RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 18 November 2011

DR HASSAN ALI LAMBANG KEGAGALAN DAKWAH DI SELANGOR?

 Oleh:  Greenboc


Pendedahan Dr. Hassan Ali kononnya bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian mendedahkan kejahilan beliau sendiri di dalam dunia teknologi moden dan maklumat.


Buatlah HIMPUN berjuta kali sekalipun, tapi kalau dah jalan dakwah disekat tiada gunanya...
Ini bererti beliau sudah lama terkurung di dalam gua kebodohan sendiri kerana penyebaran ugama, tak kira apa pun ugama, sudah jauh melangkaui daripada hanya apa yang didedahkan olehnya.

GB ingin bertanya kepada Dr. Hassan Ali dan Jais sendiri, apa sumbangan dan usaha kamu pula di dalam menggunakan teknologi-tekonologi berkenaan untuk menyebarkan dakwah dan pengembangan Islam?


Mana Al-Quran digital kamu? Mana ‘Solar Powered Handheld Talking Quran’ kamu? Atau paling sengkek, mana portal dan lamanweb Q&A mengenai Islam kamu?

Illek!

Yang hanya kamu tahu nak tangkap dan dakwa orang sampaikan tazkirah di surau seperti kes Bob Lokman. Yang kamu tahu nak berarak buat HIMPUN sehingga HIMPUN sendiri yang kononnya nak perjuangkan aqidah tetapi masing-masing tinggalkan waktu Asar. Yang kamu tahu, ialah bagaimana nak berperanan untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.


Wahai orang yang bernama Hassan Ali dan pertubuhan yang bernama JAIS. Mari kukuliahkan kepada kamu:


Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Dengan adanya internet maklumat semakin rancak di alam siber. Pelbagai bahan yang ada di "langit" ini. Kita tidak dapat menahannya dan tidak dapat mengawalnya, malah tiada sebuah negara pun di atas dunia yang mampu mengawal internet. Tiada sebuah kerajaan pun di dunia yang mampu mengawal arus gelombang maklumat yang bergerak di alam siber.


Bahan lucah, porno, maklumat mengenai ugama-ugama lain, malah ajaran Ayah Pin dan Abuya Asyaari pun bersepah di alam siber.


Ada ratusan, malah ribuan tapak web yang menghidangkannya kepada masyarakat dunia termasuklah masyarakat islam di negara kita.


Malah kini orang sedang sibuk dengan facebook, dengan blog, dengan twitter, dengan segala macam mak nenek teknologi hujung jari terdapat di alam siber ini.

Terangkan kepada saya bagaimana kamu-kamu dapat mengawal itu semua?


Tak boleh. Yang boleh dan perlu kita lakukan kini ialah menggunakan teknologi yang sama, alam yang sama TETAPI menawarkan isi kandungan yang berbeza.


Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Tetapi peperangan zaman ini adalah peperangan teknologi dan peperangan maklumat.


Umat Islam perlu muncul dengan ilmu Islamnya untuk dihidangkan di alam siber. Kita perlu menawarkan kebenaran dan keindahan Islam dengan taktik dan teknik yang baru. Menggunakan dan memenafaat alam digital sebagai satu uslub dan media baru di dalam dakwah. Malah ia dilihat sebagai satu wajibul-waqti (kewajipan semasa) ketika ini. Kita perlu tampil dengan kaedah baru, membawa obor Islam untuk menangkis segala serangan aqidah dan syariat yang berlaku ekoran perkembangan pesat teknologi moden hari ini.


Jangan pula kamu datang berlagak dengan press conference bebal kamu dengan menyatakan kesemua blog, twitter, facebook dan peralatan dakwah kena ada tauliah daripada JAIS pula!


Sekarang sekali lagi saya bertanya: apa sumbangan Hassan Ali dan JAIS di dunia siber dan era teknologi moden di dalam usaha memperjuang, memperkembang dan memertabatkan Islam daripada hanya melemparkan tuduhan tetapi kemudian tidak dapat mendakwa kerana ketiadaan bukti?
--------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Saya;
Setuju dengan apa yang disebut oleh sahabat Greenboc di atas.  Sebelum Dr Hassan Ali bertegang urat di dalam Dun mendedahkan taktik golongan `Kristianisasi', lebih baik beliau menggunakan pengaruhnya sebagai Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili PAS berbincang secara serius dengan JAIS bagaimana untuk memudahkan kerja dakwah di Selangor, khususnya. 
Ketika ini siapa kisah dengan gaya hidup Bob Lokman?  Pernah JAIS atau Dr Hassan Ali kisah?

Sehingga kini, beberapa tokoh politik seperti YB Dr Rani, YB Khalid Samad, YB Shaari Sungip dan beberapa pendakwah yang ikhlas berjuang seperti Bob Lokman telah disekat-sekat kerja dakwah mereka semata-mata kerana Tauliah.  Paling malang sekali, JAIS masih gagal untuk membuktikan kesemua mereka itu mengajar atau bertazkirah ajaran sesat. 
Bila sudah insaf, beliau menjadi mangsa....................

Usahlah Dr Hassan Ali pening memikirkan soal yang lebih tinggi dan dalam seperti soal `tenaga solar' dan sebagainya.  Kita tidak patut pening memikirkan soal tenaga solar itu sekiranya jalan dakwah tidak disempitkan.  Pada saya, Dr Hassan Ali adalah lambang kegagalan dakwah Islam di Selangor dan PAS tidak patut berdiam diri./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Salam tuan.... bagi pendapat saya sebagai orang lama dan bersama-sama Datuk Asri sehingga jatuhnya kerajaan PAS Kelantan, salah dan silap Hassan Ali tidak dinafikan. Saya pun faham tentang tekanan yang beliau terpaksa hadapi yakni dari pihak Istana dan Parti walaupun ramai yang melihat tindakan beliau lebih kepada umno. Tetapi saya yakin yang beliau tidak akan menjadi katak atau pun keluar parti. Saya ada bercakap dengan beberapa ahli umno yang menyokong tindakan beliau dan mereka mengaku Hassan Ali bukan kuda tunggangan umno. Ini pengakuan penyokong tegar umno.... Wallahualam. Yang baik dari Allah dan yang buruk adalah dari diri kita sendiri.

    BalasPadam
  2. Sy sendiri tidak pernah menganggap Dr Hasan Ali kuda Umno wlaupun byk caranya disukai oleh parti Umno. Kita cuma kritik caranya sahaja yg jelas tidak mmbantu pkembangan Islam dan keuntungan kpd parti beliau sendiri. Untungkah PAS jika pmimpin PAS perlu bersusah payah utk mnyampaikan dakwah kpd masyarakat? Apa salah YB Khalid Samad dan Bob Lokman? Dan, apa peranan Dr Hassan Ali di dlm perkara ini?

    BalasPadam
  3. adakah peluang berdakwah hanya dalam Masjid saja. kerana tauliah pengajar saja dato' hassan dihina begitu sekali. kita tau JAIS dan MAIS diluar kawalan hassan ali. mereka dikawal selia oleh UMNO. untuk berdakwah bukan tanggung jawab hassan ali saorang. kita semua kena berdakwah. kenapa PAS tidak mengadap tuanku untuk menerangkan apa yang sabenar nya berlaku jika kita tidak yakin dengan kebolehan dato' hassan ali.

    BalasPadam
  4. keh keh keh!
    semua kena tipu, akan orang nak jadi menteri besar, agama yang jadi sandaran.
    yang salahnya pimpinan PAS, masih lagi tengah mabuk candu 2008 dan seronok berzikir dalam kain sarung, akhirnya anak-anak bergaduh semasa sendiri.
    jangan kita duduk syok sendiri, perangai parti Islam macam ini kalau menang pun nama baik Islam punah ranah.
    aku tak hairan kalau UMNO menang dan PAS kalah, kerana marah Allah ada dan menjadi haknya menjaga org beriman dan berjaung atas nama Dia, Namun kalau Allah sendiri pun marah pada niat dan perangai hodoh kita, Akhirnya bukan sahaja rakyat pun naik muak dengan nama Islam yang kita bawa, bahkan beruk gila pun tungging punggung.

    BalasPadam
  5. kenapa yang sebok sangat pasal murtad ni ?
    di malaysia saya rasa belum ada orang islam yang murtad , tapi melayu dah ramai ,melayu tu bukan jaminan dia islam ,cuma kebetulan dilahirkan dan di daftarkan sebagai islam, tapi tak pernah megamalkan ajaran islam ,hanya hidup bertatacara melayu .orang seperti ini sedari awal hidup sudah murtad ( tidak berugama )biarkan lah mereka nak murtad kerana mereka bukan islam ,mereka hanya melayu ..

    BalasPadam
  6. pak hasan ni sebenarnya otak umno,putar alam punya kaki,masyuk aje yg dia ingat,apa sumbangan nya kat melayu islam selagor ni,manaaa..ha,podaa hasan ali,org mcm nitakde pun tak pa.

    BalasPadam
  7. Benar, berdakwah bkn sahaja di masjid. Masalahnya di luar, kita juga punyai byk sekatan dan dlm ceramah di luar kbanyakannya yg hadir adalah pnyokong parti sedangkan dakwah utk semua. Maka, di Rumah Allah tempat utk semua dgr dakwah Islam. Kita tahu JAIS bkn bwh kawalan Dr Hassan Ali, tetapi sekurang2nya Dr Hassan Ali bersuara mmbela pmimpin2 PAS atau sesiapa sahaja yg ingin berdakwah dlm masjid, bukan mengiyakan kehendak JAIS. Itu silap Dr Hassan Ali. Tujuan PAS di Sgor apabila PR memerintah adalah utk sedarkan umat Islam di Sgor tentang perjuangan Islam, tetapi malangnya bila PR berkuasa, Dr Hassan Ali tidak berjaya mengimplimentasikan cita2 PAS ini malahan beliau lebih suka perjuangan politik Islam itu tidak bermula di masjid...

    BalasPadam
  8. ko ad tlong nk sbarkan dakwah islam??ko pkir sbarkan dakwah ni cam jual goreng pisang??pkir la skit sblom ckap..

    BalasPadam