RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 18 Januari 2012

ROAD SHOW HASSAN ALI - JANGAN BIARKAN BELIAU DISANGKA GILA

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERTARIK dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang menawarkan keselamatan buat Dr Hassan Ali untuk `Road Show' mendedahkan `Parasit-Parasit' di dalam PAS sehingga menyebabkan beliau tercampak keluar dari PAS.  Baca di SINI.

Maka, bermulalah episod di mana `Pelesit akan memburu Parasit'.  Jika mahu diikut `fatwa' Hassan Ali, elok benarlah jika kita semua, ahli keluarga kita serta semua mahasiswa jangan melibatkan diri di dalam `Road Show' Hassan Ali kerana itu adalah `masalah peribadi' beliau.  Bukankah Hassan Ali pernah beranggapan sedemikian terhadap DS Anwar ketika menghasut kita serta para mahasiswa agar tidak terlibat menyokong Ketua Pembangkang tersebut di mahkamah pada 09 Jan yang lalu atas `fatwa'nya bahawa itu `masalah peribadi' DS Anwar?

Beliau berkata, DS Anwar tidak perlu mengheret rakyat di dalam masalah peribadinya.  Nah, sekarang Allah bayar `cash' dan kini Hassan Ali menghadapi `masalah peribadi' dan ingin membuat `Road Show' pula.  Namun, atas ihsan dan budi baik Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ini berjanji akan menentukan keselamatan Hassan Ali untuk bercakap apa sahaja yang terlintas di kepala otak Pakar Motivasi itu.  Mungkin tidak cukup ruang media pencacai yang selama ini Hassan Ali gunakan untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau sebagai seorang pejuang Islam yang terbuang.

Saya rasa kita patut hadir untuk menyaksikan episod `Pelesit mencari Parasit' di dalam `Road Show' ini nanti.  Biarpun itu sebagai masalah peribadi Hassan Ali, tetapi kita sebagai manusia yang bermasyarakat patut simpati dengan beliau.  Masakan kita sanggup melihat beliau bertegang urat leher dan kembang kempis hidungnya bercakap seorang diri di atas pentas itu nanti.  Jika ini berlaku, saya khuatir Hassan Ali akan ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana disangka gila berceramah seorang diri.  Bagi mengelakkan Hassan Ali ditangkap dan dimasukkan ke Hospital Tg Rambutan, marilah kita meraikan beliau beramai-ramai./wfauzdin.blogspot.com


4 ulasan:

  1. dr memang tak lsyak jadi motivator kalu itu gayanya .kita umat islam amat kesian kat dia.Egonya dr hassan...

    BalasPadam
  2. Kita hadir & dengar apa yg hendak disampaikan...baru kita bole menilai sendiri...

    BalasPadam
  3. "Pakar Motibasi" ini dah lama nakkan perhatian dan inilah masa yang paling sesuai untuk dia meluahkan segala rintihan dan piluan hatinya ... sob,sob,sob...

    BalasPadam
  4. Ramai juga yang hadir Roadshow Dr HA ni...dah merata tempat di pegi mendapat sambutan yang menggalakkan...

    BalasPadam