RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 1 Oktober 2011

AMARAN DARI PERKASA BUAT MAT SABU SEMAKIN LAKU DI NS - CERAMAH 06 OKT DI REMBAU,


Oleh: WFAUZDIN NS

TABIK buat PKR Cabang Rembau serta PAS Rembau kerana menjadi pihak pertama `menongkah arus' selepas PERKASA NS melarang Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk jejakkan kaki ke bumi NS, iaitu bumi milik semua bukan milik mak bapak PERKASA. Mat Sabu akan berceramah di Rembau pada 06 Okt ini nanti, dan `Welcome PERKASA.'

Jika pihak Polis tidak berpolitik, sudah tentu permit akan dikeluarkan dan jika tiada permit pun mungkin program boleh dijalankan juga kerana kita ambil dalil di Bera, Kuala Lipis pada 25 Sept yang lalu sewaktu betina Umi Hafilda berceramah, mencarut dan memaki DS Anwar dalam ceramahnya yang tiada permit. Ketika itu DS Anwar juga sedang berceramah di lokasi bertentangan tetapi ceramah DS Anwar adalah `halal' kerana berpermit. Aku harap undang-undang Polis Pahang sama dengan undang-undang Polis NS.

Marilah kita beramai-ramai hadir di Rembau pada tarikh tersebut untuk menjadi `saksi' bahawasanya ceramah Pakatan Rakyat sentiasa aman jika tiada gangguan dari `hantu bukit'. Biasalah, jika `hantu atau iblis' datang merasuk, sudah tentu ada yang `dirasuk.' Jadi, eloklah `hantu dan iblis' jangan menghampiri program itu nanti.

Syabas sekali lagi kepada Cabang PKR Rembau di bawah Chegu Bard kerana tidak memperdulikan amaran bodoh dari PERKASA NS itu. Jangan pula kerana amaran bodoh itu, maka pihak Polis jadikan dalil untuk mengharamkan ceramah tersebut kerana sememangnya itulah cita-cita PERKASA yang penakut ini untuk menyekat program penerangan dari Mat Sabu, khususnya.

Kita akan buktikan bahawa ceramah akan berjalan dengan baik dan aman KECUALI jika `hantu bukit beras' dari NS muncul. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. lawan tetap lawan, kita tengok nanti, jika mereka berkasar, kita pun berkasar, jika mengajak mencabar kita jangan undur, kita sahut cabaran mereka. apa nak ditakutkan kita sama2 dijadikan sebagai makhluk ALLAH.cuma bezanya kita adalah manusia yg dimuliakan ALLAH, mereka adalah syaitan laknatullah yg bertopengkan manusia.

    BalasPadam
  2. jangan takut .........mati dalam perjuanganuntuk Islam dan rakyat,adalah mati syahid. lawan tetap lawan. Allahu akbar

    BalasPadam
  3. Teruskan program macam biasa..kita lihat sejauh mana depa buleh pergi.ada masa kita berlembut dan mengalah tapi tidak sepanjang masa kita beralah.Kehadiran aku mesti.Insyaallah.

    BalasPadam
  4. apa hak PERKASA nak halang ceramah Mat Sabu 6/10 diRembau. Jangan takut. Apela sangatla hebatnya PERKASA. sibuk nak halang Mat Sabu tetapi rakyat Israel masuk Malaysia x sibuk pun. Sibuk nak serah memorandum bantahan kepada Mat Sabu. Kenyataan putar belit Prof kangkong Zainal Keling tiada pun tindakan. Garang dalam TV dan akhbar je. Bila berdepan mulalah melompat lompat ketakutan macam katak.

    BalasPadam