PONDAN....TAK KAN HASSAN ALI SEORANG SAJA LELAKI SEJATI DALAM PAKATAN YANG LAIN BUAT APA DOK GOSOK TELUR LABUH MASING-MASING....KESIAN-KESIAN NI LAH KALAU BAGI MONYET BUNGA MEREKA TAK RETI NAK HARGAI..APA PUN ALASAN YANG KALIAN BAGI IANYA TIDAK MAMPU LAGI MENGUBAH PERSEPSI RAKYAT TERHADAP PAKATAN......RAKYAT TIDAK LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN UNTUK SEKALI LAGI...KAMU TUNGGULAH PRU KE 13 NANTI........

    BalasPadam
  12. transformasi PAS.

    Negara Islam --> negara kebajikan --> negara kristian --> negara komunis --> negara iblis.

    BalasPadam