TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Khamis, 22 Disember 2011

`SALUTE' US. NASHA, GOOD BYE DR HASSAN ALI


Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH Us. Nasha, berbeza pendapat dan kadangkala mungkin tersasar langkah namun tetap istiqomah dengan partinya iaitu PAS.  Mungkin dakwaan beberapa pihak yang merasa sangsi dengan komitmen Us. Nasha di dalam PAS, namun kita perlu melihat pada zahir dan tindakannya yang meyakinkan maka kita perlu berbaik sangka.
 
Seperti dilaporkan di dalam Malaysiakini, bekas Timbalan Presiden PAS itu yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."  Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."  
 
Katanya lagi, parliament 2008 first day 280408 nasharuddin"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Saya tidak mahu bercakap perbezaan di antara Us Nasha dengan Dr Hassan Ali yang dilihat mempunyai persamaan isu yang kontroversi.  Semua telah melihat dengan jelas, masing-masing mendakwa mahu memperjuangkan Islam dan mereka berdua juga ada perbezaan pendapat terhadap parti.  Namun, yang meluru pantas kepada media pencacai dan menjadi tetamu istimewa di TV3 meluahkan perasaannya terhadap PAS bukan Us Nasha.  Orang itu adalah Dr Hassan Ali, yang terang, jelas dan nyata tidak menerima konsep Negara Berkebajikan yang diluluskan oleh Muktamar PAS sendiri, bahkan diperakui oleh Dewan Ulamak serta Majlis Syura PAS.  
 
Di antara keduanya, Us Nasha lebih bertanggungjawab dan tahu setakat mana beliau boleh mengkritik PAS, lebih membanggakan lagi beliau sedar dan insaf bahawa Umno bukannya parti yang lebih baik daripada PAS.  Berbeza dengan Dr Hassan Ali, yang menyebut bahawa "Apa ertinya PR ke Putrajaya, jika Islam dihina".  Belum pun sampai ke Putrajaya, Dr Hassan Ali sudah tidak yakin kepada PAS dan berburuk sangka.  Jika begitu, kita juga boleh berkata kepada Dr Hassan Ali, apa gunanya berada di dalam PAS jika di dalam kepala otak beliau masih terdapat keris telanjang tanpa bersarung?

Sekali lagi, syabas Us Nasha kerana terbuka dan tegas untuk menolak Umno.  Amat mendukacitakan, di saat PAS bersusah payah untuk melancarkan kempen `PAS Ganti Umno' dan diwaktu baru sahaja kita wujudkan `ABU' (Asal Bukan Umno), tiba-tiba Dr Hassan Ali muncul sebagai parasit./wfauzdin.blogspot.com



7 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Begitu teruja pandangan Tuan terhadap Ust. Nasha berbanding Dr Hassan Ali .Kata kata manusia bagaikan pasir di tepi pantai atau bak kata arwah P.Ramlee ' BAIK ..... Baik ada makna tuuuu. Apa apa pun Tuan empunya Blogger dasar kita orang Melayu ... mudah luntur dan amat bersimpati dan akan cair bila seseorang itu mula berlembut. Sampai bila kita orang Melayu boleh terima orang Melayu tipu bangsanya sendiri.

    BalasPadam
  2. kepada tampa nama 22 Disember 2011 10:55 PG : yg menipu bangsa melayu ialah pemimpin UMNO itu sendiri,,,,hahahahhahahahahahahah

    BalasPadam
  3. Mat Sabu seorang politik penuh pengalaman.
    Ust. Nasha orang yang banyak ilmu keugamaan.
    Kedua-duanya mempunyai kelebih tersendiri.
    Andai kata di muktamar akan datang,
    Mat Sabu pula yang tumbang di tangan Nasha,
    Mahu kah dia buat onar dan merajuk.
    Tak mungkin Mat Sabu akan gelak mendedahkan
    kelakarnya. Itu lah Mat Sabu seorang aktivis
    dan ahli politik yang matang. Dua-dua saya tak kenal secara peribadi.

    BalasPadam
  4. sekali lagi diulangi apa guna perpaduan kalau kita menyokomg maksiat....biarlah kita berselisih asalkan kita mendukung al quran & sunnah...insaflah umat melayuuuu

    BalasPadam
  5. Sudi apalah kiranya kita bertukar-tukar bloglist
    http://lensahp.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Salam..
    Dr.Hassan Ali sebenarnya seorang yg sgt jahil dlm strategi berpolitik dan emosinya digunakan pd suasana yg tidak kena..
    Jika Rasulullah s.a.w telah menunjukkan cara bertolak ansur dan strategi undur setapak utk menang dlm perjanjian Hudaibiyah dgn puak musyrikin Makkah pd 1400 tahun dahulu,ternyata sirah ini tidak diambil iktibar oleh beliau..
    Apakah beliau mengharapkan PAS akan menang dgn undi Melayu yg solid dlm keadaan UMNO mempengaruhi org2 kg utk membenci pembangkang sehebat-hebatnya,dgn cara tak beretikanya,ternyata impian Dr Hassan Ali ini tidak ralistik dgn suasana Geopolitik di Malaysia sama sekali..
    Kata2nya hanya boleh terpakai di negeri yg majoriti Melayunya melebihi 90 peratus spt di Kelantan dan Terengganu sahaja..
    Sementara kemenangan PAS dikawasan bandar terutama dikawasan yg seimbang pecahan kaumnya,Undi Bukan Melayulah yg menyumbang kpd kemenangan PAS dikawasan yg dahulunya dikuasai oleh Komponen BN yg bukan Umno..
    Disinilah dengkalnya pembacaan politik Dr Hasan Ali terhadap kawasan yg diwakilinya sendiri..
    Jika nk bercakap tentang hala tuju Islam,Bincangkanlah ianya dlm Musyawarah Parti,bukannya diluar tabiee seolah-olah tidak wujud Majlis Syura utk membincangkan survival Islam sesama Saf kepimpinan..
    Ini sikap yg membelakangkan Majlis dan menonjol dirinya lbh Islamic dari tokoh2 yg terdahulu dan seangkatan dgnnya lalu mendedahkan Parti kpd serangan dari musuh politik yg senantiasa mencari Modal utk mebodohkan org2 yg lemah fikirannya..
    Apakah Umno dan Utusan bersimpati dgn Dr.Hassan Ali?
    Jawapan sy tidak,sebaliknya mereka hanya akan mempergunakan peluang yg terhidang dek kedangkalan Dr.Hassan Ali utk meraih sokongan populist..
    Inilah akibat menurut Emosi tanpa menilai pahit getir perjuangan generasi terdahulu yg dulunya dilihat sebagai Parti Ekstream oleh org2 bukan Melayu,ttp apabila PAS mula diterima oleh bukan Melayu,tiba2 Dr.Hasan Ali yg baru merangkak dlm PAS ini pula merasa janggal..
    Inilah suatu contoh sikap tidak cermat Dr Hassan Ali..
    Siapa yg berakidah Islam yg tidak mahu melihat tertubuhnya sebuah Daulah Islam di Tanah Airnya sendiri?
    Semua org yg bersyahadah memasang impian yg sama..
    Ttp pd masa yg sama adakah ianya dpt dijayakan dgn pengakuan semata-mata tanpa gerak kerja dan strategi?
    Lalu mengapa perlu beremosi seolah-olah ia akan diterjemahkan sekelip mata sahaja apabila seruan itu diucapkan oleh Dr.Hassan Ali?
    Apakah Islam di Malaysia sblm dtgnya seorang Hassan Ali di dlm PAS itu tidak dihina,terpelihara dan diangkat ditempat tertinggi?
    Apakah Islam yg dimaksudkan beliau itu semata-mata Melayu dan bagaimana pula India Muslim,Cina Muslim dimata Hassan Ali?
    Sy menilai kata2 beliau merujuk kpd Melayu..
    Sy melihat beliau seorang yg Assobiah ttp menyolek wajah Melayu yg dh byk rosak Aqidah itu dgn Islam..
    Sy yg Melayu ni pun meluat dgn solekan yg beliau kenakan pd Umat Melayu..
    Tergamak kamu ingin bersatu dgn org2 yg sebangsa dgn kamu yg terang2 mengatakan mereka tidak akan melaksanakan Hudud di Malaysia ini..
    Jika begitu,kamulah org yg paling Hina pd sy sedangkan org2 yg belum Mukmin semakin mendapat pencerahan,kamu yg mengaku Mukmin puluhan tahun ini pula yg mahu bersikap Asobiyah..
    Mudah2an Allah akan mengampuni anda dan sy juga memohon kemaafan andai sy terlebih dan melepaskan kata2 yg tidak selayaknya kpd kamu wahai Hassan Ali..
    Astaghfirullah..
    La'ila ha'illa Anta,Subhanaka'inni Kuntuminaz'zolimin..

    BalasPadam
  7. Susah nak percaya pada Hasan Ali ni.... Eloklah dia pergi ke parti lain di dalam meneruskan perjuangannya Dari menjadi duri dalam daging pada Parti PAS dan rakan sekutunya.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini