RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 18 Disember 2011

MAHASISWA ANGGAP TRANSFORMASI NAJIB HANYA SEPERTI KARTUN `TRANSFORMER'

Oleh:  WFAUZDIN NS

TRANSFORMASI Najib sudah seperti menjadi cerita kartun `Transformer'.  Tiada sesiapa pun yang yakin dengan transformasi Najib walaupun disolek dengan hiasan `1 Malaysia'.  

Sikap suka berbohong Najib menjadi salah satu punca mengapa apa jua slogan yang Najib gunakan tetap menjadi cerita kartun kepada rakyat.  Bukan rakyat biasa sahaja yang semakin meluat dengan perangai Najib, bahkan ianya dikongsi bersama oleh golongan cerdik pandai seperti Mahasiswa. 

Kelmarin, kira-kira 500 orang, kebanyakannya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini.  Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).


Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)
Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.

Paling mengejutkan, gambar Najib diturunkan di hadapan bangunan PWTC tanpa rasa takut dan bimbang lagi.  Maka, terpekik terlolonglah puak-puak Umno apabila mendapat tahu gambar tokoh pujaan mereka itu diturunkan seolah-olah seperti robohnya sebuah masjid seperti yang berlaku di Kg Bujal, Terengganu dahulu.  Mereka tidak pula terpekik meroyan apabila Chua Soi Lek menghina Hukum Hudud.  Tidak pula mereka bersuara apabila ada sekumpulan `mamak Penang' yang mengaku Melayu P.Pinang mengusung kek `Tahi' ke Pejabat KM P.Pinang.  Walaupun akhirnya kumpulan itu sendiri yang memakan kek `Tahi' itu, tetapi jelas perbuatan itu nampak amat bodoh dan memalukan negara.


Secara peribadi, saya juga tidak bersetuju dengan cara menurunkan bendera kepunyaan orang lain di tempat mereka.  Namun, apabila memikirkan bahawa Pejabat PKR Pusat di Tropicana juga pernah didatangi oleh sekumpulan puak bengap yang mengugut untuk membakar pejabat tersebut, dan juga perbuatan mengusung `kek Tahi' ke Pejabat KM P.Pinang baru-baru ini, maka saya terfikir mungkin inilah yang `diajar' kepada Mahasiswa sekiranya mereka tidak berpuashati.

Mengapa dipersoalkan tentang penurunan bendera, tetapi tidak mempersoalkan mengapa Mahasiswa sanggup bertindak sedemikian?  Seperti biasa, puak-puak Umno pun menuduh bahawa Mahasiswa itu didalangi oleh Pembangkang, sedangkan bendera yang dinaikkan oleh Mahasiswa adalah bendera mereka bukan bendera parti pembangkang mahu pun gambar pemimpin pembangkang.  Tuduhan puak Umno bahawa Pembangkang menjadi dalang perbuatan Mahasiswa tersebut adalah tuduhan biasa dan lumrah buat Umno yang tidak pernah sedar bahawa rakyat sudah meluat dengan parti tersebut./wfauzdin.blogspot.com


1 ulasan:

  1. Tahap pemikiran puakx yang bengong.Sekarang ini
    zaman IT.Semua maklumat dihujung jari kita.
    Hangpa perbodohkan sajalah puakx hangpa tu
    yang merelakan diri diperLEMBUkan kerana tidak
    sanggup menerima hakikat KEBENARAN!!
    MAMPUS UMNOYAHUDI dalam PRU kelak!!!!

    BalasPadam