RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 5 Mac 2013

BN Johor goyah, PR peluang menang 20 kerusi Parlimen




KULAI, 4 MAC: Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasanya di Johor malah di Malaysia mungkin sudah terjawab apabila satu kajian menunjukkan wujud peningkatan mendadak sokongan pengundi Melayu dan Cina negeri itu kepada Pakatan Rakyat (PR).

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran berkata, analisis yang dilakukan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong itu menunjukkan peningkatan sokongan 30 peratus dan 75 peratus bagi pengundi Melayu dan Cina negeri itu.

“Tidak dapat dinafikan bahawa angin perubahan bertiup kencang di Johor. Cuma persoalannya, ukuran sekuat mana angin perubahan itu cuma dapat dilihat pada keputusan pengundian nanti.
“Tidak ada jaminan lagi samada kali ini BN boleh menyelamatkan calon mereka di Johor yang dikenali sebagai kubu kuat mereka,” kata beliau.

Melalui analisis itu, berikut adalah kemungkinan yang boleh berlaku di Johor dengan mengambil kira sokongan pengundi India kepada PR adalah konsisten:

-Jika undi Melayu 25 peratus, Cina 65 peratus, PR boleh menang 1 kerusi Parlimen
-Jika undi Melayu 30 peratus, Cina 70 peratus, PR boleh menang 6 kerusi Parlimen
-Jika undi Melayu 35 peratus, Cina 75 peratus, PR boleh menang 16 kerusi Parlimen
-Jika undi Melayu 35 peratus, Cina 80 peratus, PR boleh menang 20 kerusi Parlimen

Dalam pada itu, Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menempelak tindak-tanduk Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang sering melakukan serangan dan dakwaan jahat ke atas DAP-PR.
“Soi Lek sering memainkan sentimen dan momokan jahat untuk menakutkan pengundi Cina. Dia memberi amaran bahawa PAS akan menjadi ‘bos’ kepada PR jika menang Putrajaya. Ini termasuk dakwaan PR akan melaksanakan hudud dan sebagainya,” ujar beliau.

Menempelak keras dakwaan itu, Kulasegaran berkata, dasar yang akan dilaksanakan PR jelas apa yang terkandung dalam Manifesto Rakyat.

“Semua parti dalam PR menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Yang peliknya, MCA kata PAS akan jadi bos, UMNO pula kata DAP akan jadi bos. Mana satu yang betul?


“Ini menunjukkan mereka ketandusan idea, walaupun lama memerintah, hujah mereka tidak matang,” tambahnya.-Roketkini.com

1 ulasan:

  1. woik ini cara pkr menylindungi masalah dlman mereka..

    suka ati lu la...kobatu

    BalasPadam