RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 23 Disember 2011

AMK, SAMM, MAP, JINGGA 13, AIC DAN UNIT AMAL DIGABUNGKAN UNTUK GERAKAN REFORMASI KEDUA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TARIKH 09 Jan 2012 bukan lah masa yang terlalu lama.  Tarikh tersebut DS Anwar akan diberikan kata putus samada dibebaskan atau dipenjarakan, bukannya kata putus samada dia bersalah atau tidak kerana umumnya telah arif tentang motif kes yang beliau hadapi sekarang ini.

Selaku Ketua Umum PKR, lebih-lebih lagi selaku Ketua Pembangkang adakah kita boleh berputih mata melihat bakal PM kita ini akan merengkok di dalam penjara akibat dari perbuatan si haramjadah pemuda yang tidak mencuci dubur selama dua hari itu?  Jika kita tidak mahu ianya berlaku apakah tindakan yang perlu kita lakukan untuk menghentikan kezaliman yang berterusan ini?
Shamsul Iskandar - Ketua AMK

Saya kagum dengan wujudnya berbagai pertubuhan atau NGO yang lahir dari Keadilan sendiri tidak kira apa pun tujuan pertubuhan ini diwujudkan, tetapi saya percaya kesemuanya memandang menentang kezaliman itu adalah wajib.  Saya juga percaya pertubuhan seperti Memacu Arus Perjuangan (MAP), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditambah lagi dengan sayap parti seperti AMK, Serikandi dan Wanita Keadilan bahkan parti induk itu sendiri Keadilan bukan bertujuan untuk menjaga hanya batang tubuh insan yang bernama Anwar Ibrahim. Saya tidak pasti sejauh mana perkembangan AIC (Anwar Ibrahim Club) apakah masih berfungsi atau tidak.  Namun demikian, kita harus sedar di hadapan kita sekarang seorang insan bernama Anwar Ibrahim bila-bila masa sahaja akan diperapkan ke dalam penjara.
Chegu Bard - Penyelaras SAMM

Justeru itu, tidak terfikirkah oleh kita buat masa ini kita tumpukan kepada satu perjuangan yang amat penting iaitu membebaskan DS Anwar Ibrahim?  Adakah jika ditanya kepada MAP, Jingga 13 atau SAMM mahu pun AMK, Serikandi dan Wanita juga Parti Keadilan itu sendiri samada mereka mahu berjuang habis-habisan untuk membebaskan DS Anwar Ibrahim, mereka akan menjawab "Kami bukan berjuang untuk seorang individu bernama Anwar sahaja?".  Jika inilah jawapannya, maka adalah lebih baik DS Anwar masuk ke dalam penjara dan kita teruskan hidup kita di luar menikmati kebebasan dunia ini.

Fariz Musa - Jingga 13

Bukan bermakna kesemua pertubuhan ini tidak melakukan apa-apa untuk membela kezaliman yang berlaku ke atas DS Anwar. Mereka telah lakukan.  Sebagai contoh, SAMM di bawah Chegu Bard telah lama berpusing merata negeri membawa isu kezaliman ke atas DS Anwar dan SAMM juga berusaha menerbitkan buku `FITNAH' yang menceritakan kezaliman dan fitnah yang menimpa ke atas DS Anwar sejak dari tahun 1998 sehingga ke fitnah video seks.  Begitu juga dengan AMK dan yang lain-lain yang turut berkempen membawa isu ini. Bahkan, AMK dikatakan telah melancarkan 901 bagi tujuan menggerakkan kebangkitan baru menjelang 09 Jan nanti.    

MAP - Mustafa Kamil Ayub

Pada pendapat saya, 901 tidak cukup mantap sekiranya hanya didukung oleh kumpulan yang bersama Ketua AMK sahaja.  Menjelang waktu genting 09 Jan ini, kebangkitan harus bergerak seiring, serentak dengan nada yang sama iaitu `Anwar mesti dibebaskan'.   Alangkah hebatnya jika kebangkitan itu diterajui bersama di antara AMK, SAMM, MAP, Jingga 13, AIC dan dibantu dari belakang oleh Serikandi dan Wanita Keadilan.  Saya pasti jika ini berjaya diadakan, sudah tentu gelombang reformasi akan mewarnai negara ini menjelang tahun baru 2012.

Adakah DS Anwar terpaksa menggunakan baju ini lagi?

Memandangkan DS Anwar juga adalah Ketua Pembangkang dan bakal PM yang akan ditabalkan sekiranya PR berjaya ke Putrajaya, maka saya fikir tidak keberatan buat PAS dan DAP turut dilibatkan di dalam gerakan ini.  Saya dapat melihat dari peranan yang agak kecil sahaja di antara SAMM, AMK dengan Unit Amal (PAS) di dalam beberapa program ceramah yang lalu yang menjadi sasaran puak pengganas PERKASA.  Mereka berperanan dengan berkesan sekali sehinggakan musuh gerun untuk berbuat sesuatu.  Bayangkan jika kesemua pertubuhan ini disatukan dengan atas nama apa sekalipun pasti bisa menggegarkan musuh.      


Tidak banyak lagi masa untuk penyatuan ini jika kita benar-benar serius membebaskan DS Anwar Ibrahim.  Kesemua yang disebut di atas perlu bertemu, lupakan seketika sebarang perbezaan pendapat atau hala tuju perjuangan masing-masing demi menyelamatkan insan bernama DS Anwar Ibrahim.  Bertemu dan berbincanglah, ambil suatu keputusan yang jitu dan berpakat dengan baik atas dasar kepercayaan untuk memilih siapakah di antara mereka menjadi `Khalifah' gerakan reformasi kedua ini. 

Buat kali ini, marilah bersatu atas satu perjuangan iaitu membebaskan DS Anwar Ibrahim.  Telah terlalu banyak pengorbanan yang DS Anwar Ibrahim lakukan untuk kita sehinggakan beliau terpaksa mengorbankan kesemuanya hatta maruah diri dan keluarganya akibat fitnah yang berpanjangan namun beliau terus berjuang sehingga ke pintu penjara.  Apakah kita tidak boleh berkorban untuk sedikit ini bagi menunjukkan kepada beliau kita berterima kasih di atas perjuangannya selama ini? 

Amat memalukan sekiranya kita dilihat gagah dengan berbagai pertubuhan yang diwujudkan untuk menentang Umno/Bn, tetapi untuk membela DS Anwar kita tidak mampu bersatu.  Saya pohon agar cadangan ini dapat difikirkan sebaik mungkin sebelum terlambat./wfauzdin.blogspot.com 

4 ulasan:

  1. yeah.. berganding bahu.. jgn lupa ajak ak skali

    BalasPadam
  2. BERSATU KITA BERSATU!!!...BERSATU KITA ATAS NAMA "AMAR MAARUF, NAHI MUNGKAR" BUKAN ATAS DASAR UMNO & BARISAN NASIONAL!!!!

    BERSATU KITA BERSATU, BEBASKAN PEMIMPIN KITA!!!

    BalasPadam
  3. sOKONG...CADANGAN YANG AMAT BAIK

    BalasPadam