RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 15 Januari 2012

ALHAMDULILLAH, HASSAN ALI TIDAK MAHU MERAYU KEPADA PAS

Oleh: WFAUZDIN NS 

ALHAMDULILLAH, selain dari kita baru sahaja mendapat nikmat kebebasan DS Anwar Ibrahim dari fitnah Liwat II baru-baru ini, terbaru satu lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita apabila Dr Hassan Ali dikatakan tidak akan merayu untuk kekal di dalam PAS.

Memetik kenyataan beliau,"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti".  


Memang benar, beliau tidak boleh melakukannya di dalam parti iaitu untuk menghancurkan PAS dari dalam.  Segala gerak geri beliau yang bertopengkan perjuangan Islam, Melayu dan raja-raja itu telah lama dihidu oleh pemimpin-pemimpin dan kita sendiri.  Kononnya beliau gagal mendapat sokongan dari PAS di dalam isu arak dan murtad, tetapi beliau lupa bahawa beliau sebenarnya ketika itu berada di dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jauh lebih baik dari Umno sebelum itu.  

Apakah isu arak di Selangor yang menyebabkan Dr Hassan Ali tidak mahu bersama PAS lagi?  Adakah cara Dr Hassan Ali sesuka hati merampas arak dari kedai-kedai 7 Eleven itu tanpa menghiraukan undang-undang yang di luar kawalan kerajaan negeri itu tindakan bijak?  Apakah tindakan berhikmah tetapi berkesan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan cara berbincang dengan pengusaha kedai-kedai berkenaan agar tidak menjual minuman keras tersebut di penempatan majoriti Melayu itu tidak kena dengan Dr Hassan Ali?  Jika begitu, mengapa tidak sahaja Dr Hassan Ali rampas semua arak-arak di Kilang arak terbesar di Shah Alam?

Adakah beliau tidak sedar, minuman keras yang kebanyakannya dijual di kedai-kedai 7 Eleven itu telah ditafsirkan oleh undang-undang persekutuan sebagai bukan minuman keras kerana di bawah peratusan alkohol yang dikatakan arak, maka kedai-kedai berkenaan mempunyai hak untuk menjualnya dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk menghalangnya?  Namun demikian, langkah kerajaan negeri tetap dibuat secara berbincang dan meminta kerjasama pengusaha kedai-kedai berkenaan agar menjauhkan penjualan minuman keras tersebut di penempatan majoriti umat Islam.  Ini tidak pernah berlaku sewaktu Umno memerintah Selangor.

Tindakan paling bijak kerajaan negeri juga adalah dengan menawarkan modal perniagaan bagi umat-umat Islam yang mahu berhenti di kedai-kedai penjualan arak.  Alasan yang diberikan oleh Dr Hassan Ali kononnya perjuangan beliau di dalam isu arak ini sentiasa ditentang oleh beberapa pimpinan PAS Selangor merupakan alasan yang terlalu dungu.  Mengapa Dr Hassan Ali tidak menyalahkan JAIS yang sepatutnya ke depan di dalam isu ini?  Adakah JAIS hanya bekerja untuk menangkap mereka yang memberi tazkirah tanpa Tauliah sahaja?  JAIS sebenarnya sudah tahu bahawa undang-undang Persekutuan banyak menghalang tugas-tugas mereka sebab itu di zaman Umno memerintah lagi penjualan arak langsung tidak dikawal. Apakah JAIS hanya wujud di Selangor sewaktu PR memerintah sahaja?

Alhamdulillah, meskipun menyedari undang-undang berkaitan arak ini di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah yang bijak penuh hikmah agar kesucian Islam tetap terpelihara.  Dr Hassan Ali bertindak seolah-olah Kerajaan Persekutuan diperintah oleh PAS atau Pakatan Rakyat. Dr Hassan Ali mungkin berangapan Selangor di bawah Umno lebih bersih dan suci dari kerajaan sekarang.

Isu Gereja pula, Dr Hassan Ali mendakwa PAS Selangor bersekongkol dengan DAP dan PKR menentang usaha beliau yang kononnya berjuang menentang gejala murtad.  Akhirnya, kita diberitahu isu Gereja ditutup kerana tiada bukti yang boleh menyatakan berlakunya kerja memurtadkan umat-umat Islam di Gereja berkenaan.  Bukankah sebelum ini, Dr Hassan Ali dan JAIS sendiri melalak di dalam TV dan media mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh?  Di mana bukti itu?  Mengapa PAS tidak dibenarkan bertemu pihak Gereja dan JAIS?  Tidakkah baik jika PAS sendiri menyiasat isu berkenaan jika JAIS sendiri gagal menyiasat dan mendapatkan bukti?  Apakah kehendak PAS untuk bertemu pihak Gereja, maka Dr Hassan Ali anggap PAS menyokong Gereja?  

Dr Hassan Ali tidak perlu memberi berbagai alasan dan hujah dangkal beliau jika beliau tidak mahu merayu untuk dikekalkan bersama PAS.  Bersyukur lah kita dengan tindakan Dr Hassan Ali itu kerana PAS tidak harus memiliki seketul daging busuk yang bakal menjangkiti orang lain.  Biarlah daging busuk ini terpelanting dari PAS bersama beberapa ekor lalat yang menghurunginya./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. memang betul.. hasan ali lu x payah nak jadi hero kononnya memperjuangkan melayu, islam dan institusi beraja. lu memang layak duduk dalam umno je... cara pemikiran lu yang tidak matang memang layak duk dlm umno je....lu rase lu hebat...lu same la mcam ibrahim alkataki... x heranla dia org perkosa yg pertama jumpa lu bila lu dipecat. lu duduk dalam parti bukan politik sendirian. lu dalam kerajaan negeri.. lu exco tapi lu nak baegerak sendirian.. nak jadi hero... so sekarang elokla lu jilat semula ludah n muntah lu dalam umno semula... say good bye to hasann ali....

    BalasPadam
  2. Keras kutukan keatas Hassan Ali. Saya rasa orang yang kutuk Hassan Ali ini memang hebat dari segi perjuangan sehingga mengalahkan Hassan ali

    BalasPadam
  3. Hassan Ali, ko jaga lah perut anak bini ko,,,,tapi DSAI jaga perut RAKYAT...berambus lah ko dari PAS,,,jiwa ko jiwa UMPORNOK, ko cuma layak jadi pakar motivasi untuk budak2 nak ambik UPSR jer....rakyat dak cerdik Hassan ALI...

    BalasPadam
  4. Hassan Ali, ko ada lah PENGKIANAT, menggunting dalam lipatan, ko elok minum CLOROX supaya hati ko bersih, disebabkan ko tak boleh terima teguran, ko EGO, SOMBONG,,,,,ketahui lah HASSAN ALI, DSAI lebih bijak, cerdik dari ko....setakat bagi motivasi kat budak nak ambil PMR boleh lah....jiwa tak boleh terima konon...sebenarnya cita2 nak jadi MB selangor tak tercapai kan......

    BalasPadam
  5. Nak komen boleh tapi ,itu hak dia untuk tidak merayu dan tak rugi satu sen pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia ni dulu ngaji kat amarika...pendidikan sekular...yg pi taruk dia jaga hal ehwal islam tu ape ke he nye...ni lah bahananya...memberi amanah kepada yg bukan pakar dlm bidangnya....hehe..peace

      Padam
  6. Kesian Dr Hasan Ali...dipecat tanpa diberi peluang bela diri & apakah asas penyingkirannya...dimanakah nilai Islam yang diterapkan dalam Perjuangan PAS...apapun kesian dia..

    BalasPadam
  7. sudah banyak kali pas menjaga hati hassan ali sehinggakan khalid samad pernah digantung keahlian kerana hassan ali.lagipun patut ke mendedahkan dalaman parti sendiri kepada media yang sememangnya talibarut umno

    BalasPadam
  8. Dia ni umpama ranting yang reput dalam PAS. Biar la ia gugur. Kelak tumbuh tunas yang baru menggantikan ranting reput tersebut. Proses biasa la...

    BalasPadam