BICARA soal Bola Sepak pula. Malam ini (19 Mei), penentuan juara Piala FA, di antara negeri Tuan Guru Nik Aziz iaitu Kelantan akan menentang Sime Darby. Seperti biasa, FAM ambil kesempatan penuhkan kantung dengan harga tiket RM40 bagi setiap tempat duduk. Maklumlah liga di negara ini berkualiti, mestilah tiket mahal samada anda duduk di bahagian atas, tengah atau bawah termasuk juga di belakang tiang gol Stadium Nasional Bukit Jalil.
Di dalam kemarahan para penyokong setia Red Warrior kerana bos mereka Anuar Musa dilakukan dengan berbagai cara, aku pasti para penyokong Kelantan akan hadir memenuhi stadium. Apa yang pasti, stadium akan penuh malam ini tidak seperti perhimpunan para-para lembu kondo baru-baru ini.
Semestinya aku menyokong Kelantan kerana itu negeri Tuan Guru. Kalah atau menang tidak menjadi masalah kerana aku rasa cukup berpuashati sekiranya Pengadil pada malam ini tidak masuk stadium dengan memakai jersey Kelantan atau jersey Sime Darby. Pengerusi SPR pakai jersey apa di dalam PRU akan datang?
Ada rakan aku kata malam ini dia tak mahu pakai baju merah/jersey Kelantan mahu pun jersey warna yang digunakan oleh Sime Darby. Dia mahu pakai jersey KUNING BERSIH, katanya kerana dia berkecuali. Aku rasa bagus juga jika semua yang datang malam ini pakai BAJU BERSIH. Pertamanya, mereka boleh teruskan protes sistem pilihanraya di dalam stadium dan yang keduanya pakai baju BERSIH juga sebagai tanda protes tindakan yang dilakukan oleh FAM kepada Anuar Musa. Ertinya, BERSIHkan FAM dari kekotoran termasuk budaya mencekik duit rakyat dengan harga tiket yang melampau.
Siapa sokong BERSIH, sila pakai baju KUNING. Siapa menyokong Anuar Musa dan protes terhadap FAM, elok juga pakai baju KUNING. Mungkin juga malam ini berkibaran bendera bulan seperti tahun-tahun yang sudah. Apa pun, selamat bertarung. /wfauzdin.blogspot.com
Gambar lucah nampak lobang dan pisang tarak ka bro.. gua pening la dgn lu..
BalasPadamgua nak komen pun jadi tak berselera la tgk lu abang sayang..
BalasPadamwoo bawak bendera tok guru sekali..bendera pas jgn lupa sahabat... kasi kibar kuat2 kat dlm stadium..
BalasPadamha.. lepas tu terbalik lagi kereta kalu kalah..kah kah kah
kalau berani lagi bawak bendera dap skalii..