RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 27 Disember 2011

BENAR KATA KETUA WANITA UMNO JOHOR BAHAWA JOHOR TETAP `BIRU'

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM, Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah yang memberi jaminan bahawa Negeri Johor tetap akan `Biru'.  Ertinya, beliau yakin Negeri Johor masih `biru-kebiruan' Bn nya.

Jika beliau yakin demikian, kita juga yakin sememangnya Johor akan bertukar dari `Biru kebiruan lebam' itu kepada `Biru berlogo mata'.  Ertinya, Johor tetap `Biru' bukan `Biru lebam'.


Sharifah Azizah menempelak usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini "porak-peranda."  Hujah Ketua Wanita Umno ini terlalu dangkal dan `Low Class' sama seperti hujah bos beliau Shahrizat yang berkata isu lembu Fidlot tiada kena mengena dengan beliau.

Apakah orang cerdik boleh terima hujah Negeri Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan yang dipuji oleh Laporan Audit Negara berkaitan urusan kewangan yang telus, negeri-negeri tersebut tiada satu pun kes rasuah atau penyelewengan bela lembu atau kondo mahu pun beli tanah Jutaan ringgit secara rasuah itu dikatakan negeri `porak poranda'? 

Jelas, hujah Ketua Wanita Umno Johor hujah yang sekadar untuk menyedapkan hati pengikut-pengikutnya yang masih tidak sedar bahawa bos mereka ada `skandal lembu Fidlot'.  Kalaupun mereka tidak sedar, jangan pula otak yang ada digunakan seperti otak lembu.

Negeri yang `porak poranda' itu adalah negeri yang diperintah oleh Umno/Bn.  Mereka `porak porandakan' hak rakyat.  Jika Johor sudah terlepas tanah dan Pulau kepada Singapura, jangan pula mendakwa negeri di bawah Pakatan Rakyat porak poranda.  Rakyat Johor kena tahu semua skandal Umno/Bn ini jika mereka benar-benar sayangkan negara ini./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Berlogo mata? Elok2 bro, sejak bila PKR parti freemason? Bukan bulat sabit ke? Check maklumat betul2 bro.

    BalasPadam
  2. aku dan ramai lg rkyat johor yg tidak sabar2 hidup dalam kebiruan sabit atau kehijauan bulan yg mengambang nnti...insyaAllah..

    BalasPadam
  3. ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD menyediakan perkhidmatan UMRAH sepanjang tahun 2014 dengan harga yang berpatutan di antara RM4,590 - RM5,890!!

    Pendaftaran SEGERA!

    Anda boleh layari laman web kami http://www.alfajrtravel.com.my (TARIKH PENERBANGAN TERKINI) atau hubungi wakil JOHOR 07-2344437 / 012-7434259 untuk sebarang pertanyaan.

    BalasPadam