RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 14 September 2012

Saranan Melayu tinggal Umno sokong PAS tepat

Oleh:  Amysan Bt Mohamed Amysan


Umum mengetahui kebobrokan UMNO-BN dan tindakan jahat yang mereka lakukan ke atas kepentingan orang Melayu, Agama Islam, malah institusi DIRaja. Namun, UMNO sebenarnya lebih teruk daripada itu, mereka sedang menjerumuskan Negara ke lembah kebinasaan. Saranan Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, supaya orang-orang Melayu meninggalkan UMNO dan mengukuhkan PAS merupakan saranan yang tepat dan perlu diambil pengajaran segera.
 

Ironinya, UMNO sememangnya telah ditolak oleh kebanyakan rakyat yang sedar dan bermaklumat. Tidakkah kita tertanya, mengapa golongan cerdik pandai, dan mereka yang duduk di kawasan Bandar, dan kawasan-kawasan yang membangun, kebanyakannya memilih Pakatan Rakyat? 11 daripada 14 ibu kota negeri-negeri yang ada di Malaysia, dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-12. Keputusan ini sebenarnya mengundang pelbagai tafsiran. Hujah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi pengundi di Ibu Kota di atas, ialah kerana mereka memiliki akses dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat.

Pengundi di kawasan Bandar dan kawasan-kawasan yang pesat membangun mempunyai alternative yang luas terhadap maklumat. Mereka tidak mudah diperbodohkan oleh media berat sebelah oleh pembangkang mahupun kerajaan. Dalam era teknologi maklumat yang pesat membangun, rakyat terdedah kepada maklumat yang benar dan banyak.
 

Sebut mengenai kuasa Sultan, tulisan Jawi, ekuiti ekonomi orang Melayu, penjagaan terhadap tanah rezab orang Melayu, dan yang terbaru isu perlaksanaan undang-undang syariat Islam, tiada dalang utama selain UMNO dan Barisan Nasional. Maka jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional ibarat pagar, pagar makan padi.

Tidak kurang dari kalangan mereka yang masih di takuk lama, enggan berubah kerana kemajuan Malaysia kononnya terletak di tangan UMNO-BN. Sekali lagi, ramai yang lupa, dan sengaja membutakan mata kerana angka prestasi ekonomi Negara tidak seindah khabar yang diberikan oleh UMNO-BN.
 
 
Malaysia mencatatkan deficit dalam belanjawan Negara untuk kali ke 12 berturut-turut. Jabatan Audit Negara juga melaporkan bahawa hasil kutipan balak mahupun pasir di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bertambah dan menunjukkan angka yang jauh lebih baik berbanding ketika di bawah pengurusan UMNO-BN.

Jika dahulu, mungkin tidak ramai yang tahu fungsi Jabatan Audit Negara, maka tidak ramai yang memberikan tumpuan terhadapnya. Kini, Jabatan Audit Negara menjadi antara senjata utama yan digunakan untuk menghukum pihak yang menyalahgunakan kuasa dan kepentingan. Maka Kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi, kerana Jabatan Audit Negara mendedahkan bahawa pendapatan Negara meningkat, serentak dengan itu, hutang Negara juga mencatatkan peningkatan.
 
 
Persoalannya, mengapa pendapatan Negara meningkat, hutang Negara juga meningkat? Paling pelik, rakyat “dipaksa” untuk membantu mengurangkan hutang dengan perintah “jimat” dan kenaikan harga barang. Pada masa yang sama, Menteri-menteri dan isteri-isteri juga keluarga, dilaporkan terus berada dalam keadaan bermewah-mewah. Apakah pemimpin UMNO-BN menyangka bangkai gajah dapat ditutup dengan sehelai daun?

Mungkin UMNO-BN sudah lupa mengenai bagaimanakah yang dikatakan dengan urustadbir negara yang berkesan. Mereka kini lebih kerap menggunakan media untuk mengaburi mata rakyat, namun mereka lupa bahawa rakyat mempunyai “telinga” dan “mata” yang tersendiri untuk melihat dan mendengar apakah sebenarnya yang telah, sedang dan apa pula yang sepatutnya terjadi.
 

Urustadbir kerajaan di bawah kepimpinan Melayu UMNO-BN sangat lemah kerana mereka tidak pernah belajar dari kesilapan. Bukankah cendekiawan pernah mengingatkan, kita tidak boleh mengharapkan hasil yang berbeza untuk usaha yang sama? Begitulah UMNO-BN, masih dengan taktik lapuk dan kunonya, kononnya cuba membutakan dan memekakkan rakyat.

Rakyat tidak mudah tertipu dengan sogokan RM500, sedangkan mereka sedar bahwa mereka sedang menanggung ribuan hutang yang disebabkan oleh kegagalan urustadbir Negara. Rakyat tidak mudah dikaburkan dengan keenakan slogan Transformasi, ketika kezaliman jentera penguatkuasa kerajaan begitu jelas terasa dan kelihatan.

Bagaimanakah rakyat ingin berasa selesa berada di sebuah Negara yang sama sekali tidak mendaulatkan undang-undang, apabila undang-undang hanya berkesan terhadap rakyat dan dolongan bawahan, tetapi tidak lut kepada pimpinan atasan. Rakyat masih menunggu jawapan daripada pembanteras jenayah rasuah Negara terhadap isu National FeedLot yang menelan RM250juta duit mereka. Dimanakah nilai kedaulatan undang-undang di sisi pemimpin UMNO-BN?

Baru-baru ini, ratusan ribu rakyat berhimpun ketika malam sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55. Setelah 3 kali himpunan besar Bersih diadakan, merea berhimpun lagi, kali ini menagih janji Kerajaan ditepati. Rakyat menuntut agar janji menegakkan kembali demokrasi di Malaysia. Di manakah telinga pemimpin UMNO-BN yang sepatutnya menjadi tempat luahan hati rakyat? Apakah ratusan ribu yang berhimpun itu bukan rakyat Malaysia, atau telinga UMNO-BN hanya untuk Melayu, atau mungkin UMNO-BN telah dipekakkan oleh laungan transformasi yang mereka bangga-banggakan?

Apakah mereka lupa, pemimpin yang baik ialah pendengar yang baik? (A Good leader is a good listener). Berkali-kali ditekankan, pemimpin yang mendengar luahan rakyat dan mereka yang dipimpin di bawah mereka, bukanlah pemimpin yang lemah atau pemimpin yang tidak mempunyai kuasa pengaruh ke atas rakyatnya. Bahkan, kesediaan dan kesudian pemimpin mendengar luahan hati rakyat menunjukkan kewibawaan dan keberanian pemimpin tersebut untuk memberikan khidmat yang terbaik. Responsif juga merupakan cirri-ciri urustadbir yang berkesan.

Apalagi dalam ruang lingkup sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan rakyat tidak kira dari lapisan mana sekalipun. Mendengar tidak semestinya patuh. Demikian contoh yang diberikan oleh Allah Ta’ala dalam kisah Ratu Balqis yang bermesyuarat dengan para pemimpin negaranya, membuka ruang komentar, sekalipun Ratu Balqis sebenarnya telahpun mempunyai pandangan yang jauh lebih baik dan tepat.

JIka UMNO-BN sudah tidak mempunyai ingatan yang baik, eloklah saya ingatkan, bahawa tadbir urus yang baik mempunyai 8 ciri-ciri utama. Ia adalah penyertaan, berorientasikan konsensus, bertanggungjawab, telus, responsif, berkesan dan cekap, saksama dan inklusif serta mematuhi kedaulatan undang-undang. Ia menjamin bahawa rasuah diminimakan, pandangan kaum minoriti diambil kira dan bahawa suara-suara yang paling lemah dalam masyarakat didengar dalam membuat keputusan. Ia juga responsif kepada keperluan masa kini dan masa depan masyarakat.

Melihat kepada cirri-ciri urus tadbir yang baik, tiada satu pun yang boleh dicontohi daripada kepimpinan UMNO-BN. Semuanya adalah slogan-slogan sumbang, yang rupanya tidak seindah apa yang dikhabarkan.

Justeru, pandangan yang dilontarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, terhadap orang Melayu wajar disambut dengan baik oleh kesemua rakyat Malaysia. Orang Melayu menjadi sasaran utama terhadap seruan perubahan ketika ini, namun malang sekali, UMNO masih bebas melakukan kerosakan kerana “keris melayu” masih memberikan sokongan.

12 ulasan:

  1. ANWAR TAU NAJIB PERLI DIA


    '' JANJI DITEPATI ''

    SEKARANG JUAL UBAT ADA MANYAK SUSAH SKET LA KAWAN...CILAKA PUNYA NAJIB


    JANJI NAJIB ...JANJI DITEPATI....

    JANJI ANWAR ...JANJI DICAPATI...



    JT VS JC



    kikiki
    .

    BalasPadam
  2. perkembangan semasa...

    nasa diluar negera ''persidangan kepentingan islam sedunia..''

    Yusof Qardawi dah berpesan
    kalau tak percaya...buleh mintak anwar taliponkan.....err

    We fokus on the budget 's birthday tak lagi .... 2 hari je lagi..jeng jeng jeng..

    SELAMAT MENYAMBUT HARI DICAPATIKAN..16september...

    HARI CAPATI SEDUNIA....œooOO


    errrr we focus on the budgetttt..
    muaaaahhaaaahaa..

    ..

    BalasPadam
  3. SURAT PADA CINA INDIA...


    Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR).

    Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).

    Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.

    Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.

    Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. –laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House

    Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).

    Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).

    Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.

    Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.

    umno yg terlebih baik pada mca,mic..akibatnya cina dap dan india agak lupa daratan...

    TAPI JANJI MERDEKA BERSAMA..
    TETAP MERDEKA BERSAMA..

    ....JANJI DITEPATI.. 55Tahun....

    ...


    BalasPadam
  4. Semester baru di IPTA-IPTA dah bermula, Baucer RM 200 untuk beli buku untuk semester ni mana? Kad diskaun tak aci, itu pakai duit poket pelajar sendiri... lagipun diskaun memang diberikan oleh kedai-kedai terbabit.

    KAMI NAK BAUCER BUKU KAMI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mai la undi anwar ...bukan saja yuran free segala bapak buku dpt free..

      iphone s3...free..''

      preparaid 10thn pree sampai kiamat.. . boleh renew punya...


      yg penting korang kena percaya anwar langsung.. satu lubang punggung pun di tak pernah tengok...

      eskey bukan kawan dia..nama pun tak pernah dengar..'

      nala pulak rasa2 macam nama brand kayu hoki ka apa... sapa la nala tu...haram jadah betui...

      Padam
  5. Sejak bila pulak agenda Melayu masuk dalam perjuangan PAS...assobiah tuuu....Nick Aziz sendiri pun malu jadi Melayu !

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha betui dan pandai u speaking...

      bila plak tukar nama suku kaum ni..

      Parti Assobiyah Seossobiah ni...

      loghat la..

      Padam
  6. Nak pilihanraya haritu kan main lagi pas buat semayang hajat supaya umno dihancurkan, la nie nak laksana hukum allah, nak minta tolong umno la pulak, tak ke berpura-pura namanya tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau umno tak laksana hudud, habis dikafirkannya, bila anwar (pkr) tak setuju, tak pulak kena kafir ye...apa cite geng2 islam dlm dap dan pkr, dorg bukannya setuju tu, pas buat bodoh jer...

      Padam
  7. Akibat salah hukum, mahsuri sumpah 7keturunan, nnti kelantan pun kena sumpah agaknya...

    BalasPadam
  8. Dlm buku jingga fuckatan xde pulak pas masukkan nak buat hudud, la nie nak salahkan umno pulak yg xsokong...

    BalasPadam
  9. Skrg dah bagi sokongan utk bentang di dewan rakyat,pas posponed la pulak, boleh pulak ye, kalau umno ckp cenggitu, habis di sumpah seranah, dah lama dah perintah kelantan, tak sedia lagi ke...apa kerja yg dorg buat selama ni, tiap tahun jaja asyik salahkan umno, sendiri pun xboleh buat... itulah politik pas...

    BalasPadam