RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 5 Ogos 2012

RAIS YATIM `COVER" LINE

Oleh:  WFAUZDIN NS

RAIS anak Yatim tetap bertegas untuk menggunakan thema "Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.  Keputusan Rais itu amat melegakan kita kerana kita memang menantikan untuk mengadakan sambutan berasingan dari Kerajaan Pusat.  Ini merupakan satu sejarah buat negara kita di mana kali pertama terjadi sambutan ulangtahun Kemerdekaan diadakan berasingan pada tarikh yang sama akibat rata-rata rakyat menolak thema "Janji Ditepati" yang melucukan itu.

Dari awal kita tahu Rais tidak akan mengaku silapnya walaupun beliau sedar apa yang beliau lakukan itu menjadi bahan ketawa seluruh dunia.  Kalau dia mengaku silap, terserlah pula kebodohannya dan markah untuk dipilih semula sebagai calon di dalam PRU akan datang mungkin kurang.  

Kenyataan Rais bahawa Pembangkang merasa cemburu dengan kejayaan Kerajaan sekarang juga amat menggelikan hati.  Adakah kita cemburu dengan kejayaan kerajaan menaikkan harga barang?  Cemburukah kita dengan kehebatan keluarga Kak Ijat, Ketua Wanita Umno yang berjaya memperolehi RM 250 Juta untuk menternak lembu kondo?  Masakan kita merasa cemburu dengan kehebatan bekas Presiden MCA, Ling Liong Sik yang berjaya menipu kabinet dan PM di dalam isu PKFZ?  Kita tidak sedikit pun merasa cemburu dengan penurunan saham FGVH semenjak seminggu yang lalu.  Jauh sekali kita mahu cemburu dengan wujudnya syarikat minyak PETRON kepunyaan anak Mahdey Kutty yang mendapat keistimewaan berdagang dengan MAS selama 6 bulan itu.

Apa yang mahu kita cemburukan dengan pemerintahan paling lemah di bawahn Najib?   Kalau kerajaan tidak lemah, masakan Najib sanggup menabur wang tunai merata-rata tempat untuk menarik sokongan rakyat?  Bayangkan tidak ada dalam sejarah negara kita sampai peringkat tayar kereta pun diagihkan.  Tidak hairanlah jika rakyat menggelar Najib sekarang sebagai PM "Santa Clause".

PM paling mudah buat kerja adalah Najib.  Beliau tidak perlu berfikir untuk membangunkan negara dengan idea-idea yang baik, beliau cuma korek kantung negara dan serah kepada rakyat sedikit seorang setelah sebahagian besarnya diserahkan kepada kroni-kroninya terlebih dahulu.  Apa yang rakyat dapat jangan dibandingkan dengan nilai seulas permata cincin yang ada di jari Bik Mama.  Jauh bezanya.

Jika ini lah kualiti PM dan kerajaan yang ada, tidak munasabah Pembangkang mahu cemburu.  Terlalu jauh bezanya dari yang kita lakukan di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan.  Jadi kenyataan Rais yang mendakwa kita cemburu dengan kejayaan kerajaan sekarang hanyalah satu kenyataan penyedap hati beliau untuk melindungi kebodohannya di dalam isu thema sambutan Hari Kemerdekaan.

MP Jelebu yang gagal menunaikan janji untuk memberi kemudahan pengangkutan awam dan jalanraya yang baik di kawasannya sendiri memilih thema "Janji Ditepati" menampakkan beliau ingin memperbodohkan rakyat.  Samada rakyat Jelebu bersedia untuk diperbodohkan oleh Rais kita tidak tahu tetapi rakyat yang celik hati dan celik maklumat dapat menilai pembohongan Rais. /wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. menteri paling bodoh ,setelah buat kerja bodoh berlagak pandai sampai ular pun kalu boleh bercakap akan kalah dengan berbelit-belitnya lidah menteri bodoh tapi bongkak & riak ini ! inilah akibat mengutuk parti islam & pembangkang kerana dasar kebenaran & ketelusan sampai diri sendiri jadi macam lembu ! tah lembu kondo pun lagi cerdik dari mangkuk ni ! ABU jangan lupa penyelamat negara & rakyat !

    BalasPadam
  2. agaknyer PHD die palsu kut.....yg betulnyer Perasaan Hasad Dengki ade laaaaa.....hihihihihihi

    BalasPadam
  3. pe pun kami xnak thema 'janji ditepati' pasal kdengaran cam kimak je... tukar! tukar! sblum kami mngamuk kat ketas undi nnti...

    BalasPadam
  4. Anakyatim yg suka entot2 benda hanyir ni masih merasa dirinya wira 80an barangkali,woi sedarlah kita d 2012,jgn mimpi yg rakyat senang d perbodohkan,ko silakje 2nd bik mama nampak apa......beruban siputkringkan...masuk muzium je habis cerita....kah3....

    BalasPadam
  5. 1. santa claus pun keluaq setahun sekali, kalau kena hamboq selalu sana sini, lari malam la dia. 2. wisdom comes with age, sometimes age comes alone.......ini untuk umno/bn

    BalasPadam
  6. halal...lg..

    yg haram bila jilat babi dan anjing.dap..

    jilat2...


    ps..
    tahniah najib...pakai ayat je..geng anwar dah menggulupur.....janji lg brather janji..pakai ayak liur ja...

    Rabbani pun dah nyanyi lagu ''janji'' ''usah berjanjji...''

    BalasPadam
  7. -Janji Bukan Umno-

    BalasPadam
  8. Janji ditepati. Dulu Pak Lah cakap, harga petrol terpaksa utk subsidi tersebut dpt menaikkan perkhidmatan awam, sekarang bas henti2 bukannya dinaik taraf tp terus tiada langsung basnya. ABU je lah janji kita

    BalasPadam