RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 21 Januari 2012

MB KEDAH MENYOKONG AUKU ?

Oleh:  WFAUZDIN NS

KEMELUT beberapa pelajar di KUIN, Kedah yang dikenakan tindakan mengikut AUKU agak mengelirukan kita sebagai penyokong PR.  MB Kedah, Us Azizan kini dijadikan sasaran bukan sahaja oleh puak-puak Umno, tetapi oleh sebilangan penyokong-penyokong PR sendiri kerana jelas kita ketahui bahawa AUKU amat ditentang oleh PR.

Us Azizan - MB Kedah

Diberitakan bahawa Us Azizan tetap bertegas untuk tidak menggunakan kuasanya (jika ada) bagi membebaskan kesemua pelajar berkenaan daripada kezaliman AUKU.  Namun demikian, difahamkan Us Azizan telah menawarkan rayuan untuk pelajar-pelajar berkenaan jika mereka mahu. Saya tidak pasti samada mereka telah membuat rayuan atau belum, tetapi pada pandangan saya jika benar AUKU itu zalim, mengapa perlu menunggu mereka membuat rayuan?

Saya tidak pasti samada Us Azizan turut bersetuju bahawa AUKU itu zalim.  Dan, saya juga kurang mengerti apakah kebijaksanaan yang dilakukan oleh MB Kedah ini bagi mengatasi isu berkenaan.  Atau, adakah sesuatu yang lebih memudharatkan pelajar-pelajar berkenaan sekiranya mereka dibebaskan dari cengkaman AUKU? 

Pada saya, sekiranya benar MB Kedah mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka dari AUKU, dan AUKU sememangnya ditentang oleh PR, maka mahu tidak mahu Us Azizan wajib membebaskan mereka.  Jika tidak, di mana kredibiliti janji-janji kita di dalam PR selama ini untuk menghapuskan AUKU?  Adakah benar, MB Kedah tidak berupaya membebaskan mereka dari AUKU kerana PR tidak berkuasa di Pusat?  Saya rasa, tentu ada cara yang lebih bijak dan berhemah yang boleh dilakukan oleh MB Kedah bagi mengatasi masalah ini.

Amat malang sekali, setelah kita berkumpul di dalam Konvensyen di Kedah baru-baru ini, kita masih tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu pelajar-pelajar yang dizalimi seperti mereka.  Di bawah ini, saya ungkapkan semula tulisan Sdr Nur Hadi Mohamad yang telah memberikan komen beliau di dalam Malaysiakini berkaitan isu ini.  Fikir-fikirkan lah..../wfauzdin.blogspot.com

-----------------------------------------------------------------------------------

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?

SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?  Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini. Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, "Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la..." Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

5 ulasan:

  1. Betul apa yg saudara komen.cuma budak2 tu yg tongong.aku rasa budak2 ni ada org dibelakang depa yg larang depa buat rayuan.nama saja pandai tp tak tau nak pikir dan buat pendirian sendiri.Jgnlah babit PAS sbb tu masalah pentadbiran kuin.

    BalasPadam
  2. Itulah kekadang tindakan oarng muda, walaupun belajar setinggi mana pun, ada juga yang tersasul, betullah sebagai orangtua Ust Azizan tidaklah keberatan asalkan tidak terjerat kepada perangkap dengan agenda pihak tertentu, dan cara yang dikatakan olih Nur Hadi Mohamad patut diterima olih semua pihak.

    BalasPadam
  3. salam.. jangan banyak alasan lagi lah...
    dalam buku jingga pakatan rakyat dah janji untuk menghapuskan AUKU.. sepatutnya jangan gunakan AUKU untuk mempertahankan kuasa yang ada.. nanti orang akan kata PAS ngan UMNO sama sama saja...

    BalasPadam
  4. Tindakan MB memang tepat sebab isu ini sebenarnya untuk menjerat beliau dan PR oleh orang2 di belakang pelajar2 tersebut. Jalan terbaik adalah jangan tergelincir dari undang2 sedia ada sebab jerat sedang menanti,lagipun beliau juga tak setuju dengan AUKU. Rajin2lah selidik latarbelakang antara pelajar2 tersebut dari mana datang sebelum masuk ke KUIN dan kenapa masuk ke KUIN...

    BalasPadam
  5. kalau tak tau apa jgn komen budak2 tu tongong ka bangang.kenapa depa kena tindakan?depa berpiket mempertahankan asrama mereka yang diwarisi dari maahad tahfiz kedah.anak aku salah sorang drp pelajar kuliah tahfiz,aku tau cerita depa.utk ustaz azizan "memang kami xkan pangkah umno/bn sampai mati tetapi belum tentu kami pangkah pas kali ini.

    BalasPadam