RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 6 September 2012

AKIBAT MEMILIKI PEMIMPIN YANG PENAKUT DAN BACUL

Oleh:  WFAUZDIN NS

POLITIK di negara ini semakin kotor akibat ada pemimpin yang takut kehilangan kuasa.  Hilangnya kuasa, maka hilanglah pengaruh dan kekayaan.  Pemimpin bacul seperti ini telah melihat sendiri apa yang telah terjadi ke atas Hosni Mubarak, Thaksin, Gaddafi dan beberapa pemimpin dunia yang dihina serta diburu sehingga ke lubang cacing apabila kehilangan kuasa.

Sehubungan itu, mereka amat takut kehilangan kuasa di negara ini.  Alang-alang menjadi kerajaan yang zalim, lebih baik tunjukkan kezaliman itu secara nyata.  Alang-alang menjadi Syaitan yang ghaib, lebih baik menjelmakan diri agar lebih dikenali.  Mungkin inilah pemimpin yang dimaksudkan oleh mamak kutty Syaitan yang dikenali.

Pakatan Rakyat setakat ini boleh diberi pujian kerana masih bertahan dan bersabar dengan gelagat mereka yang bacul dan dayus ini.  Seandainya pergaduhan memerlukan permit seperti untuk mengadakan ceramah, kita merasakan belum sampai waktunya kita memohon permit itu.  Ini adalah kerana kita berpolitik bukan untuk berpecah-belah sesama kita khususnya umat-umat Islam.  Kita boleh tabik dengan masyarakat Cina di negara ini, mereka juga berpolitik dan tidak semua mereka sependapat di dalam perjuangan politik mereka.  Tetapi, pernahkah kita menyaksikan apabila MCA atau Gerakan mengadakan ceramah, mereka diganggu oleh 'Perkasa' DAP?  Begitulah juga sebaliknya.  Mereka lebih ke hadapan dan matang di dalam berpolitik.

Serendah-rendah moral Chua Soi Lek pun, beliau menjadi jaguh kaum Cina di dalam MCA kerana berani berdebat dan berdepan dengan Lim Guan Eng dari DAP.  Begitu juga selembut-lembut Koh Tsu Koon pemimpin dari Gerakan pun beliau ada keberanian dan jati diri untuk berdebat dan berdepan secara anak jantan dengan pemimpin DAP.  Itulah politik yang sihat.

Berbeza dengan pemimpin 'Keris Telanjang tanpa sarung'.  Mengajak Najib berdebat sehingga merayu-rayu rakyat untuk melihat anak Tokoh Negara, Almarhum Tun Razak ini samada benar-benar pahlawan Pahang atau tidak, sehingga kini Najib masih belum membuktikan bahawa beliau adalah Wira atau Pendekar Umno.  Seburuk-buruk atau serendah-rendah moral seperti yang mereka dakwa ke atas DS Anwar, setidak-tidaknya Ketua Pembangkang ini telah membuktikan bahawa beliau adalah anak jantan.  Bukan setakat Najib, DS Anwar telah beberapa kali mencabar mamak kutty untuk berdebat tanpa menghiraukan tokoh yang pernah memimpin negara itu jauh lebih hebat dari Najib.  

Oleh kerana tiada keberanian, mereka tiada cara lain lagi untuk mempertahankan kuasa melainkan dengan menggunakan cara yang paling jijik dan kotor.  Mencipta suasana tegang bagi mereka mungkin boleh menyelamatkan maruah parti mereka yang semakin hampir ke liang kubur itu.  Mengapa mereka begitu berani?  Ya, kerana mereka ada kuasa dan dengan kuasa itulah mereka boleh membeli sesiapa sahaja yang tidak mempunyai maruah samada rakyat biasa atau jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai.

Apakah cara mereka itu akan berjaya?  Jawapannya, lihat sahaja di Mesir betapa hebatnya malah berkali ganda hebatnya Hosni Mubarak sewaktu memimpin Mesir.  Tetapi, apa sudah jadi dengan pemimpin diktator ini?  Siapa jangka Hosni Mubarak sekarang boleh terlantar dan kelu di atas katil?  Itu semua kerana kuasa Allah.  Sang diktator mempunyai kuasa dan jentera, kita rakyat biasa hanya mempunyai semangat dan kekuatan rohani yang sentiasa bergantung kepada Allah yang Maha Besar.  Percayalah, kezaliman dan kebathilan akan hancur akhirnya./wfauzdin.blogspot.com

19 ulasan:

  1. berani kerana benar ,ikhlas & jujur ! hanya munafik,pencinta mungkar sahaja takut, anti hudud & Islam ,ABU jangan lupa!

    BalasPadam
  2. yg diktator iialah mahathir...jgn nak konar2

    Pm yg berani... now la..mana ada pembangkang dpt muka mcm hari nii...


    dia jenis slow..tarak gopoh pung

    contrast habis dgn anwar tu..tp prk/prn sikit2 dia makan...mana lu ada perasan...

    tahap kental vs tahap auta..
    (xkan lah xperasan lg..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahap kental ke?????w/p tak dak 'telok'???????roti canai tak bertelok ni makan lagi banyak beb!!!!

      Padam
    2. apa yang kau melalut ni gampang?!! dah tak boleh berhujah ke? wakaka.. Oleh kerana tiada keberanian untuk berhujah rasional, tiada cara lain lagi untuk mempertahankan sokongan melainkan dengan menggunakan cara yang paling jijik dan kotor iaitu spin dan terus spin bodoh macam kau!

      Padam
  3. mesir bukan demokrasi pungg

    epel to epal compare
    epal to orange pun bukan

    epal dgn durian .. qt right..be fair

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang epal to epal lah mangkok.

      Sosial dan latar belakang agama dan budaya mesir hampir sama dengan kita. Nak compare dengan eropah memang lah jauh.. apa bodoh kau ni!!

      Padam
    2. ye ke..ko mmg bijaksana sungguh bijaksana..tepat sekali..madey kata depa bukan demokrasi..hang terasa lebih pandai dr madey ka? nasib ko la labu..

      Padam
  4. manusia yg takut bini mana ada keberanian.. byk contoh yg boleh dilihat..depan rakyat cakap berdegang2....dgn bini....kecut teloq

    BalasPadam
  5. 9.28

    ye ke..ko mmg bijaksana sungguh bijaksana..tepat sekali..madey kata depa bukan demokrasi..hang terasa lebih pandai dr madey ka? nasib ko la labu

    BalasPadam
  6. 9.26..

    jumlah prk/prn yg bn menang dan pr kalah ..dah cukup bgtau..biar lah..

    dah la bn menang 2/3 disarawak

    dap=12
    pkr=2
    pas=0. ....la pulak

    lg mau eksyen..

    boss korang anwar longkang kenak tipu dgn dap last minute hang xtau ka..

    patut2:
    dap=11
    pkr=3
    pas=0

    org melayu kata bangsat tu pkr/pas ...tak percaya la plak...aduhh..

    bangsat tahap keldai...bukan korang la..org lain k..

    BalasPadam
  7. 9.38....

    yeke...bini ko keja apa..

    ke belum kawin pun...

    zaman skrg hampir semua wife ada career..semua educated..

    pak hang yg tak pernah meliwat tu..nak 'project' bini najib tu 'takut' xmenjadi la... sian..

    kim salam ngan dia ye...habak kat Pak hang yg xpernah balun amoi tu: ''cuba lg....'' pencacai2 semua fail to 'force' dia jadi 'takut'...

    otak anwar kalu nak 'tau' kena pergi AIDCS selalu..otak meng'auta' 'manyak kuat'.. kadang2 kantol.. pencacai jugak susah hati..

    bg yg xnampak masa dia kuar 'turki'

    '''..minggu ni kita nak umum byk ahli bn nak melompat..'''
    rakyat: ''fulamak anwar kagumla''

    bg yg nampak: kah kah kah ....cover baik punyaa!..

    xda pun org nak lompat masa tu..'kemaluan' dia da 'ternampak'.!!

    tp bg yg nampak(higher sense) la..k




    BalasPadam
  8. Masalahnya rakyat lihat Anwar lebih berani dari Najib....tu masalahnya. Tak kisah la nk tuduh anwar apa2 pun, masalah yg kita takleh nk fikir nape Najib takut sgt dgn Anwar ye? Kata Najib byk fail Anwar ade kat dia....patutnya Anwar la yg takut, tapi terbalik plak....Najib plak yg takut....Tu pasal imej Anwar meningkat tiap kali dia dituduh mcm2....Nk jatuhkan Anwar mudah je...tak pyh nk baling2 kasut dlm masjid...satu cara je iaitu Najib kena lebih berani dari Anwar...tu je

    BalasPadam
  9. itulah rupa dia dari dulu pung...dlm umno pung..

    kalau 'dap' punya sentemen terburuk melayu dan islam pun dia boleh jual jiwa raga agama bangsa..

    itulah bayangan bgmana dia 'jual' harga sebuah negara...pada musuh agama bangsa musuh Allah..level2 antarabangsa...itulah rupa dia dr dulu pung...

    mana org pcaya..mana rakyat percaya..Allah izinkan sejauh ini utk timbulkan apa yg selama ini tenggelam..

    moga2 jiwa2 itu mendapat hidayah...insyAllah...

    dari aku ikhlas bekas penbeli harakah yg xmalu dikedai mamak krn masatu xda keldaiyan lg...mamak akan ambik dari bawah hulur kat aku..punyala sakit hati aku pd mahazalim masatu...apa2 yg ada kat mahazalim aku print print print print...

    BalasPadam
  10. Umno...

    buat fitnah berani ler.

    BalasPadam
  11. anwar tak nak sumpah berani le

    .

    BalasPadam
  12. Bawak ler kat mahkamah, tak main ler sumpah2.

    Ada berani?

    BalasPadam
  13. da bawak ape...akhirnya anwar kuar statement dr kandang

    xperlu sumpah xperlu soal balas....

    dua kali pengecut tu..dua kali teluq xda tu.. telur kiri telur kanan semua ilang tu

    pencacai kata apa? : bijak2...
    mana ada : penakut punya anwar!! nyesal aku..ingat ready nak jwb berdebat..podah...melewat pandai ...jwb xnak...

    haiya makan nasi kangkang lg...

    BalasPadam
  14. PIEM memang berani, memang dia berani tapi depan TV jer laa! Yang lain semua takut ie tak berani. Dengan DSAI kalau takut pun menasabah, tapi yang aku gelak sakan, dengan BIK MAMA pun dia takut! Telur takder!!!! KAHKAHKAHKAH!

    BalasPadam