RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 29 November 2012

BERLAKU 13 MEI, TIDAK PAYAH BAYAR HUTANG LEMBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA berkatalah betina bernama Kak Ijat, seorang tokey lembu bahawasanya sekiranya PR memerintah maka negara ini akan huru-hara seperti 13 Mei dahulu kala.  Ertinya, di Selangor, Kedah, Kelantan dan P.Pinang sekarang telah lama berlaku huru-hara dan banyak darah orang-orang Melayu, Cina dan India tumpah ke bumi semenjak 2008.

Begitulah andaian tokey lembu yang bercakap di dalam kandang lembu untuk memberi peringatan kepada seluruh isi kandang.  Apakah beliau sememangnya ingin sangat berlaku peristiwa seperti 13 Mei?  Pada kepala otaknya yang berjambul itu, jika berlaku 13 Mei nanti maka negara akan huru-hara dan bila negara huru-hara sudah pastilah 'hutang beli lembu' RM250 juta tak perlu dibayar.  Kirim salam bebanyak.....

Peliknya, masih ada lagi yang masih percaya kepada kata-kata betina yang tidak tahu anaknya bekerja apa itu?  Kalau dah dia dengan anaknya pun dia tak ambil tahu, korang semua nak ikut cakap dia lagi?  Paling melucukan, sekumpulan lembu betina memujuk merayu agar bos mereka itu diberi peluang sekali lagi.  Peluang untuk bela lembu lagikah?  Budaya ampu dan bodek tidak boleh dipisahkan.....maka jadilah mereka kartun 'transformer' yang berubah-ubah bentuk mengikut apa jua pemimpin arahkan.

6 ulasan:

  1. Taktik cuba menakutkan rakyat ini adalah cubaan terakhir yg mampu dilakukan oleh pemimpin umno dan para juak2nya.

    Perbezaan 1969 adalah, DAP masa tu berjuang bersendirian, ibarat org bujang belum kahwin, maka pertimbangannya adalah seperti org bujang, begitu juga keadannya dng PAS.

    Kini keadaan sangat berbeza, DAP sudah masuk kealam berumah tangga bersama PAS dan PKR, masing2 sudah ada tanggungjawab, maka fikiran dan pertimbangan pun juga berbeza.

    Masing2 akan lebih memikirkan anak2 jika mahu melakukan sesuatu, oleh itu adalah tidak munkin berlaku lagi peritiwa seperti 13 mei itu.

    Jika umno cuba memporakperandakan negara oleh kerana kemenangan tipis PR, mereka sengaja menempuh bala, pertama rakyat akan bangkit menentang mereka, kedua mereka akan berhadapan dng Polis dan Tentera.

    Saya sangat percaya mereka tidak mampu melakukannya, walaupun mereka teringin melakukan demi mengelak dari di bawa keMahkamah di atas pelbagai kesalahan,

    Insyaallah mereka semua akan dihukum nanti diatas kesalahan mereka.........Allahhuakbar !!!!

    BalasPadam
  2. kesiannnn......
    Apa yang kesian?
    Kesiaaannnn!!!!

    BalasPadam
  3. perwakilan wanita dh jadi lembu ternak...huhuhu kesian2...biar perwakilan/penyokong saja diperbodohkan... jgn nk perbodohkan rakyat...

    BalasPadam
  4. depa percaya sebab nak dapat projek TErnak lembu juga.. takkan nak sokong mengkhinzir buta.. mestilah ada udang disebalik batu

    BalasPadam
  5. bawak lah hutang tu sampai MATI!!!!!

    BalasPadam
  6. Ahli UMNO ni baik jantan atau betinanya memang dilahirkan bodoh sejak lahir ke bodoh masa daftar jadi ahli UMNO baru tajaan Madey? UMNO dulu rasanya tak lah teruk sangat! Agaknya sebab banyak makan duit rasuah yang diagihkan oleh bos dan ketua bahagian kot? Walau apapun kak ijat ni cakap belawok! RM250 juta yang kamu sekeluarga faraidkan tu kami tak halalkan dunia dan akhirat! Makan dan belanjalah sesuka hati..... See you in hell! I know what your hubby did last summer!!!!

    BalasPadam