Permohonan Untuk Pinjaman Bank Dunia Dibuat Oleh NEAC
Yang Dipengerusikan Tun Mahathir
Yang Dipengerusikan Tun Mahathir
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1]
bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia
yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau
sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman
Bank Dunia.
kesian..... |
Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan
pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya
“rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman
Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan
permohonan pinjaman tersebut.
Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen
Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan
dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk
pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun
Mahathir Mohamad sendiri:
1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:
“In view of these circumstances in July 1998,
the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the
economy back on a positive growth path. One of the six
strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to
continue the country’s equity and socio-economic agenda which had been
instrumental during the past two decades, in maintaining social
stability in the country. In line with this objective, the Government
has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of
the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.The
Government has approached the Bank for help in strengthening this plan
and implementing it through a Social Protection Project”
Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP)
yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh
Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang
didakwa Tun Mahathir.
2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic
Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC
dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian
NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin,
Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad.
Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang
bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.
3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan
kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia
untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC
dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.
4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalamLaporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:
- Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
- Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
- Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999
5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun
Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’
Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.
Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk
menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana
beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia
(walaupun menafikannya sebelum itu).
Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah
mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana
jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu
yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.
Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas
al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan
besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel
kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan
arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di
Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai
perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan
rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang
yang terlibat dengan arak.
Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
20 DISEMBER 2011
membuatkan org ramai semakin meluat kpd beliau..dah jelas ahli pompuan madey x menutup aurat..td nampak pembohong ini memotong kek lg..dah tua sgt xnak lg merapatkan diri kpd Allah..jauh beza dibandingkan DSAI..semakin hari semakin belas dan suka kpdnya
BalasPadamadalah menjadi kesilapan BESAR pakatan rakyat / pak anwar menyerang mahathir..
BalasPadamwalaupun mahathir telah lama pencen..tapi majority rakyat malaysia masih menyanjung tinggi beliau..serangan terhdap mahathir menyebabkan org ramai terutama org atas pagar ramai tak puas hati..
PIKIR-PIKIR kan...
Sebarang bentuk penipuan dan pembohongan akan terbongkar jua akhirnya...... tiada yg hebat dan istimewa bagi pemimpin2 yg menipu rakyatnya hanya semata-mata ingin kekal berkuasa dan disanjung...... org2 seperti ini sepatutnya tidak layak jadi pemimpin.....
BalasPadam