RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 13 September 2011

INIKAH KISAH SEBENAR MAT INDERA ?

Sejarah Mat Indera

Ahmad bin Indera, itulah nama sebenar pemilik nama Mat Indera yang popular sekarang ni...yang memiliki darah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji separti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berqasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah sorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Menamatkan persekolahandi peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhamuddin al-Helmydan Ishak sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API). Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuanagn secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubunha dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuanagn yang berbeza, atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang gans, merbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan denagn peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam seranagn, Mat Indera tidak terlibat menenbak atau menyerang anggota polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

PETUALANG ATAU PEJUANG???

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan, tetapi arahan yang diberikan adalah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75, 000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telan beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah sorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menagkap mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan dua orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Belalang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama denagn Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur denagn kecubung, yang boleh menyebabkan rasamengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri, maka pada ketika itulah Mat Tukyo menjabut segala tangkal.

Di katakan tanagn Mat Indera diikat denagn lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilanagn tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan kepada khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Semasa beliau dipenjarakan beliau didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenezahnya dikebumikan di Kampung Jambi Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu seranagn di Rumah Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnyajuga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai seranagn Balai Polis Bukit Kepong.

Rencana Di Atas Pernah Di Siar Berita Harian Pada 13/12/2010

MAKLUMAT PENUH DI YAYASAN WARISAN JOHOR

Manakala yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini (Pengukir Nama Johor). Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerjaan Johor.


Ulasan Blogger:

Terima kasih kepada teman yang sudi berkongsi maklumat. Kita serahkan kepada mereka yang pakar untuk mengkaji kesahihan dan fakta sebenar tanpa prejudis.


8 ulasan:

  1. yg baik itu mat indera
    yg jahat itu komunis

    jika dia menyamar dlm komunis..dia mungkin masih baik tp Allah sj yg tahu

    sejauh mana dia akhirnya terpedaya dgn komunis Allah sj yg tahu

    BalasPadam
  2. Berjuang untuk mengusir penjajah dianggap penderhaka. ..komunis. ...
    pemikiran yang telah berjaya dijajah

    BalasPadam
  3. Berjuang untuk mengusir penjajah dianggap penderhaka. ..komunis. ...
    pemikiran yang telah berjaya dijajah

    BalasPadam
  4. semoga Allah rahmati beliau kita tak tahu cerita sebenar niatnya bagus.

    BalasPadam
  5. Kita tak hidup dizaman itu kita tak tahu.masa darurat beribu orang melayu kena tangkap masuk kem tahanan british,dan dituduh sebagai komunis.

    BalasPadam
  6. Nama orang yang menangkap tu salah bukan Belalang tetapi Wak Beladang, dan Hj Misban. Semua tu kawan baik ayah saya termasuk Pak Tukyo. Semasa ditangkap oleh mereka, Mat Indera bukan sorang2, tapi dengan beberapa anggota PKM bukan Melayu. Ada yg dibunuh di kebun ayah saya. Sebab rumah Hj Misban, tak jauh dari rumah saya.
    Masa kecil tu, ayah saya larang bermain di kawasan tu

    "Jangan main di situ, itu tempat komunis dibunuh!"

    Hanya Mat Indera yg diserahkan kepada kerajaan British.

    Dulu arwah ayah saya selalu cerita, tetapi masa tu kecik lagi ..saya pun tak ambik port

    BalasPadam
  7. Terima kasih banyak-banyak atas pencerahan ini sangat bermanfaat dan membantu

    BalasPadam