RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 19 Mei 2012

POLITIK - APA YANG WARGA TENTERA PATUT TAHU?

Ramai di kalangan warga tentera tidak mengetahui apakah hak-hak mereka di dalam politik termasuk hak-hak serta peraturan buat mereka sewaktu mengundi. Di sini, KOBAT ingin menjelaskan apa yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, (PMAT) 1972, Bahagian 3 - KEGIATAN POLITIK DAN PILIHANRAYA, agar menjadi panduan kepada semua warga tentera dan juga kepada semua parti-parti politik.

Warga tentera BOLEH hadir sebagai pemerhati di dalam mana-mana perhimpunan parti politik

PMAT 1972, Bahagian 3; (secara rengkas dan mudah difahami):

Bah 3, 1- Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi ahli sebarang parti politik.

          2Tidak boleh menjadi calon pilihanraya.

          3 Tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik, tidak boleh berucap bagi  pihak mana-mana parti politik, menyiar atau menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi mana-mana parti politik.

          4Tidak boleh hadir mana-mana perjumpaan politik dengan berpakaian seragam, kecuali diarahkan untuk melakukan tugas.

          5Tidak boleh menyampaikan apa jua maklumat samada secara sulit atau terbuka melalui sebarang media berkaitan politik atau sebarang isu yang menjadi perbalahan politik yang menyentuh Angkatan Tentera.

          6TIDAK BOLEH;

               a.  Mengambil bahagian di dalam mana-mana kerja politik atau membantu pilihanraya untuk mana-mana parti politik, perjumpaan mana-mana parti politik atau merayu undi

ATAU;

               b.  Mempamirkan mana-mana pelekat politik di dalam kawasan kem atau kenderaan tentera/kerajaan.

Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi perayu undi mana-mana parti politik
       
        7.  Ia BOLEH HADIR di perjumpaan atau perhimpunan politik DENGAN SYARAT bahawa;

               a.  Bukan pada masa bertugas.

               b.  Berpakaian `preman' atau Awam (Tidak rejimental mufti)

               c.  Tidak mengambil apa-apa bahagian di dalam perjumpaan atau perhimpunan itu.

     
          8.   Apabila mengundi, HENDAKLAH BERPAKAIAN `PREMAN' (tidak Rejimental Mufti).

Adakah ini menyalahi Peraturan kerana memakai seragam sewaktu mengundi?  Sila rujuk Peraturan 3, Bil 8.

Semua yang di atas adalah intipati kepada apa yang terkandung di dalam PMAT tersebut yang kami catatkan secara ringkas, bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua warga tentera supaya mereka dapat memahami lebih jelas tentang hak-hak mereka di dalam tentera.

Secara lojiknya, apabila seseorang warga tentera itu DIBENARKAN mengundi, mereka wajar diberi hak untuk mendengar sebarang bentuk penerangan dari mana-mana parti politik agar mereka boleh membuat pilihan.

KOBAT mengalu-alukan sebarang cadangan atau teguran dari pengunjung. Sila lawati FaceBook kami dengan anda `klik' pada logo FaceBook di atas. KOBAT juga bersedia untuk memberikan sesi penerangan atau ceramah kepada mana-mana pihak untuk kami suarakan pandangan kami selaku bekas tentera demi kebaikan bersama. Sebarang jemputan untuk kami, sila hubungi Admin Blog KOBAT di No tel: 013 - 9410309 atau tinggalkan pesanan anda di Inbox Message FaceBook KOBAT.

Ayuh, lakukan perubahan dengan berani./kobatpkr.blogspot

7 ulasan:

  1. KOBAT,

    Kita nak tanya, utk bekas2 tentera ada tak syarat utk mngadakan atau menghadiri upecara "tarian punggung"?

    BalasPadam
  2. 1. mempastikan komunis tidak kembali 'berkuasa' atau 'cuba berkuasa'..

    2. Menghalang 'Dap' atau jirannya 'pap dr mempengaruhi mana2 ahli politiknya mesia..atau cuba merampas kuasa secara terus atau indirect

    3. parti yg berkait sosialis jg perlu dihalang dr mnjadi parti pemerintah utma, trutama yg menyokong idea kmunis.

    4. menghalang dana asing yg berkiblatkan
    a. gerakan kristian
    b. yahudi / amarika
    c. komunis / sosialis

    kobat nk tolong politik ok tp wajib bperang jg perkara di atas yg mnjadi asas keamanan.. no kompromi ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Negara komunis yang ada selain Cina cuma beberapa kerat sahaja lagi. Kalau macam tu Malaysia tak usah ada hubungan perniagaaan dgn cina, mereka komunis dan tiada hubungan diplomatik, boleh? Sekarang ramai pegawai dan tentera biasa yang mengikuti latihan di China. Komunis tu... pergi buat apa? Oleh itu lupakan tentang komunis dan lebih afdal lihat cermin diri masih Islamkah aku? sembahyang wajib dan sunatku bagaimana? keluarga, masyarakat dan negara. Bagaimana kecintaan ku pada Muhammad Rasulallah dan Alhuakhbar. tak payah cerita pasal DAP, lihat UMNO itu sendiri sudah mencukupi... apakah diberikan mata, hati dan akal hanya untuk ikutan sahaja. Bangunlah pada satu tengah malam jam 3/4 pagi, renungi langit dan bumi dan insafilah keagungan Allah yang membina langit tanpa tiang dan 12 kumpulan bintang petunjuk kebesaran nya. cubalah bangun dan renungi satu pagi sahaja dalam hidup, moga moga ketemu Allah yang maha besar.

      Padam
    2. Menteri kebajikan punggung sayfool mangkin popular..akbar2 dunia siarkan brita menteri punggung brkenaan rasuah. reputasi malaysia hancur bukan sal DAP or Dana asing..tapi imej Kabinet Punggung pengamal rasuah tegar!!umno lancau..lol

      Padam
  3. Tanpa Nama 7:45 lu betul tak faham la. Lu betul macam geng senaman punggung. Hancur la Malaysia kalau rakyat nya otak beku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau terang hati dia, lama dah umno kena tinggal.

      Padam
    2. tiada istilah otak utk berfikir buat umno, yg ada hanya punggung..punggung!!
      Kalau dulu umno guna punggung utk fitnah org, ALLAH swt terbalikkan punggung sebagai bahan hinaan cercaan utk umno!!
      Tak payah crita bab "komunis"..selesai masalah rakyat dulu..aman malaysia..umno lancau lah!!!

      Padam