RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 4 September 2011

JAKET KALIS PELURU UNTUK PETUGAS MEDIA - ESKAY DAN RAHIM BOLEH BANTU

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA telah berlaku satu tragedi yang mengakibatkan seorang Jurugambar BERNAMA TV terkorban di Somalia, maka kerajaan pun bercadang untuk membekalkan jaket kalis peluru kepada petugas-petugas media yang melaksanakan tugas di dalam misi bantuan seperti di Somalia.

Saya mengucapkan takziah kepada waris Almarhum yang terkorban disaat kita bergembira menyambut Hari Raya Idul Fitri, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan menyebut bahawa kerajaan bersedia untuk membekalkan jaket kalis peluru kepada petugas-petugas media di masa-masa akan datang. Kita menyokong langkah tersebut kerana risiko melakukan tugas di negara-negara yang dilanda peperangan amatlah tinggi.

Jika Datuk Eskay dan Rahim Tambi Chik boleh dibekalkan jaket kalis peluru untuk melakukan `sumpah bidaah' di dalam masjid di negara yang aman seperti di negara ini, apatah lagi bagi mereka yang mahu melakukan tugas di negara yang sedang bergolak.

Syabas, kerajaan Malaysia kerana bijak berfikir walaupun telah terkorban seorang rakyat negara ini. Sekiranya jaket kalis peluru tidak mencukupi, mungkin Datuk Eskay atau Rahim Tambi Chik bersedia untuk membekalkannya./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. NAMPAKNYA KUMPULAN DATUK T LEBIH CEKAP MENGHIDU MUSIBAH BAKAL MENIMPA DIRI MEREKA DARI BERNAMA... WALAU APA PUN , TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA TERLIBAT

    BalasPadam
  2. Mat Sabu pun patut dibekalkan dengan jaket kalis peluru, beliau dihentam kiri kanan depan belakang oleh puak gerombolan sekarang ni....

    BalasPadam
  3. Helo Kenkawan, Jangan lah tiada jeket kalis peluru kamu nak jadikan isu. Kamu patut berterima kasih kerana Malaysia menghantar wakil bagi membantu orang-orang susah di Somalia sedangkan kamu dok nak komen ajer. Kalau kamu berani, tubuhkan satu tim pergi sana mau, tentu tak berani. Tak payah pergi sana lah, kumpulkan dana hantar ke sana pun cukup, ade? Kejadian yang menyayat hati itu perlu dijadikan tauladan bukan mengutuk kerana tak pakai jeket kalis peluru dan ianya tida ada kena mengena pun dgn Dato T dan Anuar. Barlah Anuar diadili samada dia main belakang ke atau sebaliknya. Akalu Anuar betul, fikir-fikirkan lah bagaimana nak melawan di mahkamah. Jangan dok pusing pulak pasal perkara lain. Tetang Mat Sabu yang mulut celupar dan penghianat bangsa tu tak dihebahkan ke? Sape lagi yang kamu nak menunding cari menyalahkan Allhyarham yang di tembak di Mogadisu, kerajaan, Dato T atau kamu yang tidak langsung memahami akan bantuan kemanusiaan. Hargailah mereka yang menyambung nyawa di SOMALIA. Tak payahlah nak memperjuangkan reformasi yang menyusahkan raayat. Kamu cakap dgn Anuar dan Mat Sabu, kirim salam dari aku dipilihanraya akan datang. Jangan cari salah orang sajer. Jangan jadi bangkai bernyawa boleh Tak? Bekas Tentera.

    BalasPadam
  4. apsal lak ko nak paksa org buat satu dua team pegi sana lak?? persoalan yg dibangkitkan adalah apakah kita buat team nak pegi sanap tanpa apa2 protection....ko faham ke perkataan protection weh....macam ko nak pergi berperang tapi cuma di suruh bawak penyapu je...ko rasa ape weh baghal...baghal sunggoh pemikiran ko ni

    BalasPadam