RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 15 Januari 2013

HASSAN JATI TIDAK PERLU CABAR ANWAR TETAPI CABAR TUAN GURU HJ HADI

Siapa benarkan Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam?
Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, menyalak sekali lagi Hassan Jati tentang isu Kalimah Allah.  Rakyat sudah tidak fikir isu tersebut kerana rakyat tahu siapa sebenarnya yang berhak dan berkuasa di atas isu ini.  Surat di atas sudah cukup membayangkan sikap sebenar Umno di dalam isu ini dan Hassan Jati sudah buta hati kerana tidak sedar selama ini siapa yang memerintah dan mempunyai kuasa eksekutif di negara ini.

Pemahamannya cukup mudah, tetapi Hassan Jati sudah kering isu maka dikutip isu yang rakyat sendiri sudah mula memahaminya.  Hassan Jati mencabar DS Anwar dan DAP menerima keputusan Majlis Syura PAS tentang isu Kalimah Allah.  Cabaran bodoh yang menunjukkan Hassan Jati juga tidak faham isu ini.  DS Anwar, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hj Hadi (Presiden PAS) sudah sepakat di dalam isu tersebut.  Adakah Tuan Guru Hj Hadi melanggar keputusan Majlis Syura?  Jika begitu, Tuan Guru Hj Hadi patut dikenakan tindakan tatatertib.  Tetapi mengapa tidak?  Ini adalah kerana Tuan Guru Hj Hadi tidak melanggar keputusan Majlis Syura apabila beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan tentang isu tersebut.

Cuma, Hassan Jati yang buat tidak tahu atau sememangnya dia tidak tahu.  Sebelum dia cabar DS Anwar terima keputusan Majlis Syura PAS itu, kita juga cabar Hassan Jati mencabar Tuan Guru Hj Hadi untuk berdebat berkaitan isu ini jika Hassan Jati bukan seorang yang jahil.  Mengapa Hassan Jati buat-buat tidak tahu surat di atas?  Jawapannya mudah, ianya adalah kerana jiwanya telah dibeli oleh sekutu APCO.  Itu saja.

6 ulasan:

  1. memang mangkok ni wajar di gelar hasan pukey !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam tidak mengajar kita mengelar seburuk itu, jgn ikut perasaan yg dengki. Hasat dengki hanyalah amalan syaitan laknat.

      Padam
    2. Setakat gelar tu,zaman bebudak pun deme duk bergelar...yang duk buat filem 3TX/cerita lucah tu! zaman puak deme rambut beruban,dah putih...boleh bersumpah kat masjid lak tu! Deme nak cakap pasal ajaran Islam? Piiiiii lah puak deme!

      Padam
  2. Sdraku dan skotku;

    Dalam isu Kalimah ALLAH, isu tindakan ke atas TGNA, Awang Hadi atau Mat Sabu bukanlah perkara yg diperkatakan. Ini soal akidah dan tauhid seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

    Tindakan sekadar hukuman dunia, yg paling penting adalah tanggungjawab sebagai `Ulama Pewaris Nabi' dan pemimpin kepada umat Islam. Apakah sdra mengutamakan hukuman dunia yg bersifat sementara dan ringan atau hukuman yg tetap, pasti dan dasyat dari ALLAH akibat bebanan dosa yg perlu dipikul akibat menjadikan sebahagian orang Islam keliru dan sesat.

    Tidak perlu cabar mencabar keran ALLAH telah berfirman dan memberikan petunjuk melalui Surah Al-Nisa',

    "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan al-Rasul (sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya."

    Cumanya setakat kenyataan akhbar tidak memadai kerana ramai lagi penyokong PAS khususnya terus berpegang kepada amanat sesat itu. Tetapi bila Ust Nasha bersuara menyatakan pendiriannya tetapnya utk tidak menyokong mana pihak atau bukan Islam mengunakan Kalimah ALLAH dalam apa cara dan kaedah pun, ada penyokong PAS yg mahu dia dipecat sebagaimana Dr Hassan Ali. Malah Mat Sabu yg benar-benar meyokong hasrat Lim Guan Eng! Apakah Mat Sabu aset atau Ust Nasha menjadi liabiliti parti!

    Sdra, jgn kerana agenda orang kafir yg mahu menghancurkan Islam, penganutnya Islam bersaudara seagama bergaduh dan berbunuh-bunuhan. Bukankah ini kelibat syaitan yg sentiasa dilaknati ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...bagus dalil/nas yang sdr.Pelatuk beri..'agenda orang kafir' seperti sdr.katakan, cube kome ingat!Siapa yang bunuh orang Islam di Memali?Siapa yang tembak orang Islam di Batu Buruk?Siapa yang menafikan hak orang Islam dalam Royalti Minyak? Siapa yang meruntuhkan Masjid Bujal? Siapa yang mengaibkan maruah orang Islam dengan tuduhan qazaf? Dihina dan diolahnya maruah orang Islam seantero dunia...tapi bila menjelang pilihanraya, puak deme lah ngaku pejuang Islam terunggul, kalau tak undi puak deme, hancurlah Islam...wow!!!

      Padam
  3. Hasan Jati kdg2 aku tok faham dgn dia ni...dia nak ape sebenarnyeeeeee......dah jadi macam tak tentu hale..macam si zuklifli nordin yang dah jadi macam cacing kerawit yg panas j**** ...samelah macam india name Nalakakupan...padanlah beria sgt last2 dpt senator...ini semua same spesis brahim katak...ong ong..jenis tak terima kasih..pakai lambang PAS masa jd calon bebas.cuba pakai lambang selain dari lambang PAS.jangan harap lah nak duk kat Parlimen..PRU13 nak pakai lambang ape..lamabang seluar dalam koyak...jgn mimpi lah kali ni..,,

    BalasPadam